Mungkin aku tidak faham
Mungkin aku tidak mengerti
Tapi aku yakin
Setegas kamu menyatakannya
Kamu juga tidak mahu kehilangan aku
Aku akur kehendak dan kemahuanmu
Aku setuju cinta tidak semestinya bersatu
Dan sejujurnya tiada niatku memilikimu
Kerana sedari dahulu aku tidak pernah sempurna untukmu
Percayalah..
Aku ikhlas seikhlasnya terhadap kamu
Apa yg telah ku janjikan akan ku kota
Demi persahabatan akrab kita berdua
Demi pertalian yang ku harap tiada penghujungnya
Senyum lah..
Kerana aku akan sentiasa ada untuk mu
Bilamana kamu memerlukan aku
Kerana aku juga yakin
Bilamana tiba masa itu
Kamu juga akan ada untukku
Menyokong setiap tindaktanduk ku
Senyum lah..
Demi persahabatan aku dan kamu
Kita bina hidup baru
Gembira bergandingan bersilang bahu
Ceria ke arah bahagia yang sama kita tuju
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment