Ia wujud tanpa sedar dalam diri
Tiada sebab logik mengapa ia hadir
Ia datang dan ia pergi sesuka hati
Kerana cinta manusia bersama
Kerana cinta manusia mencipta keluarga
Kerana cinta manusia menjadi tinggi darjatnya
Kerana cinta juga manusia bermasam muka
Cinta membuat aku menjadi diriku
Rasa kasih, sayang dan cinta mekar harum di dalam jiwa
Tapi malang bagiku..
Sukar bagi aku untuk merasa cintanya
Kerana aku dan cintaku tidak sempurna
Cinta aku..Hanya untuk diriku
Hanya untuk membenarkan aku ceria
Hanya untuk membolehkan aku benafas gembira
Tiada istilah memiliki dalam cintaku
Tiada istilah kepunyaan dalam cintaku
Tiada istilah harus dalam cintaku
Kerana aku dan cintaku tidak mungkin akan sempurna
No comments:
Post a Comment