Pernah tak terfikir.. pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu & isteri? Tak perlu pergi jauh.. kenangkan mak kita aje dah cukup.
Kejadian panik di Pengkalan Balak semalam membuatkan aku terkenang kat mak aku. Aku tengok macam mana paniknya seorang isteri bila suaminya ditimpa kemalangan. Kasihan & sangat kagum melihat pengorbanan beliau yang sanggup tak tidur sepanjang malam melayan suami yang sedang menanggung kesakitan. Dah selesai bab suami, bergegas pulak menguruskan anak-anak. Siyes aku kagum. Sangat.. sangat kagum!!
Beliau pasti penat tapi wajah tu tak nampak penat langsung. Dalam panik masih mampu senyum. Dan gusar masih mampu ketawa. Sangat cool. Respek giller aku tengok. Aku pasti para isteri & ibu-ibu yang lain pun pasti begitu.
Kenapa wanita-wanita ini tak mengeluh langsung?! Kerana kasih mereka terhadap suami & anak-anak lahir dari hati dengan ikhlas. Itu yang aku nampak. Just imagine.. yang paling awal bangkit setiap hari pasti si ibu. Siapkan pakaian anak2 ke sekolah, siapkan sarapan, kejut anak-anak dari tidur, hantar anak-anak ke sekolah. Balik pulak siapkan suami, kejut suami dari tidur, barulah dia menguruskan dirinya sendiri. Kemudian ke pejabat..bekerja seharian, bila pulang siapkan hidangan makan malam, melayan anak-anak, melayan suami.. Belum tentu lagi kelopak mata mampu tidur kalau anak-anak atau suami masih berjaga.
Bila ahli keluarga sakit, pasti wanita ini juga lah yang menjadi penunggu setia menemani suami atau anak-anak yang sedang menerima rawatan. Tiba-tiba aku terfikir... kalaulah wanita ini pulak yang sakit, siapakah pula yang akan menjaganya di hospital?! Lelaki yang bernama suami pasti tidak mampu nak menemani si isteri.. sebab undang-undang hospital yang menetapkan begitu. Tapi kalau warded kat hospital swasta?! Takkan xboleh jugak kot??! Entah lah..
Sebab itu lah aku ingat sangat mak aku. Nasib baik juga mak aku jururawat waktu bertugas dengan kerajaan dulu. Ayah warded dia boleh temankan, aku pecah kepala dia juga yang arrange untuk rawatan aku, kakak aku dulu warded bape kali pun mak aku temankan. Belum campur hal-hal di rumah. Ayah aku kalo mak takde kat sebelah, confirm lena pun tak boleh.
Tingginya nilai kasih wanita sebab dia berkasih sayang seikhlas hatinya. Segala-galanya sangat jelas bila kita betul-betul memerhatikan perbuatannya. Huiissshhh.. besar betul pengorbanan mak. Kalo idop 1000 tahun pun belum tentu buleh balas jasa setiap titik peluh & kasih sayang mak kat aku.
** adik sayang mak sangat-sangat.. walaupun adik tak selalu cakap **
Sent from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment