"Biarkan Si Luncai Terjun Dengan Labu-labunya"
Memang ayat ini datang dari cerita mitos Si Luncai
Tapi aku percaya maksudnya adalah..
Jangan peduli apa orang lain nak buat
Kata orang nismilan "Pokok Dek Kau, Pokok Dek Den Lah"
Selagi kita tidak mengenali seseorang itu secara dekat
Jangan kita judge orang itu
Lainlah memang kita kenal rapat
Haa..itu memang lesen besar
Bukan untuk mengutuk
Tapi mengkritik secara berhemah
Takkan laaaa kita sampai hati nk biar orang yang rapat ngan kita jahanam.. kan???!!
So selain dari yang dekat & rapat ni..
Kita guna aje pendekatan Si Luncai
Orang pun tak menyampah dengan kita
Kita pun takde nak musuh ngan sesapa
Lainlah orang itu walaupun tak rapat
Tapi dia dengan begitu berani & kompidennya
Bertanyakan sesuatu atau mintak pendapat kita..
Approach yang berbeza disitu
Jadi impeknya pun berbeza lah juga
Ni aku tengok kat FB (paling kerap) & lain-lain media social
Ramai noooooo jadi ustaz celop
Dah gambo pompuan tu seksi
Terdedah sana sini..
Ko nampak & ko tegur
Betul la tu tindakan tu
Cuma.. approach tu aje tak betul
Lagipun orang tu dah tentu tahu apa yang betul apa yang salah
Cuma dia aje berdegil
Cuba kita baca Surah Al-'Anam ayat 57
Yang bermaksud..
Katakanlah: "Sesungguhnya aku tetap berada di atas (kebenaran yang berdasarkan) bukti-bukti yang nyata (Al-Quran) dari Tuhanku; sedang kamu mendustakannya. Tidak ada padaku apa yang kamu minta disegerakan (dari azab seksa); hanya Allah jualah yang menetapkan hukum; Ia menerangkan kebenaran, dan Dia lah sebaik-baik yang memberi keputusan".
Di sini jelas menunjukkan bahawa
Kita sebagai manusia jangan meletak hukum pada manusia lain..
Sebab yang paling adil dalam memberi hukum adalah Allah S.W.T
(wallahualam)
Maka..
"Biarkan Si Luncai Terjun Dengan Labu-Labunya"
Hehehehehehe...
Sent from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment