Thursday, June 21, 2012

Terfikir....


Terfikir...
Benarkah manusia berubah kerana cinta?
Yang keras menjadi lembut hatinya
Yang lembut menjadi ganas lakunya
Yang lemah tiba-tiba kuat semangatnya
Yang kuat kadangkala tidak mampu berdiri

Terfikir...
Bagaimanakah cara mencari pasangan?
Kata-kata manis memancing hati?
Tindak-tanduk yang di perhati?
Rupa paras yang menggiurkan?
Atau kesederhanaan pemilik diri?

Terfikir...
Apakah gahnya orang bercinta?
Adakah untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain?
Adakah untuk tidak ketinggalan trend?
Adakah untuk meninggikan martabat diri?
Adakah untuk menguasai pasangan?

Terfikir...
Apakah dunia cinta ini penuh dengan dusta?
Lain di mulut lain di hati
Gerak laku yang tidak seiring dengan rasa
Atau ada hajat tersembunyi yang mahu dipenuhi?
Adakah terlalu buta untuk menilai keindahan manusia
Hingga tidak bisa membezakan
Antara kaca dan permata

Terfikir...
Kenapa cinta itu begitu melukakan?
Sedangkan cinta itu adalah perasaan yang sangat halus
Hadir atas ketentuan Illahi
Tiada yang bertemu tanpa takdir Tuhan
Tiada rasa yang bercambah tanpa ilham dari Nya
Namun.. tetap melukakan

Semoga tiada antara kita semua
Terikat dengan kekotoran dunia cinta
Jika debu itu terpalit juga
Semoga ia dijadikan pedoman
Untuk mencari cinta suci
Bukan untuk memuaskan
Hasrat tidak molek yang tertanam
Sentiasa memupuk murni dalam hati
Agar mampu berjalan tenang
Dalam meniti dunia percintaan

No comments: