Tuesday, September 18, 2012

Berubahlah

Adakala mata terbuka
Melihat khilaf terang dan nyata
Menterjemah kejadian dalam tafsiran sendiri
Memilih antara dua..
Berkata-kata atau berdiam diri
Adakala perlu untuk bersifat tidak ambil tahu
Hanya bertindak atas perkara yang perlu
Jaga emosi dan tingkah laku
Takut yang tenang menjadi haru biru
Adakala tak perlu memikir dan menuduh
Silap tunding diri sendiri jadi mangsa
Silap perhitungan tercalar perhubungan
Tercetus pula perang besar
Dunia oh dunia
Dan manusia serata alam
Berubahlah!!!
Berhenti jadi judgmental
Berhenti jadi manusia negatif
Setiap sesuatu pasti ada sebabnya
Setiap kejadian pasti ada hikmahnya

Yang baik itu datangnya dari Allah, Tuhan Yang Maha Esa
Yang tidak baik itu datangnya dari kekhilafan kita sendiri
Seharusnya kita mengangkat tangan
Berdoa dan bersyukur
Atas segala limpah kurnianya
Kerana setiap sesuatu pasti ada pengajaran untuk bekalan hari muka.

Sent from my BlackBerry® smartphone

No comments: