Tuesday, February 22, 2011

Kamu : Part 4

Di kala malam bulan mengambang
Ku lihat bintang tiada berkedipan
Di kala siang kesuraman
Ku lihat ada sinar kebahagiaan
Hanya kerana kamu didalamnya
Kamu sering membuat aku keliru
Kamu sentiasa membuat aku berfikir
Kamu dalam diam menggangu lenaku
Semakin lama semakin aku mengenalimu
Semakin lama semakin aku memahami rentakmu
Semakin lama detap jantungku semakin tenang
Biarpun adakala jiwaku resah gelisah
Tapi tiada lagi berkocakan tanpa sebab dan arah
Pun begitu.. aku sering tertanya
Apakah nada kita akan berentak serupa?
Mampukah nadi kita berdenyut sekata?
Bolehkah kita memainkan lagu cinta yang sama?
Harapanku biarpun cintaku tidak sempurna
Agar kamu sentiasa berada di dalam duniaku
Biarpun satu masa nanti..
Langkah kita tidak lagi seia sekata

No comments: