Tuesday, October 2, 2012

BAJET 2013

Aku dari kecik dah diajar oleh mak bapak aku untuk mendengar dan menganalisa (kononnya lah) bajet tahunan negara kita ni. Mungkin sebab mak bapak aku pun keja gomen kan.. jadi tak pelik lah kami adikbadik tidak dibenarkan keluar main petang² dan diarahkan oleh bapak aku utk duduk nenggok depan tv tengok PM berucap. 

Aku dah pun baca keseluruhan teks pembentangan tu. Mostly ok lah.. cuma komen aku yang terULTIMATE adalah.. ini bajet untuk pancing undi. Hahahaha. Korang kalo tak setuju ngan aku terpulang lah ~ ade aku kesah??!  Tak perlu kot aku nak senaraikan satu per satu apa benda yang terdapat dalam Bajet 2013 tu. Korang nak baca penuh leh donlod senirik the whole text kat www.treasury.gov.my 


Ada beberapa point yang aku rasa aku nak komen.  Yang part-part ekonomi tu aku tak bape berminat lah nak komen sebab aku takde la kaitan secara langsung sangat.  Aku nak komen part-part yang aku rasa isu best…


  • 38.7 billion ringgit akan diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran untuk belanja mengurus dan pembangunan. Dimana guru-guru diharap agar lebih skillful dan kompeten dan secara tak langsung akan meningkatkan mutu kualiti murid-murid. Aku setuju bab nih sebab my own experience. Masa sekolah dulu aku tak pernah PASS subjek matematik.. tapi.. benda yang sama aku belajar masa kat Uni.. buleh pulak aku score. Maka aku berpendapat, cikgu yang lebih mahir akan lebih mudah mengajar anak-anak murid yang bengap macam aku untuk paham sesuatu perkara. 
  • Penyelarasan semula pencen minimum sebanyak RM820 berbanding sebelum ini. Aku suka jugak bab nih. Hagak laa.. orang pencen bukan semua meniaga atau ada side income. Rega barang makin lama makin mahal. Itu belum campur geng pencen nak belanja perubatan..laaaagi tinggi kan??! So memang sangat bagus lah geng² pencen nih dapat duit pencen lebih dari RM800.
  • Rega Pasport Malaysia Antarabangsa turun bagi golongan warga emas (individu yang berusia 60 tahun ke atas) dan kanak-kanak. RM150 (validity 5 tahun) dan RM80 (validity 2 tahun).  Bagus untuk rakyat tapi.. sebagai pegawai.. aku risau. So kawan² JIM.. sila jaga² ye??! Walaupun kita memudahkan rakyat  tapi keselamatan negara tetap yang utama. 
  • Penyelarasan terhadap cas proses permohonan pinjaman perumahan penjawat awam kepada RM100 bagi setiap permohonan. Ini tersangat okey berbanding dulu.. pro-rate ikut jumlah pinjaman. RM1 bagi setiap RM1000 pinjaman. Kalo rega umah RM250k, wang proses aje dah RM250. Kawan² gomen servant ~ jum beli umah!! Hehehehe
  • Pengurangan subsidi gula sebanyak 20sen sekilogram. 1.5 billion ringgit untuk menstabilkan harga minyak masak di pasaran. RM 200 rebet pembelian smart fone bagi golongan muda ( 21-30tahun). Ketiga-tiga isu ni pada aku sama aje bengongnya sebab benefit tak nampak. Kenapa aku cakap camtu??! Sebabnya senang aje.. walaupun ko kata rebet ke naik ke turun ke.. bendanya tak nampak.  Ada org tahu rega siling gula, minyak atau apa² benda lain lagi??! Aku rasa tak de orang bebetul tahu. Bukan susah harini ko pegi pasar rega lain besok ko pegi rega lain. Lain lah kalo memang di tayang di suratkhabar dan lain-lain media secara jelas  rega stended barang sekian sekian. Baru lah orang leh bandingkan.. ye ke tak rebet la bantuan lah nih sume betul ke tak wujud. Aku tak pelik langsung kalo ada yang menaikkan harga telefon contohnya pastu kata “ni rega lepas dapat rebet gomen bagi”…Logik ke??! Macam takkkkkk aje…

Itu sume pendapat aku lah.. korang terpulang lah nak fikir cemana pulak kan?! Apa² pun kita sama² tunggu dan lihat adakah Bajet 2013 nih bagus ke tidak.. adakah ia Janji Ditepati atau Janji Dicapati.. 

No comments: