Minggu lepas aku banyak berbual tentang relationships. Perbincangan dengan rakan-rakan akrab tentunya. Berkongsi padangan masing-masing tentang erti perhubungan.
Yang aku faham.. Hubungan antara dua insan tidak mengira apa jenis pun perlu ada komitment. Komitment itu yang akan membezakan samada hubungan itu serius atau tidak. Hubungan yang tidak ada komitment adalah perhubungan yang tidak bermatlamat.
Terfikir pulak.. apa yang dimaksudkan dengan komitment??! Well.. pada pendapat aku komitment adalah janji tulus ikhlas dari hati kita terhadap seseorang tidak kira samada ia dilafazkan atau tidak. Ia boleh jadi setia, sentiasa ada untuk membantu atau apa saja yang membentuk perhubungan itu.
Tapi ini semua pendapat & pandangan aku sahaja. Mungkin korang ada pendapat yang berbeza. Yang penting hanya mereka yang berada dalam satu-satu perhubungan itu yang faham fokus, hala tuju & matlamat perhubungan mereka. Semoga kita semua berjaya mencapai kebahagiaan dalam cara kita masing-masing. Amin!!!
Sent from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment