Siapa yang tak mahu berkasih, mengasihi dan dikasihi oleh seseorang? Rasa aku TIADA. Semua org mahu disayangi. Semua orang mahu dicintai. Semua orang mahu merasa kasih sayang sejati dalam dakapan.
Tapi ada antara kita terlalu tamak. Tidak cukup jika hanya ada satu. Mahu lebih dari itu. Tidak cukup hanya disayangi..mahu dipuja pula oleh seberapa ramai yg mampu. Lantas dek kerana nafsu yg membuak..dipupuk dengan pemikiran bahawa hubungan sedia ada bermaslah kerana pasangan mula tidak memahami..maka kejadian CURANG itu berlaku. Menduakan pasangan..konon mencari yang terbaik dalam kehidupan.
Terfikirkah oleh kamu, bahawa pada masa kamu menyintainya sepenuh hati kamu telah berjanji menerimanya seadanya dia??!! Terfikirkah oleh kamu, bilamana kamu mula memikirkan pasangan kamu itu terlalu banyak cacat celanya..adakah kamu itu terlalu sempurna baginya??!! Terfikirkah oleh kamu, sekiranya dia boleh menerima kamu kenapakah kau terlalu ego utk menolak dirinya dengan mencari yang lain??!!
Terfikirkah oleh kamu, sekiranya dia juga mencurangi kamu apakah boleh kamu terima sepertimana yang kamu minta dia menerima kecurangan kamu??!! Dan terfikirkah oleh kamu, sekiranya kamu hanya mencari yang lain demi kepuasan nafsu kamu..kamu sebenarnya mungkin telah menolak jauh yang terbaik dr kehidupan kamu??!!
Setiap soalan ini pasti setiap kita memberikan jawapan yg sama. Jadi sekiranya begitu..manakah hilangnya kemanisan bercinta? Mana perginya keindahan berkasih sayang? Apakah terlerai janji setia hanya kerana salah faham dan keegoan diri? Sekiranya kita juga tidak sempurna untuknya..alangkah tidak adil untuk kita meminta kesempurnaan dari si dia? Bukankah lebih elok kita menerima pasangan kita seadanya? Dan..sekiranya kita tidak mampu untuk setia padanya jangan kita bermimpi utk melihat dia setia selamanya pada kita.
Memang betul kata org.. It is great being able to be in multiple relationships at one time but the truth is being FAITHFUL in relationship are the ultimate greatness of all. Cubalah untuk setia sekiranya mahu pasangan anda setia pada anda.
Sent from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment