Dunia ni penuh dengan orang yang fikir dia tu cerdik bila nak dibandingkan dengan orang lain. Soalan nya adalah... YE KE KAU TU CERDIK???! I DON'T THINK SO..
Orang ramai yang tak faham perangai aku.. GUESS WHAT??! Sebab tak gheti nak mengenal perangai aku lah orang suka nak beranggapan yang aku mudah kena tipu atau diperbodohkan.
Diorang ni sengal sebenarnya.. BEB!! Meh la aku kongsi satu perkara tentang aku yang kau mungkin terlupa atau sengaja lupa aku pun tak berapa pasti.. aku nih PENDENGAR yang baik. Cerita datang dari celah mana pun aku tadah telinga and dengar. Selepas tu aku akan MENILAI mana sebenarnya cerita yang betul dan apa sebenarnya plot yang sedang ditayangkan.
Banyak benda yang aku tahu tapi aku malas nak cerita..malas nak tanya.. Sebabnya 1 aje.. aku suka nak tengok tahap KEJUJURAN orang lain pada aku. Well kalau kau baik dan jujur pasti tidak ada perkara yang hendak kau sembunyikan. Tapi sebab kau rasa orang macam aku bodoh takkan nampak segala perkara membutakan kau dari mengenali aku. HAHAHAHA SHAME ON YOU!!!
Mungkin aku takde kuasa nak berbuat apa-apa tapi sekurang-kurangnya aku tahu dengan siapa aku berdepan. Aku tak reti nak berdendam walaupun aku ada amarah. The only thing that I'm gonna do is that.. let you be whatever you want to be and ensure that I'm not involve in such matters.
Aku tidak mahu terpengaruh dengan tipu daya dunia kebodohan kau!! Kalau kau nak memperbodohkan orang ~ please look somewhere else, not at me!! ADIOS!!