Tuesday, April 17, 2012

Gusar


Rentak muzik ini
Begitu kuat..
Tapi tidak mampu
Menghilangkan gusar yang wujud
Sesungguhnya aku gembira
Bila kamu kembali ceria
Dengan dia tiada lagi
Lenyap dari hidupmu

Tapi .... entah kenapa
Hati ni bergoyang 
Ada gusar membungkam jiwa
Takut sekiranya kamu berubah
Gentar sekiranya aku tidak lagi kamu perlukan
Kerana
Segalanya tentang dia kini telah terhapus

Tidak terbayang
Aku menjalani kehidupan tanpa kamu
Aku sudah serik sendiri
Aku tidak lagi mahu sendiri
Aku tidak mahu sepi kembali
Sepi dan sendiri
Sunyi aku tanpa kamu...

Sent from my BlackBerry® smartphone

No comments: