Friday, August 17, 2012

Bicara Bisu

Aku tidak suka keadaan ini
Kamu dan aku mula berbicara bahasa bisu
Tapi aku tiada ayat indah untuk kamu
Apa perlu aku katakan?
Aku buntu..
Apa perlu aku lakukan?
Bilamana kamu yang mulakan
Mengajar aku berbicara bahasa bisu..
Tiada yang nyaman
Yang ada hanya dingin..

Aku cuma cuba memahami
Aku cuma cuba mengerti kemahuanmu
Tapi jawapan yang aku dapat
Kamu tidak mahukan aku!!
Kamu tidak ingat pada aku!!
Kamu tidak perlukan aku!!
Bahasa bisu mu aku mengerti
Aku cuma tidak faham apa puncanya

Aku tidak marah
Mana bisa aku marah
Aku tidak punya hak untuk berasa begitu
Tapi aku kecewa
Kerana kamu masih tidak mengenali aku
Kamu katakan kamu faham aku
Tapi bahasa bisu itu menafikan segalanya
Tiada nyaman bahasa itu
Hanya dingin semata-mata

Aku masih disini
Dalam kotak hidup kelam
Menanti suara melepaskan aku dari sini
Berbicaralah bahasa manusia
Akan aku dengar cerita mu
Berbicaralah bahasa manusia
Sekiranya kamu masih perlukan aku


Sent from my BlackBerry® smartphone

No comments: