Wednesday, June 13, 2012

Bila Beliau Merajuk

Bila teringat ku senyum sendiri
Keletah beliau sukar dijangka
Sebab rajuk sembunyi diri
Buat-buat diam seribu bahasa

Berbual banyak pelbagai isu
Tersalah cakap buruk padahnya
Bila merajuk beliau membisu
Akhirnya aku termenung saja

Hati resah tidak terperi
Ku hantar mesej tiada respon
Terkulat-kulat aku sendiri
Kata apek "Nasib laaaa terbernyapun"

Sepanjang malam aku terkenang
Tidur tak lena asek terjaga
Ku lihat tanda "D" tak hilang-hilang
Hmm.....beliau dah tido lena la tu agaknya

Belum jam 6 aku dah sedar
Ku kelih BB masih tak berubah
Nampaknya beliau teramat tegar
Melayan rajuk hati tak sudah-sudah

Susah nak kata apa aku rasa
Walau begitu masih bisa tersenyum
Aku tahu rajuknya tak lama
Seb baik jauh..kot dekat ku cium-cium

Alahai sayang si intan payung
Tawsah lah merajuk lama sangat
Bukan sengaja kata tersadung
Terlebih suka tersilap cakap

Setulus hati seikhlas rasa
Hanya ini dapat ku utuskan
Tiada kata seindah bahasa
Ku pohon maaf atas segala kesilapan

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: