Terlalu banyak yang terjadi sejak kebelakangan ini. Semuanya mencabar keupayaan minda dan kekentalan emosi. Bukan hanya kepadaku tapi mereka-mereka disekelilingku jua..
Dia yang mencampakkan cinta datang kembali merayu dan menagih peluang buat sekian kalinya sedangkan maruah diri aku telah dia pijak dan lempar ke parit yang sangat jijik dan meloyakan. Masih berani mengatakan aku adalah punca perpisahan ~ lakonan demi menjaga air muka sendiri pada pengamatanku. Perlukah peluang itu ku berikan lagi kepadanya??!!!
Dia yang seorang itu bagai kelemasan di dunia ciptaannya sendiri. Mahu ku gapai tapi tangan tidak tercapai. Mahu ku biar ~ aku tidak sekejam itu. Aku simpati terhadap mu. Aku menyanjungi perasaan, cita dan cintamu tapi bukan begini! Bukan begini caranya!! Jangan kau cuba untuk menyelam sekiranya tiada nafas untuk bertahan. Kerana di hujung bibir pantai sana masih terdapat ramai lagi mereka yang memerlukanmu.. mereka yang menghargaimu.. mereka yang sentiasa memujamu. Perlukah kau biarkan dirimu kelemasan??!!!
Mereka yang dahulunya bagai isi dengan kuku, kini bagai kucing dengan anjing. Seorang mengalah ~ seorang lagi bertegas. Bagai tiada makna persahabatan akrab yang disulam indah bertahun-tahun. Bagai tiada makna segala kepahitan, keperitan serta keseronokkan dan keindahan dunia persahabatan yang selama ini diharungi bersama. Aku terapit diantara mereka. Mahu ke kiri ~ tidak boleh.. mahu ke kanan ~ tidak boleh juga. Mahu ku satukan mereka ~ bagai tiada titik temu nya. Tidakkah kamu berdua menyayangi sesama kamu lagi sepertimana kita dahulu??!!!
Jika kamu membaca garapan ku ini ~ ketahuilah aku sentiasa mahu bersama kamu mengorak langkah ke arah bahagia. Pun begitu aku aku hanya manusia biasa yang hampir ketandusan akal membantu kamu tahap termampuku. Hanya pesanku jangan berhenti dari melangkah ke arah bahagia dan aku akan sentiasa melangkah bersama-sama mu ke arah itu.
No comments:
Post a Comment