Saturday, December 29, 2012

Quotes of #toktudehen by Adibah Noor


#toktudehen ~ was created a year back out of Twitter world. Aku menyembang dengan kawan rumah masa tu but then ape bende tah timbul aku kata pedulikan dengan aku eja T-O-K-T-U-D-E-H-E-N (talk to the hand). Sejak tu aku galak juga la pakai ayat tu. 

Nak jadi ceta bebaru nih aku guna lagi ayat tu dalam tweet mention untuk Adibah Noor. Dia berkenan agaknya and dia pun guna.. Seriously I'm flattered by her. Here are some of the compilation of #toktudehen that was originally tweeted by Adibah Noor which I find it a very interesting way to use that hashtag. KUDOS kak!! & may I add.. by these tweets #toktudehen is not mine anymore..it's yours!!!! :)



I'm not "sombong". I just live by different standards.


I am not rude. I'm just stupidity-intolerant.


I am not angry. I just have patience deficiency.


I am not perfect. I am interesting that way.


I am neither fat nor ugly. Yours just aren't the eyes of the beholder of my beauty.

I am not choosy. Just make me an offer I can't resist. 

I am not a loser. I'm just not familiar with winning.



Insha Allah aku akan tambah lagi Quotes of #toktudehen by Adibah Noor 
jika ada lagi yang beliau tweetkan. :) 

*updated : 02-01-13

Friday, December 28, 2012

Puisi 1001 Malam

Masa berlalu..
Perlahan
Menunggu detik tiba
Saat mata terpejam
Akal melayang
Roh terbang
Dunia bertukar menjadi fantasi
Kau, aku dan mereka
Semua terkumpul di medan terbuka
Tapi tak sering mengenali
Pandangan setiap mata bagai kabur
Setiap wajah berbeza-beza riaknya
Gembira, ketawa, sedih, tangis..
Ada semua

Sesuatu menggamit aku
Pandangan sepi seorang dia
Langkah terhenti dan terkaku
Mata bertentangan
1001 rasa berkocak
1001 soalan berputar
1001 fikiran berkecamuk
Kenapa ini berlaku?

Kau mampir..
Semakin dekat.. semakin dekat.... semakin dekat......
Kini jarak kita hanya dua belas inci
Kau sebut nama aku
Mata aku pejam
Hati aku sayu
Kenapa dengan kau?
Kau tunggu aku?
Untuk apa?
Soalan tak terluah..
Jawapan tak pernah diberi..
Kau.. Aku... Kita......
Diam... Diam..... Diam.........

Perlahan mata ku buka semula
Gagah diri berdepan realiti
Kau masih disitu
Pandangan mata kau tepat ke jiwa aku
Terdetik sesuatu
Tidak mampu katanya
Aku berpaling
Tapi ada tangan memaut tangan aku
Aku lihat
Kau pegang erat tangan aku
Wajahmu tunduk
Ada air halus mengalir

Lapang aku rasa jiwa ini
Lihat kau begitu
Tanpa dipaksa
Wajah kau dongak melihat aku
Lantas kau pegang pipi aku
Kau kata kau rindu..
Soal aku tetap sama
Kenapa dengan kau?
Kau tunggu aku?
Untuk apa?

Kau bisu..
Tp kau hampiri aku lagi
Dan kau peluk aku sekuatnya
Terkejut!!!
Aku kaku..
Lihat keliling
Tiada sesiapa
Tiada kau.. Tiada mereka
Hanya tinggal aku seorang diri
Sepi malam..
Sunyi sendiri
Sayu bila tahu yang asli

Mimpi itu hadir lagi....
Membuat aku terus berfikir
Apa maksudnya?
Jawapan yang tak pernah ku perolehi

1001 malam
Semoga jawabnya hadir
Tanpa aku menunggu lebih lama lagi...

Sent from my BlackBerry® smartphone

Monday, December 24, 2012

#SayItLikeYouMeanIt



Sapa-sapa viewers yang dok kat PENANG??! Ni ada peluang baik untuk those yang minat dalam poetry / storytelling / songwriter / spoken word artist untuk berkongsi karya asli mereka di pentas China House, Penang. 

Aku sendiri dah cuba hantar karya aku.. to date they are interested to invite me over to their show. Mengikut  kata Ksatriya dalam email beliau kepada aku adalah.....

 ~~ "Say It Like You Mean It" will be on 27th January 2013 at China House, Penang (will provide directions later). It will begin at 9pm and each poet has 5 minutes to perform. Performers will receive one complimentary drink (non-alcoholic drinks like tea/coffee and soft drinks also provided.)

        There will be an audition process a couple of weeks before the event, date to be confirmed later. However, if you are unable to travel on that date, we will still consider you for the event. The audition process is to help you shape up your performance before the event on 27th, not to cut people out of the roster :) So if you can attend that will be great for everyone. 

         There will actually be a theme for the 27th, to be released later. You may choose to also perform another piece according to the provided theme as long as your entire set does not exceed 5 minutes. ~~

Maka.. as a medium of encouragement.. aku pun nak promote lah kat korang yang berminat & mempunyai bakat untuk sama-sama kita mencuba. Manalah tahu ia mungkin boleh menjadi satu platform untuk kita terus maju dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu. Cheeeewaahhhhhhh!! Ahakkss!! 

Or else kepada sesiapa yang agak free.. leh la datang, menonton sambil makan-makan sbb setahu aku China House is a cafe.. not really a theater. Jom kita memeriahkan majlis nih!!!

Adik Manja Returns???!

Sape igt ceta zaman 80'an iaitu Adik Manja? Starring Dharma Harun Al Rashid (Cikgu Azmi), Noor Kumalasari (Cikgu Sharina), Noraini Hashim (Pengetua) & watak paling best & paling glemer yang tak mungkin kita lupa that is Cikgu Bedah lakonan Adibah Amin!!



Bape lama dah kita tak tengok muka Dharma kt tv ek? Tetiba dia produce pulak ceta Adik Manja Returns. Aku search a bit information on this movie kat tenet & found out that basically this is just a remake of the original Adik Manja. Fine!! Takde hal la pun nak remake tapi aku cam keliru bila hero tak bertukar.

What do you expect when 50 y.o jadi hero ceta org muda? Tahu la dia punya ceta, dia yang tulis & dia yang produce ceta tu.. sebab tu dia jadi hero.. but is it even relevant?! Bukan aku nak mempersoalkan kredibiliti Dharma.. tapi aku cuma mengutarakan apa yang logik di dalam kepala hotak aku sebagai penonton. Kalo macam Sylvester Stallone ke.. Bruce Willis ke.. masuk akal jugak hero tua pun kan?

And aku perasan.. Takde dah watak Cikgu Bedah dalam movie ni. Mana peginya watak Cikgu Bedah? Bukan ke kalo remake kena semua watak ada cuma jalan cerita tu mungkin kena improvise baru consider remake? Aku pun tak pasti.. Tapi aku rasa watak Cikgu Bedah tu perlu ada baru cukup syarat nak panggil Adik Manja.. Hahahaha mungkin nama lain kot tapi watas serupa cikgu bedah tu ada...

To find out more about Adik Manja Returns.. apa kata kita ke panggung & saksikannya?! Owhhh.. Korang malas ye?! Takpe.. 2 minggu lagi tunggu aje kat Astro First.. mesti kua punya.. Hahahahahaha


Tuesday, December 18, 2012

Gila Khinzir

Apa sudah jadik dengan Blog aku.. penat aku menaip skalik ilang.. pundekkkk!!!! Gila Khinzir sungguh laaaa........... ape tah aku bebel² tadik dah lupa dah. Blogger nyer pasal lah nih... lupa suda aku. HUH!!!

Eh.. dah 18hb Disember dah ek?! pejam celik pejam celik aje kan? dah nak tahun baru dah pun.. Azam 2012 dah tercapai ke korang? Aku..? Azam aku cuma 1 aje... nak keluar dari kepompong financial issue dan alhamdulillah.. walaupun agak serik nyawa nak idop sepanjang tahun nih tapi aku masih mampu nak settlekan apa patut dan kewangan semakin terurus sekarang. Alhamdulillah!!

Tahun depan nyer azam... lom pikir lagik tapi no 1 adalah untuk menjayakan projek percutian STOPPING ISLAND!!! Nak gi bercuti kat Pulau Perhentian laaa.... dak gitu Affa & Azny?! Haa.. orang len kalo nak pollow marilah tapi wa tak sponsor lah ye? Sendiri tanggung la ek? 

Kenapa percutian pulak yang jadi azam 2013 nih? Owh... itu senang aje.. sebabnya ceta pasal nak gi Pulau Perhentian nih dah hampir 3 tahun.. plan dah 5 kali tapi manjang tak jadik aje.. so nih kali ke-6 plan harapannya menjadik lah. Kalau tidak rasa-rasannya kita kena gi mandi bunga la Affa.. mintak buang suwey asek plan xjadik aje.. huhuhuhu...

By the way.. aku ade dengar dulu omputeh kata 2012 nih nak kiamat.. makna tak menginjak kaki ler ke tahun 2013. Memang la dunia sekarang dunia akhir zaman.. tapi bila kejadian tu cuma Allah aje yang tahu.. kita tataw. Yang aku tak leh blah.. sebabkan ceta 2012 nih kiamat kat Astro (aku tak bape pasti pulak channel mana rasanya National Geographic kot).. Tajuk 'DOOMSDAY PREPPERS" Korang pernah tengok??! Gila khinzir mangkuk hayoon depa nih semua.



"Doomsday Preppers is an American reality television series 
that airs on the National Geographic Channel. 
The program follows various survivalists, or "preppers," 
preparing for the end of civilization. 
The series interviews people who are preparing to survive 
the various circumstances through which life 
as we know it might come to an end, 
including economic collapse, societal collapse, electromagnetic pulse, 
terrorist acts, nuclear incidents, fuel shortages, war, pandemics, etc. 
The interviews detail the actions that the preppers have taken, 
and end with an expert analysis and recommendations for improvements." 
~ Sumber : Wikipedia ~

Diorang nih prepare diri untuk menyelamatkan diri dari kiamat.. sipnopsisnya secara ringkas lah. Ada yang simpan makanan bertingkat² takut nanti dah kiamat takde makanan. Apeke bangangnya diorang nih semua? Kalo dah kiamat tu semua manusia ni mampus la.. bumi pun musnah lah xde yang selamat dah kot nak makanan pejadahnya lagik?! Ekekekeke... xpe lah.. dah kepala dia tiun camtu nak wat cemana.. kan?

Apa-apa pun masih berbaki kira-kira 12 hari lagi sebelum ke tahun baru.. gunakan lah 12 hari terakhir dalam tahun ini untuk mencapai apa-apa yang masih belum dicapai.. tahun depan nak capai benda lain pulak.. huhuhuhuhuhu...

Chiow bebeh!!!!!


Wednesday, December 5, 2012

Angin Laut Pengubah Arah

Baru-baru ini aku telah menghadiri satu kursus TOT selama 2 minggu. Bila mana akedemi letaknya di pesisir laut, maka tanpa sebarang prejudis aku & team mates telah disalai secara rela. huhuhu. Hari-hari kawad dowh.. memang laaa balik sume muka lebam aje terbakorrr. Ni baru 2 minggu.. kalo sebulan... Huuuuuhhhhhh!!! Rentung tahap mana pun aku xle nak imagine.

Now masa untuk memanjakan diri dan cuba untuk kembali memutihkan kulit (harapannnnnnnn ~). Balik pejabat aku dapat task baru. Portfolio bertambah. Ertikata lain semakin banyak kerja & tanggungjawab. Syukur sebab nampak gaya macam Mat Ropol mula nak beri kepercayaan pada aku. Dia datang & info aku directly bahawa task aku bertambah & matlamat yang dia nak aku capai dengan meletak aku kat situ. Atleast lu cakap direct ngan wa kan..??! Camtu la bagus.. senang wa nak wat keja.. bila dapat mandat direct bukan passing passing ceta cam dedulu. Huuuuhhhhhhhhh!!!!

So.. dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim.. semoga aku dapat menggalas tanggungjawab yang diberikan & menjalankan tugas dengan baik.. dan semoga musim-musim bekerja dalam suasana tegang itu berlalu pergi. Aminnnnnnnn!!!!!!!

Tuesday, December 4, 2012

Save GAZA



Semua orang tahu bumi Palestine sedang bergolak.
In fact sejak dulu lagi bumi Palestine ni tak pernah aman.
Rejim Zionist Israel semedang asek nak bom & bunuh rakyat Palestine aje.
HOII... TAK PENAT KE BERPERANG??!
Kau ingat kau tu Tuhan?!
Suka suka hati kau aje nak cabut nyawa orang?!

Aku akui aku masih lagi di takuk JAHIL
sebabnya aku masih lagi mengkaji sejarah peperangan
antara Palestine dan Israel ni..
Banyak yang aku baca sejak 2-3 tahun ni
Tapi aku masih belum boleh nak mendabik dada
mengaku faham perjuangan mereka ini.

Baru-baru ini salah seorang artis Malaysia yang cukup aku segani
iaitu Afdlin Shaukin Bin Aksan
telah mula mengorak langkah untuk membantu Palestine.
#SaveGAZA
Beliau telah mengumumkan bahawa sebahagian daripada keuntungan 
melalui kutipan tiket bagi filem terbaru beliau iaitu 
"Pontianak vs Orang Minyak"
akan diagihkan ke Aqsa Syarif Berhad
dan seterusnya disalurkan kepada Palestine.
Afdlin Shauki menyeru agar kita rakyat Malaysia
bersama-sama menderma bagi membantu
mereka yang memerlukan di GAZA.



Betapa aku kagum melihat kesungguhan beliau dalam
membantu untuk menyelamatkan GAZA.
Semalam.. 03.12.2012
Afdlin Shauki & team Aqsa Sharif
telah pun berlepas ke Palestine
dalam Misi Menyelamat Bumi Palestine.

Aku secara peribadi mengucapkan syabas kepada
Afdlin Shauki serta teamnya atas segala usaha yang dijalankan.
Aku melihat misi tersebut bukanlah misi peribadi beliau, 
tetapi lebih kepada misi kita semua Rakyat Malaysia 
bersama-sama beliau dalam membantu Palestine
dan beliau secara langsung menjadi wakil kita ke Gaza.
Aku juga ingin merakamkan ucapan selamat kepada
Afdlin Shauki & team 
semoga mereka berjaya dalam misi mereka 
dan selamat pulang ke tanahair kelak.


Friday, November 16, 2012

Penulisan Serius

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa aku sebenarnya pernah menulis article tentang hiburan ketika aku masih bergelar pelajar ketika di kolej lebih 10 tahun dulu. Waktu itu aku menulis sekadar suka-suka sahaja dan aku bekerja secara part-time dengan sebuah majalah hiburan yang tak berapa nak glemer. Berhenti pun sebab payment tidak dibayar. Tak pe lah..dah tentu-tentu aku suka-suka aje kan? :) 

Aku suka nak menonton wayang tetapi kebanyakkan filem keluaran tempatan sekarang ini sangat tak berkualiti. Aku tak salahkan kawan-kawan aku bila aku ajak menonton wayang pernyataan pertama mereka adalah "AKU TAK NAK TENGOK CERITA MELAYU!!!". Pengusaha filem harus ingat bahawa public menonton bukan secara percuma. Tentulah mereka mahu duit gaji titik peluh mereka bekerja yang bernilai RM12 bagi satu seat wayang berbaloi dengan cerita yang mereka saksikan. Jadi tidak salah bagi mereka untuk menolak pelawaan bila diajak menonton filem tempatan. 

Baru-baru ini aku berpeluang berdiskusi bersama-sama Vanidah Imran, Sofia Jane dan beberapa otai dalam bidang hiburan mengenai hala tuju filem Malaysia. Perbincangan meliputi filem yang mengikut kehendak penonton seperti genre filem, kualiti sesebuah produksi, pengkritik filem yang semakin berkurangan untuk membantu industri, pendedahan dalam mengubah cara pemikiran public dan pelbagai lagi. Perbualan itu mungkin agak singkat bagi mengupas segala isu yang dibentangkan, tetapi ia cukup bermakna bagi aku. Kerana dihujung perbualan itu aku disarankan oleh Sofia Jane untuk kembali menulis secara serius.

Lama juga aku menung dan berfikir berkenaan perkara ini. Aku suka menulis dalam konteks berkongsi ilmu dan pengetahuan. Berlainan dengan blog aku ini sebab blog ini adalah penulisan aku yang tah hape hape tentang aku & kehidupan aku sebenarnya. Menulis secara serius itu sangat mengujakan tapi tidak lah sehingga tahap menjadi pengkritik. 

But on the other hand... why not? it's never too late bak kata Sofia Jane pada aku. 

Insya-Allah jika diizinkan Allah akan aku realisasikan. 
Kita sama-sama lihat nanti bagaimana ye?

Maharajalawak Mega 2012


Heyy Heyyy... Tora datang lagik!! eh silap... 
Maharajalawak Mega kembali ke kaca TV mulai malam ini.. 
bersiaran secara langsung menerusi saluran
 #AstroWarna132 , #AstroMustikaHD134 dan juga #AstroOnTheGo.

Ce kita flash back balik..
Musim lepas title Juara Maharajalawak Mega
di menangi oleh Otai Lawak OSBON 
gandingan mantapppp Mr. Os & Abon
Naib Juara di menangi oleh
penggiat lawak paling tegar iaitu BOBOI
gandingan cumil Afdlin Shauki & Harun Salim Bachik
Tempat Ketiga pulak di menangi oleh
jemputan khas jauhhhh dari Indonesia iaitu SAEHU
(datang jauh² dapat no 3 - kira ok ape?!)

Maharajalawak Mega kali ini menampilkan 10 kumpulan
yang bakal bertanding merebut gelaran JUARA
aikk??? Kumpulan aje?? Sholo xde??
Owh.. Adlin Aman Ramlie takut kena hentam
kaw² lagi kat pesbuk hagaknya..
ekekekekeke
Mungkin hentaman itu yang menyebabkan
tak de orang berani nak wat persembahan secara solo
wakakakakakaka

Anyhow.. 10 kumpulan yang bertanding adalah...

~ Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki & Nabil ~

~ Imuda & Mat Over ~

~ Rahim & Wan Lopez ~

~ Dodon, Amin & Aman ~

~ Johan & Zizan Razak ~

~ Sathiya & Abon ~

~ Tauke & Yus ~

~ Shahrol & Ajak ~

~ Eko, Bochil & Vicha ~

~ Bobo, AR Badul & Arif Sudin ~

Fuuuhhhhhhhh.... 
tengok muka sume memang ganazz nih
ada muka baru
ada pecah group
ada campur-campur
ini bagus nih...
hopefully lawak diorang bukan lawak slaptik la..
nak dengar lawak idea-idea baru
nak tonton biar mampu ketawa guling-guling

Dan seperti biasa
Datuk AC Mizal akan menjadi pengacara 
tok... pelis eh?
jangan la potong pelawak blom abes berlawak
macam MLM yg lepas
sangat tak syiok dowh...
kemon la... yor mai prennn
hehehehehe

Goodluck kepada semua peserta 
Maharaja Lawak Mega 2012
May the best Comedian WINS!!!!


p/s : Sila jangan ganggu aku setiap Jumaat Malam Sabtu ~ aku BIJIIIIIIII

 p/s 2 : gambo aku cilok kat Gugel so jgn mara haaa...
aku bukan journo aku blogger gampang aje
hahahahahaha

How I Look At Her ~ Ida Nerina




Antara pelakon tempatan yang aku minati adalah Ida Nerina. Sedari aku kecik sampai la besau tahap sekarang aku menonton hampir kesemua filem lakonannya di panggung.

Antara filem lakonan Ida Nerina yang aku gemari & berkesempatan menonton di panggung adalah Selubung (1992); XX Ray II (1995); Layar Lara (1997); Sara (2001); Gerak Khas The Movie 2 (2002); Pontianak Harum Sundal Malam (2003); Sepet (2004); Pontianak Harum Sundal Malam 2 (2004); Baik Punya Cilok (2005); Gubra (2006) & Talentime (2009).

Walaupun tak semua filem ini Ida memegang watak utama tapi pada aku semua lakonannya mantap kecuali polis dalam Baik Punya Cilok. Ntah..itu cuma pandangan naif aku saja. Aku bukan pengkritik pun. Hehehe Aku akui..aku tidaklah begitu ambil peduli dengan kisah2 hiburan Malaysia ni. Namun berita kemalangan Ida Nerina dimana dia jatuh dan mengalami kecederaan di bahagian tulang belakangnya amat mendukacitakan aku. Kemalangan itu berlaku dalam tahun 2009 kalau tak silap aku. Sejak itu tiada lagi khabar aku dengar tentang idola aku ini.Tapi zaman kan semakin berubah dan canggih.. Aku berpeluang untuk kembali mengikuti kisah-kisah beliau dan idea-idea pemikirannya melalui laman twitter dan facebook.

Syukur tidak terhingga dalam 2 minggu ini aku telah 3 kali berjumpa dengan Ida Nerina. Terus terang aku katakan aku agak terkejut melihat keadaan beliau. Aku pasti kemalangan itulah yang membuatkan beliau dalam keadaan begitu sekarang. Aku cukup sedih dan bersimpati, tetapi dalam masa yang sama aku sangat kagum.

Aku kagum melihat semangat Ida Nerina. Ya mungkin dia nampak lumpuh atau apa saja yg kita suka nak kata tapi apa yang aku nampak adalah seorang wanita yang sangat kuat semangatnya. Kecederaan itu mungkin membataskan pergerakan beliau tetapi kecederaan itu tidak mungkin dapat melumpuhkan semangat beliau berkarya dan semangat beliau menyokong industri seni ini.




Aku melihat bagaimana Ida Nerina ketawa dengan bersungguh-sungguh ketika berada di pentas Actorlympics. Aku melihat bagaimana beliau terbuai dengan emosi waktu kami menonton Nadirah. Harus aku sedar semua ini kerana beliau berada di hadapan ku. Aku melihat bagaimana Ida Nerina begitu ramah melayan karenah peminat2nya (termasuk aku..ekekeke). Semua ini tidak menggambarkan langsung keadaan beliau. Aku cakap sungguh kalau kau jumpa dia aku tak rasa kau akan rasa dia sedang duduk terkaku.

To Ida Nerina if you are reading this, please know that after meeting you my respect towards you are even higher than only admiring your acting talent. In silent way you taught me to always fight no matter what obstacles that is blocking your way. What matters the most is our inner spirit, our love to what we do and with all the enthusiast we have within us, it will overshadow our deformity. I'm truly honoured to be given the chance to meet you. I wish you all the best & I will always support you in everything that you do.


HAIL to IDA NERINA!!!!

Monday, November 12, 2012

Buddies @ Actorlympics

Last week was totally an awesome week for me & Affa. It was Affa's birthday and I decided to pre-treat my buddy her birthday present by us watching some great comedy theater. (Yes!!! adiah bday dia yg sbnrnya wa blom kasik lagik.. tak pe cakap kat sini sebab dia memang tak baca blog wa.. ekekeke haaa jgn bitau dia pape tawww?? hehe).. So I bought us tix to watch Actorlympics. 

Earlier that Friday, Ida Nerina plak buat pop kuiz...kebetulan aku nampak so aku jawab lah ~ Menang dowh!!! Dapat lagik 2 tix untuk show Actorlympics malam tu. aaaahhhh sudah.. wa dah beli tix dpt plak tix free. hmmmppphh xde ceta byk laaa wa halo kwn2.. ajak mana yang free. Kebetulan Syifa & Linda free so diorg la follow aku g tengok Actorlympics. 

~ My Tix & Actorlympics Poster~

Kul 5 petang dengan penuh semangat yang berkobar-kobar dan berkibar-kibar, aku memulakan tugas part-time aku (yeee...wa kan driver) mula bergerak dari satu rumah ke satu rumah pegi menjemput para sahabat. Syifa umah dia dekat aje ngan umah aku..jadi tawsah kira sangat lah. Then bergerak ke Ulu Kelang nak jemput Linda pulak.. haaa kau... menyumpah2 aku sepanjang perjalanan. Dah lerr ujan.. MRR 2 jem macam lahanat cibai.. syifa gelak aje tengok aku meyumpah seranah trafik sepanjang MRR tu. Selesai aje jemput Linda pegi Gombak pulak jemput Bday Gurl ~ si Affa. Gerak dari Gombak nak ke PJ Live Arts, Jaya One jam 7mlm.. pucat suda takut tak sempat sampai before 8pm.

Alhamdulillah, jalan ke PJ sangat clear dan walaupun kami xtahu jalan sangat at least kami tak sesat. hahahahahahaha Lepas kutip semua tix, kitorang pegi makan kat Starbucks. Light dinner since nak cepat kan. Show start kul 8.30mlm. Selesai aje makan tros aku ngan Affa merokok macam hanjeng sebab nak cepat..sambil jalan naik lik kat PJ Live Arts tu.. All four of us were tremendously excited to be there dengan niat nak gelak sakan. The show starts on time.. sayangnya the floor was half empty. Rugi la korang tak datang tengok. Gladly since floor half empty Ida Nerina as the host jemput semua yang dok blakang2 tu mai dok depan penuhkan seat kosong aku tros panggey Syifa & Linda dok sebelah aku & Affa since ada 2 seat lagi yang kosong sebelah kitorang.

~ Nell Ng, Afdlin Shauki, Rashid Salleh & Christina Orow~

Guys!! Serious best dowh Actorlympics nih.. Cast untuk malam tu adalah Afdlin Shauki, Rashid Salleh, Christina Orow, Nell Ng & host by Ida Nerina. To those yang tataw apa itu Actorlympics.. dia sort of "Whose Line Is It Anyway?" atau Spontan / Super Spontan..WITHOUT any commercials.. hehehehe  2hours show direct!! BEST!! Gelak xberhenti dowh.. Memula diorang main game "The Question Game" ~ untuk game nih diorang kena cakap pape dalam bentuk soalan. Situation diorg dok kat airport tengah ngushar awek. Scene bawah ni is when Ida kata kat Rashid masa tu "Do you think the girl's tit is real?" wakakakaka cam syial dowh!! Oh ya.. the above 18SX punya lawak memang terbayeekkkk throughout the show.

~ She may be on wheels but she is still amazing ~
Then ada game "Freeze" , "Karaoke" , "The Interview" and "Karaoke" again. Sepanjang show tu diorg jemput jugak la penonton untuk naik and play the games with the cast. and guess what???! aku pun kena panggil naik atas stage gak for the second "Karaoke" slot. Partner plak ngan Afdlin Shauki. Bapak besar n tinggi dowh dia tu... terasa betapa kemetot nya haku di celah ketiak dia.. ekekekekekeke. So apa yang jadik kat aku masa main game karoke tu? Afdlin jadi pengarah karaoke and aku jadi pelakon. So dia suruh aku buat aksi manusia yang menjadi zombie and attack the other person (tah awek mana tah partner ngan aku time tu). Sampai la watak zombie tu jatuh & mati.... so kena buat lah aksi tu semua TAPI kena ikut lagu and lagu dia adalah OPPA GANGNAM STYLE!!!! 

~ Peace!!! ~
Dah la aku bapakkkk tak suka lagu tuh.. tapi dah kena buat kan? Sporting lah.. aku pun buat lah ape yang Afdlin suruh. Masa dia bagi arahan tu aku ingat blood pressure dia naik bapak tinggi kot...ye laa aku asek gelak aje.. macam tak dengar ape dia cakap sampai Afdlin terpaksa jerit kat aku " Woiiii Catz dengar la nih aku cakap!!!" dan aku sambil ketawa aku kata "Kejap laaa tak tahan nak gelak nih". aku tataw laaa...penonton kat situ mesti gelakkan aku kaw2.. hehehehehehe. Bila lagu dah start aku tak gelak dah laaa... aku buat aje apa yang Afdlin arahkan tadik.. Aku pun tataw la cemana rupa aku time tu yang aku tahu  aku dengar diorg sume bersorak, gelak & tepuk tangan. Lepas tu turun stage aku memang gelak kaw2.. aku bajet Affa yang semput tapi rupanya aku yang tak cukup napas. bangang betullah..

Lepas abes show aku ngan diorang sume lepak kat luar sambil tunggu Ida Nerina. Ye lah aku nak sangat snap photo ngan Ida kot... Lawa dowh dia.. Lawa tahap giller babi gorjess shiyalll....Sambil tunggu tu Christina Orow keluar & bersembang dengan aku & geng.. Chris nih bapak sweet & humble. Dia isteri Afdlin Shauki.. Kami sembang² ngan sume cast yang ada tu.. semua puji kata aku buat best!! Syukur lah kan?Awk bukan reti tapi berjaya buat seperti apa yang diorg suruh.. aminnnn!!! And guess what??!! Chris jemput kami berempat datang balik untuk tengok Actorlympics!! YAY!!! Best gillerrr.....so aku dah pun contact En. Amin the Project Manager & bgtahu yang kitorg nak datang Rabu nih ~~ THAT IS LUSA!!! Another round of Actorlympics!!! Yayyyyy!!!!!!

~ Aku, Ida Nerina & Affa ~
It was amazing and it will be even more splendid bila kami datang PJ Live Arts again Rabu nanti. In meantime I hope that spectators of #Actorlympics will enjoy their moment watching these professional actors perform! To those yang belum pergi ~ but your self the tix and GO watch the show!! confirm puas hati beb!!  Yang pasti sekarang nih bila aku dgr lagu Gangnam Style aku teringat aku kena muntah-muntah jadi zombie ~ adessssss!!! Bengong neyh!!!!

Till then ~ masih nak mimpi salam ngan Ida Nerina neyh.. ahakkxx!!!

Thursday, November 8, 2012

Aku & Nadirah



Sebenarnya dah lama aku minat nak menonton teater. Tapi dulu aku kurang peluang nak tengok. Satu ~ sebab duit gaji ciput. Dua ~ sebab aku banyak bekerja di luar dari Kuala Lumpur. Tiga ~ sebab aku xde transport.

Alhamdulillah sekarang aku lebih stable dari dulu. Tak lah kaya, tak lah senang sangat tapi syukur alhamdulillah rezki cukup sentiasa. Aku pernah menyesal dulu waktu aku agak senang aku tak layankan minat aku. Jadi sekarang aku tak mahu begitu. Aku mahu duit hasil titik peluh aku nih aku gunakan dalam cara yang aku enjoy. Bukan membazir ya? *ingatan kepada diri sendiri*

Haritu aku menonton LAWAK KE DER 2 di Istana Budaya. Kali ini aku memberanikan diri menonton teater NADIRAH di KLPAC, Sentul West. Aku dah ushar pasal teater nih sebenarnya sejak 3 minggu lepas lagi. Tapi ye lah aku tak biasa kan menonton teater so aku pun tak la berani sangat nak pakai belasah beli tiket. Sekali review dan komen yang berduyun-duyun oleh penggiat seni dan para kritik keluar kat twitter semua pakat setuju Nadirah adalah satu naskah yang baik. Maka aku pun mula mengushar kembali website untuk beli tiket tu.

Malangnya browser BB nih agak bangang. Asal try surfing aje dia tak leh nak loading. kebetulan pulan masa tuh aku free.. takde pape program nak buat. Jadi aku decide untuk walk-in ke KLPAC. Totally aku try luck.  Siyes cakap aku nih cheap skate.. ndak yang murah-murah aje. Sekali bila aku sampai kaunter aku tanya tiket kakak yang jaga tuh kata malam nih charity event so rega tiket RM200!! UMANGGGAAAIIIIIIIII..... gilllerrrrrrrr mahal siotttt untuk cheap skate cam haku ini. Dah la aku uishar tiket slalu rega 50-70 hengget aje...dayuuummmmmmm!!!!!!

Ada gak laaa 10 minit aku dok berpusing kat lobby tu dok fikir nak masuk ke tak?.. nak masuk ke tak? Pikir punya pikir punya pikir aku decide... YA! Why not aku spent some money untuk menonton satu teater yang bagus sebab kang aku makan pun abes juga dua rat tu jadi berak kan??! So aku pejam mata bayau and masuk ke Pentas 2. 


Ruang nya kecik aje KLPAC nih. Stage pun bukan stage sangat.. tempatnya.. macam kita tengok wrestling secara live dalam stadium dia tu.. tapi takde pentas. haaa..camtu lah perumpamaannya. Penonton nye seat kat sekeliling stage area. Aku di berikan tempat duduk di hadapan. Jadi sangat syiokkkkkkk la tengok diorang dekat-dekat.. kalo aku hulur tangan memang leh pegang laa senang ceta.. hahahahaha behave! behave! behave! pakai dah encem-encem  jangan nak wat pangai kampung ek??! hahahahaha

Nadirah.. menceritakan konflik seorang wanita ~ anak kepada seorang mualaf janda di Singapura. Konflik bermula apabila Nadirah iaitu seorang anak gadis yang berpegang teguh dengan ajaran Islam, menerima tamparan hebat apabila ibu kandungnya sendiri mahu berkahwin dengan seorang lelaki yang berpegang kuat dengan ajaran Kristian. 

"There's not enough room!!" ~ "But there's only three of us.." 
~ "There's not enough room for more than ONE GOD!!!" ~

Betapa hebatnya perdebatan agama dengan kerisauan si anak yang takut ibunya akan kembali menjadi kafir. Namun ibunya iaitu Sahirah mempertahankan keputusannya untuk berkahwin dengan teman lelakinya iaitu Robert dengan menjalankan perkahwinan secara sivil. 


Sepanjang pementasan teater ini, aku berfikir bersama-sama dengan cerita ini. Betapa agama itu memainkan peranan yang sangat penting dalam setiap kehidupan kita. Terlalu banyak persoalan diantara boleh dan tidak tetapi tujuannya hanya satu iaitu untuk mengelakkan akidah kita terpesong.


"Tapi macam mana kau nak cinta Allah kalau kau tak cinta manusia?"


Tak perlu aku huraikan secara lanjut apa yang aku pelajari dengan menonton naskah ini. Yang aku pasti sebagai cheap skate aku amat berterima kasih dan aku berpuashati dengan apa yang aku tonton bila dibandingkan dengan harga tiket yang aku bayar. Amat! Amat! Amat! berpuas hati.

Kepada sesiapa yang belum menonton Nadirah sila lah pergi menonton jika anda punya wang, ruang, peluang dan masa. Pasti tidak akan menyesal.

P/S : Just imagine aku nye fokus sampai aku tak perasan langsung Ida Nerina (satu lagi actor puuuuujaaan hatiku) sebenarnya duduk opposite aku!!!! hehehehe tapi kat luar pentas aku dah berjumpa dengan dia dan kami berbual seketika. Ida Nerina sangat sweet dan tidak sombong bebbbbbb!!! She's gorjessssss!!! Hahahahahahahaha

Wednesday, October 31, 2012

Bebelan Orang Sawan~ 5

Dunia ni penuh dengan orang yang fikir dia tu cerdik bila nak dibandingkan dengan orang lain. Soalan nya adalah... YE KE KAU TU CERDIK???! I DON'T THINK SO..

Orang ramai yang tak faham perangai aku.. GUESS WHAT??! Sebab tak gheti nak mengenal perangai aku lah orang suka nak beranggapan yang aku mudah kena tipu atau diperbodohkan.

Diorang ni sengal sebenarnya.. BEB!! Meh la aku kongsi satu perkara tentang aku yang kau mungkin terlupa atau sengaja lupa aku pun tak berapa pasti.. aku nih PENDENGAR yang baik. Cerita datang dari celah mana pun aku tadah telinga and dengar. Selepas tu aku akan MENILAI mana sebenarnya cerita yang betul dan apa sebenarnya plot yang sedang ditayangkan.

Banyak benda yang aku tahu tapi aku malas nak cerita..malas nak tanya.. Sebabnya 1 aje.. aku suka nak tengok tahap KEJUJURAN orang lain pada aku. Well kalau kau baik dan jujur pasti tidak ada perkara yang hendak kau sembunyikan. Tapi sebab kau rasa orang macam aku bodoh takkan nampak segala perkara membutakan kau dari mengenali aku. HAHAHAHA SHAME ON YOU!!!

Mungkin aku takde kuasa nak berbuat apa-apa tapi sekurang-kurangnya aku tahu dengan siapa aku berdepan. Aku tak reti nak berdendam walaupun aku ada amarah. The only thing that I'm gonna do is that.. let you be whatever you want to be and ensure that I'm not involve in such matters.

Aku tidak mahu terpengaruh dengan tipu daya dunia kebodohan kau!! Kalau kau nak memperbodohkan orang ~ please look somewhere else, not at me!! ADIOS!!

Tuesday, October 30, 2012

Sabar Itu Indah

Dah nak hampir setahun, baru lah 2-3 minggu ni aku rasa seronok nak bekerja. The truth is bukan aku tak mau perform, tapi langau kat sini banyak sangat yang memekak sampai tahap mengganggu aku nak bekerja. 

Satu per satu langau mula bisu.. sebabnya dah memekak sangat semua nak tunjuk pandai, jadi aku diamkan aje. Aku biar aje.. eh? tak jalan juga.. ingatkan bila aku diam sibuk la langau tu nak take over. Cakap boley la buatnya haram jadd.. keja sendiri tak terbela nak sibuk keja orang.

So from this day forward InsyaAllah takde orang dah nak mengganggu lagi tugas-tugas aku. Hopefully kerja sama dari anak-anak buah meningkat dan kita sama-sama menginjak naik ke level selanjutnya. 

Next project adalah "Sambutan Hari Imigresen" 2012 di Ibu Pejabat. Mandat dah diberikan.. semoga kita mampu untuk menaikkan semula nama kita yang semakin pudar di kalangan pegawai. InsyaAllah. Sabar itu indah. Bila kita ikhlas Allah akan buka ruang dan peluang untuk kita terus maju. Amin!!

Wednesday, October 24, 2012

Unsaid Vows

I want you to know
It's an unsaid vow
To be there for you
During the good times
And the bad times too
Things might get rough sometimes
But know that
You could count on me
To bring back the smile upon your face
And makes everything at ease
Which ever route of life brought you to
Know that my hands is at your back
Supporting every bits that you're facing
Know that my shoulders are always free
For you to cry on
Know that my footsteps are the same as yours
Hiking this breathless journey of life
For just one thing that matters to me
Your happiness baby
:)

Sent from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, October 23, 2012

Fight For This Love

*** Lagu ni aku rasa muzik dia masa starting sangat awkward.. 
tapi words dia meaningful ~ ENJOY!!!!! ***



Too much of anything can make you sickEven the good can be a curse, curseMakes it hard to know which road to go downKnowing too much can get you hurt

Is it better, is it worse? Are we sittin' in reverse?It's just like were going backwardsI know where I want this to go, drivin' fast, but let's go slowWhat I don't wanna do is crash, no

Just know that you're not in this thing aloneThere's always a place in me that you can call homeWhenever you feel like we're growing apartLet's just go back, back, back, back, back, to the start, oh

Anything that's worth havin'Sure enough worth fighting forQuittin's out of the questionWhen it gets tough, gotta fight some more, oh

We gotta fight, fight, fight, fight, fight for this loveWe gotta fight, fight, fight, fight, fight for this loveWe gotta fight, fight, fight, fight, fight for this loveIf it's worth having, it's worth fightin' for, oh

Now everyday ain't gonna be no picnicLove ain't no walk in the parkAll you can do is make the best of it nowCan't be afraid of the dark

Just know that you're not in this thing aloneThere's always a place in me that you can call homeWhenever you feel like we're growing apartLet's just go back back, back back, back to the start, oh

Anything that's worth havin'Sure enough worth fighting forQuittin's out of the questionWhen it gets tough, gotta fight some more

We gotta fight, fight, fight, fight, fight for this loveWe gotta fight, fight, fight, fight, fight for this loveWe gotta fight, fight, fight, fight, fight for this loveIf its woth having, it's worth fightin for, oh

I dont know where were headin'I'm willin' and ready to goWe've been drivin' so fastWe just need to slow downAnd just roll, oh

Anything thats worth havin'Sure enough worth fighting forQuittin's out of the questionWhen it gets tough, gotta fight some more

We gotta fight, fight, fight, fight, fight for this loveWe gotta fight, fight, fight, fight, fight for this love(No matter how hard it's gettin')We gotta fight, fight, fight, fight, fight for this loveIf its worth having, it's worth fightin for, oh

We gotta fight, fight, fight, fight, fight for this loveWe gotta fight, fight, fight, fight, fight for this loveWe gotta fight, fight, fight, fight, fight for this loveIf its worth having, it's worth fightin for, oh

Monday, October 22, 2012

Winding Mind

Sitting
Down and quiet
Looking but not seeing
Hearing but not listening
Plenty of thoughts
In a small winding mind
One question after another
Keep on coming
Without any breaks
Brain's stuck
No clue
No hint
No answer
To any of the puzzle
Confusion
Confounded
May the prayers be answered
And may the mind be unwind

Sent from my BlackBerry® smartphone

Thursday, October 11, 2012

Nota Gila ~ 3

Tahu tak mempunyai pengetahuan tapi tidak disampaikan pada oranglain adalah umpama minum teh kelat?
Sebab orang yang minum teh tu je yang tahu betapa kelatnya air itu..orang lain langsung tak tahu. Kalo ilmu dikongsi sama seperti sama-sama rasa kelat teh sorang siket..

Sent from my BlackBerry® smartphone

Nota Gila ~ 2

Tahu tak manusia nih kekadang macam ayam betina?
Benda tak de ape.. kecohhhh je lebey.. tah hape² ntah..
Wat rilek kan bagoss... cool je macam Pink Panther
Jalan pun kedek-kedek.. hero lagik
Huuuhhhhhhhh

Wednesday, October 10, 2012

Amazingly Stunt By Adele's Performance

\

Seriously.. Adele is such a great singer
No fancy set up on the stage
No sexy dance
But still...
SHE'S DAMN SEXY
because of
HER BEAUTIFUL VOICE
Do watch this 
If you have 2 hours of free time
You Won't Regret

ENJOY!!!!!!!!

Nota Gila

Tahu tak cinta tu macam kentut?!
Kalau disimpan diperam takut orang tahu..kalau keluar baunya pekung busuk tahap dewa.
Tapi cuba kalau dibiarkan aje keluar.. Pasti semua orang tahu tapi baunya tidak busuk.

Sent from my BlackBerry® smartphone

Puisi Tanpa Nama


Madah tidak indah
Pujangga tak hadir sentiasa
Hijau rumput tidak lagi segar
Walau bintik embun menyirami dunia
Perang dimana-mana
Atas peta bumi
Dalam jiwa sendiri
Tiada henti
Merenggut akal
Mematikan hati
Fokus fikiran menang cuma
Si kancil bertatah di bahu penuh keris
Menjadi pemikir 
Langkah dan strategi
Tanpa mahu bertanya
Firasat dengkel
Rasa hanya dia sahaja
Lagak diktator
Semoga perang akan berhenti
Agar hijau warna bumi
Tiada tercemar merah darah
Laut dan langit biru berseri
Dan akhirnya
Senyum polos merekah di bibir
Setiap insan bernama manusia


Tuesday, October 9, 2012

Teman Pengganti


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti