Kasih ini tak pernah dipaksa
Ia wujud dengan sendiri
Nada yang mendamaikan
Rasa yang mengembirakan
Sayang atas satu kesilapan
Gusar membungkam
Biar cuba dilupakan
Masih bertaut curiga
Biarpun telah memaafkan
Detak hati berkata yang lain
Semakin di elak
Semakin jelas terlihat
Semakin tidak mahu mengetahui
Semakin banyak pula yang dipelajari
Setiap kali tiba malam
Bermonolog sendiri memikirkan
Apa maksud segala yang terpampang
Lantas diri terpana dengan kenyataan
Sedar diri ini tiada yang istimewa
Semakin jauh meniti usia
Semakin tangkas mata hati berkata
Melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza
Memudahkan dalam langkah seterusnya
Semoga kelam itu tidak selamanya
Semoga hari-hari bahagia itu akan ada
Buat aku dan diriku...
Sent from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment