Aku bermata empat. Dari segi kecacatan anggota tubuh badan.. memang sangat jelas aku ni RABUN. Tapi mata empat ni secara tak langsung membuat aku jadi pemerhati tegar. Memerhati tanpa membuat andaian.. fuhhhh sangat susah sebenarnya.
Secara logika, apabila manusia memerhatikan sesuatu perkara.. secara otometiknya fikiran beliau akan mengandaikan sesuatu. Apa-apa tindakan selepas itu adalah hanya untuk mengesahkan bahawa benar atau tidak andaian yang telah dibuat. Contohnya.. memerhatikan status FB / BBM kawan-kawan yang sekejap-sekejap bertukar a.k.a stat meroyan. Kita mengandaikan dia ada masalah atau mungkin dia tengah bad mood yang melampau. Jadi bertanya lah kitanye pun kepada beliau.."Weyyy ko dah kenapa??" Maka selepas itu kita pun tahu lah apa benar atau salah andaian kita yang memula tadi tu.
Pun macam tu, jangan sekadar memerhati, membuat andaian dan dengar cerita kawan untuk suka-suka. Takde salahnya bertanya secara jujur dan mendengar masalah dia secara ikhlas. Ce pikir camni la.. sekarang time dia ada masalah.. besok-besok kot tiba time ko plak serabut, ko pulak yang meroyan tak tentu hala.. manalah tahu kawan yg memula tu pulak yg bertanya khabar & dengar ko bebel-bebel pasal masalah ko. Untung-untung lega sket beban tekanan perasaan tu dari serabut tak pasal kan???
Yang paling penting.. kalau kita ikhlas bertanya khabar dan berkongsi masalah, jadi pendengar yang baik.. pasti ada antara kawan-kawan yang akan bertanya khabar kita pulak & ikhlas nk dengar segala luahan kita. Mak kata berbuat baik akan dibalas baik, tapi kalau buat jahat... hah! Ko tunggu aje la musibat apa nak berlaku pulak.
P/s : Oh ya.. memang entry ni takde kaitan langsung dengan tajuk. Aku tatau nak bagi tajuk ape sebab tu la aku boh aje tajuk tu. Erti kata lain..anggap je lah aku lah orang sawan yang sedang membebel itu.. Ekekekekekeke
No comments:
Post a Comment