Tuesday, October 2, 2012

This Issue Again???!!

The lame issue is being raised again. Lepas satu.. satu!! Bila nak berhenti?! Tak muak kah asek soal benda yang sama??!

To tell you the truth.. YES!! I'm pissed when people raise the issue of LGBT. The main reason is as simple as I'm one of them. But may I ask you a question.. when did you decide to be straight??!

Tak semua pengamal LGBT ni hendak jadi camtu. Tapi nak buat camne bila naluri itu tiada. Nafsu dan naluri yang terbit adalah tanpa dipinta. Tak ada sesiapa yang menafikan hakikat kehidupan. Hujungnya tetap kembali pada Yang Esa.

Heboh dikatakan ini adalah satu masalah sosial. Kalau pun benar ia masalah sosial tahap manakah buruknya ia??! Kalau dibandingkan dengan masalah sosial yang lain seperti seks bebas, rogol sana sini, mengandung luar nikah, rempit, bohsia atau pelacuran??!

Haa.. yang aku baru sebut tu sume masalah sosial yang timbul dari manusia2 yang bangga dengan nafsu lurus mereka. Bagus kah begitu??! Mengandung luar nikah anak buang rata-rata.. Itu baik kah??! Apa bezanya dengan LGBT yang langsung tak tambah bilangan penduduk dunia??!

Benda nya simple je.. Sebenarnya yang lelaki tulen (kononnya) bengang yang awek cun giler babi sebenarnya lesbian dan yang perempuan tulen pulak kecewa sebab lelaki macho gagah perkasa dan bapakkkkkkk handsome adalah gay. Betul kan??! Tu sebab lah menyampah & benci sangat dengan LGBT ni.. tak gitu??!

Kemon laa.. yang mengutuk kaw2 penuh emosi tu pun bukan baik sangat. Bape ramai suami org hanya setia pada isterinya sahaja??! Bape ramai pulak yang masih berstatus teruna ketika menyaksikan darah dara isteri yang baru dikahwini??! Yang perempuan.. tentu ke anak dara lagi tu??! Kita semua sama aje.. kalau dah jahat tu jahat lah; kalau baik tu baik lah.. takde beza melainkan kecenderungan nafsu.

Nak di jawab setiap satu soalan serupa macam menegakkan benang yang basah. Camni je lah.. yang penting hormat sesama sendiri kerana kita adalah manusia biasa ~ kita bukan Nabi yang punya sifat maksum.

To all the haters of LGBT.. just pray that your words doesn't come back to you. Kita kena ingat, kata-kata adalah doa. Hari ini anda kutuk kaw-kaw golongan ini.. tak pelik satu hari nanti ada dalam keluarga anda atau mungkin anda sendiri yang menjadi ahli nya. Tak perlu terlalu benci kan golongan ini.. sebab terlalu benci juga boleh menyebabkan anda menjadi terlalu sayang. Jaga diri & jaga peribadi sendiri. 

Sent from my BlackBerry® smartphone

No comments: