Friday, April 6, 2012

Nota Hari Ini ~ 15


Kadang-kadang aku tidak faham kenapakah manusia begitu pentingkan diri sendiri? Bila tak mampu memiliki dihantarnya utusan-utusan halus untuk memporak perandakan kehidupan orang lain. Tidakkah terfikir sewaktu meraka yang kamu aniaya itu berada dalam genggamanmu.. kamu abaikan tanggungjawab kamu, kamu curang, kamu berdusta dan kamu mempermainkan perasaan mereka? Setiap kamu yang menganiaya itu lah sebenarnya anasir halus yang bisa merobohkan perpaduan dunia. Berhentilah menganiaya saudara-saudara yang lain.. sebelum ada yang lain menganiaya kita pula. Bukankah sudah lama kita diajar bahawa "Perbuatan yang Baik Dibalas Baik ~ Perbuatan yang Jahat Dibalas Jahat"?!!!

 

No comments: