Berpura-pura.
Sentiasa.
Dari satu cerita hingga ke satu cerita.
Apa yang kamu cari?
Tagihan simpati?
Apa yang kamu harap?
Semua berada dipihakmu?
Putaran dunia ini mudah
Putaran dunia ini mudah
Sekejap kita diatas
Sekejap kita dibawah
Tetapi jika kita sentiasa jujur
Jika kita sentiasa tenang
Jika kita sentiasa mengenali diri sendiri
Pasti.. teramat pasti
Martabat itu terletak di paksi tertinggi
Kerana tiada yang lebih mulai dari kebenaran
Muhasabah diri
Perbetul kesilapan sendiri
Kerana tiada yang lebih mulai dari kebenaran
Muhasabah diri
Perbetul kesilapan sendiri
Sebelum jari kamu menunding salah
Kenali kelemahan sendiri
Sebelum lidah itu mula menjaja keaiban orang lain
Tiada antara kita yang sempurna
Maka jangan dijadikan
Ketidaksempurnaan itu sebagai alat penimbang
Untuk menjatuhkan hukum kepadanya
Kerana apa pun yang kita perkatakan
Akan terpalit pada diri kita sendiri
Niat yang baik.. baik datangnya dan begitulah sebaliknya
Kerana penghujung setiap cerita
Kebenaran yang akan jelas terserlah
Maka..
Berhentilah berpura-pura!!!