Wednesday, October 10, 2012

Puisi Tanpa Nama


Madah tidak indah
Pujangga tak hadir sentiasa
Hijau rumput tidak lagi segar
Walau bintik embun menyirami dunia
Perang dimana-mana
Atas peta bumi
Dalam jiwa sendiri
Tiada henti
Merenggut akal
Mematikan hati
Fokus fikiran menang cuma
Si kancil bertatah di bahu penuh keris
Menjadi pemikir 
Langkah dan strategi
Tanpa mahu bertanya
Firasat dengkel
Rasa hanya dia sahaja
Lagak diktator
Semoga perang akan berhenti
Agar hijau warna bumi
Tiada tercemar merah darah
Laut dan langit biru berseri
Dan akhirnya
Senyum polos merekah di bibir
Setiap insan bernama manusia


No comments: