Makhluk ini tanpa semena-mena telah hadir dihadapan ku untuk bercerita mengenai apa yang telah berlaku. Well.. well.. well.. aku tadah aje lah telinga. Nak tunggu aku bertanya memang takkan lah.. Ceta punya ceta punya ceta.. makan juga hampir sejam.
Soklan aku...
- Apa kaitan aku dengan apa yang jadi dengan kau?
- Kenapa nak suruh aku berhati-hati bila orang yang perlu diperhatikan itu dah tak wujud pun kat sini?
- Apa niat kau nak cerita segala benda ni pada aku?
- Kenapa perlu sepanjang masa petik nama orang lain?
Komen aku...
- Kau dah goyang. Takut pengaruh hilang
- Orang lain tak suka kau & bigboss sebab kau duaorang yang memecah belahkan komuniti
- Aku tetap tak amik peduli apa yang jadik ngan kau ~ tak penting bagi aku
- Apa yang terkandung dalam risalah itu sememangnya cerita-cerita di luar pengetahuan aku
- Kau pun ular jugak.. depan aku kata orang lain baik, belakang aku kata aku jahat nak mampus
- Kalau kau tak buat salah tawsah nak gebang sangat lah.. Gebang orang salah nih sebab nak suruh orang percaya cakap dia.
- Jangan lupa setiap patah yang kau cakap tu kalau aku nak bebetul carik, aku buleh tanya sekor-sekor direct!
- Berhenti pasang niat nak libatkan aku dengan agenda muslihat kau.
Orang keja gomen nih macam nih la. Gossip lebey baik ~ yang jantan, baik yang betina; baik yang baru masuk keja, yang lama huuuuuuuhhhhhh lebih lagik. Malas nak semak otak memikior. Pendapat aku, setakat orang kirim surat layang sampai ko kena siasat ~ kalo ko pun tak buat salah.. apehal ko nak kecoh? Duduk diam dan tawakal sudah lah.
Bila tiba masa, kebenaran setiap kejadian akan terpamer.
Aku tunggu kebenaran itu berbanding cerita-cerita karut mulut manusia bajet suci.
p/s : tak faham takpe.. aku niat nak bebel aje nih
No comments:
Post a Comment