Orang nak bercinta ko pun nak bercinta jugak. Tapi orang lain xde nyusahkan sesapa, ngko ni plak lain benau pesennya. Aku yang takde kaitan ni pulak naik serabut nengok pangai ngko tu.
Tang menyampah tawsah cakap laaa... aku xyah kenal ko pun dah cukup nyampah dah dgr perangai2 ko tu. Bukan la statement aku ni nak judging ko.. nyata lg kenyataan mmg aku xkenal ko langsung. Tapi yg ko susahkan tu orang-orang penting lam idop aku.
Secara otometiknye jugak.. bila ko menyusahkan diorg.. Ko jugak menyusahkan aku. Paham??! Sebabnya senang.. Cubit peha kiri peha kanan terasa.. Tapi ko ni gaya-gaya bukan cubit-cubitan ni..dah elok sangat nak kena bagi makan penampo kot baru ko paham.. Baru datang hakal ko.
Oº°˚˚°ºoohh..time bercinta sakan dulu ko tak henggat la plak eh?! Kawan aku ko wat cam sampah. Mulut ko dah bau serupa parit longkang tepi Terminal One Seremban tu.. Waaa sana.. Waaa sini.. Sedaaaapppp aje ko wat ceta itu ini kan?? Ngape?? Senang je.. Dalam pala hotak ko.. ko igt ko tu GRAND, HEBATZ, TERBAYEEK.. And ko KOMPIDENT giller tahap dewa yang orang tu tetap laaa nak menunduk ikut telunjuk ko.. Kannnnnnnnn???!!
Camni je laaa aku bg nasihat ye? Kita ni manusia. Betul?? Kita tetiap orang kan ade maruah.. kira short cut je lah.. Orang dah TAK NDAK ngan ko.. Berambus aje boleh tak?? Apekah nak merayu menangis?? Apekah perlu ko nak gegar-gegar umah orang tu?? Apekah perlu ko kacau segala manusia yang dekat dengan dia?? Ape motif ko?? And bro..mana maruah ko?? Xmalu ke dok terhegeh-hegeh serupa penagih merayu bagai kat orang yang ko wat tahik dulu?? Memang patooot lah ko kena tinggal.
Sidang pembaca sekalian, aku memang cukup sawan bila dengar ada manusia camni wat pangai ngan kawan-kawan aku. Sebab pada aku.. kita sepatutnya rasa bertuah bila ada orang menerima kita & menyayangi kita. Weyy ingat senang ke nak bercinta?? Tepuk sebelah tangan buleh laa.. Dedua bertepuk bagi bunyi *clap!clap!* susaaaa deeekkkkkkk (gaya arwah Hussein Abu Hassan). Kalau senang bercinta..xde lah manusia sholo dalam dunia ni.. alahaiiiii.....
Berbalik kepada isu ni tadi.. bila ko dah berjaya menekel orang itu, dan orang itu pulak telah secara ikhlas menerima dan menyayangi ko.. apa salahnya ko hargai dia??! Xyah laa wat pangai-pangai setan tu. Ni bila ko dah berulang-ulang kali wat pangai bangang ko tu.. and orang tu plak dah naik fedup nak melayan ko. Hah! Apa lagik?? Tinggai sudeeehhhh... Baru ko nak mengagau kan??! Manusia ni ada tahap sabar. Kalo dah confirm kapel tapi hujungnya putus sebab dia tinggal ko, tentu lah ada salah yang ko buat sampai dia xle nak berbaik balik ngan ko.
Perempuan ada manusia yang paling setia kepada kekasihnya. Kerana itu bila dia menyayangi cinta dan kasih sayangnya itu amat amat amat berharga. Bila kamu sebagai kekasih tidak menghargainya dan menyayangi dia selayaknya, itulah titik tolak perubahan hatinya akan berlaku. Tidak semestinya perlu ada orang ketiga atau sesiapa saja utk dia. Perempuan bila hatinya telah bulat keputusannya, waima terpaksa merangkak sendirian ia tetap teguh. Di kala itu, tertutuplah peluang anda menebus segala kesalahan.
Oleh sebab itu.. SILA SEDAR DIRI DAN HENTIKAN AKSI-AKSI MEROYAN MURAHAN ANDA ITU.. walaupun hubungan itu tidak dapat di betulkan, sekurang-kurangnya selamatkanlah maruah diri anda dari diketawakan oleh orang lain dek kebodohan dan kedunguan anda sendiri.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment