Saturday, April 14, 2012

Catatan Senorita

Sememangnya aku suka membaca. Aku tidak begitu memilih genre yang minati. Jika ada yang menulis pasti aku luangkan masa untuk membaca. Lebih-lebih lagi penulis-penulis tempatan. Tidak mengira samada ia dari buku ataupun trend terkini iaitu blogging.

Baru-baru ini aku mendapat info dari Twitter bahawa terdapat golongan penulis muda tempatan kita yang sedang berkongsi penulisan mereka. Percubaan pertama dalam bentuk zine yang dinamakan Senorita Zine. Selepas seminggu..akhirnya Senorita Zine berada dalam genggamanku. Mungkin ada yg bertanya, "Apa itu Senorita Zine?". Jawapanku seminggu lalu ~ entah..aku juga tidak tahu. Kini ia tidak lagi menjadi jawapanku. 


Senorita Zine aku gambarkan sebagai penulisan beremosi oleh rakan-rakan penulis. Mereka mengumpulkan karya-karya yang aku kira mungkin karya terbaik mereka. Penulis-penulis ini keseluruhannya adalah wanita. Kerana itu zine ini dinamakan Senorita Zine. Setiap puisi dan cerpen yang terdapat dalam zine ini begitu sarat dengan mesej walaupun ada yang hanya 2 baris ayat sahaja. Mesej-mesej tentang kehidupan. Perasaan. Kekecewaan. Kegembiraan. Kebahagiaan. Segalanya emosi. Aku merasakan penulisan ini begitu dekat denganku.



Tahniah buat Kaka Perawan & rakan-rakan yang lain kerana menjayakan projek Senorita Zine ini. Sesungguhnya dan seikhlasnya aku katakan karya anda semua bagaikan magis. Teruskan berkarya. Aku mungkin bukan sesiapa tapi aku tetap menyokong penulisan kamu semua. Keep on creating magic people!!

Buat yang belum mendapatkan zine ini, boleh berhubung dengan mereka di www.facebook.com/SenoritaZine atau https://twitter.com/#!/SenoritaZine atau petisuratsenorita@gmail.com untuk tempahan.

Sent from my BlackBerry® smartphone

No comments: