Sebenarnya dah lama aku minat nak menonton teater. Tapi dulu aku kurang peluang nak tengok. Satu ~ sebab duit gaji ciput. Dua ~ sebab aku banyak bekerja di luar dari Kuala Lumpur. Tiga ~ sebab aku xde transport.
Alhamdulillah sekarang aku lebih stable dari dulu. Tak lah kaya, tak lah senang sangat tapi syukur alhamdulillah rezki cukup sentiasa. Aku pernah menyesal dulu waktu aku agak senang aku tak layankan minat aku. Jadi sekarang aku tak mahu begitu. Aku mahu duit hasil titik peluh aku nih aku gunakan dalam cara yang aku enjoy. Bukan membazir ya? *ingatan kepada diri sendiri*
Haritu aku menonton LAWAK KE DER 2 di Istana Budaya. Kali ini aku memberanikan diri menonton teater NADIRAH di KLPAC, Sentul West. Aku dah ushar pasal teater nih sebenarnya sejak 3 minggu lepas lagi. Tapi ye lah aku tak biasa kan menonton teater so aku pun tak la berani sangat nak pakai belasah beli tiket. Sekali review dan komen yang berduyun-duyun oleh penggiat seni dan para kritik keluar kat twitter semua pakat setuju Nadirah adalah satu naskah yang baik. Maka aku pun mula mengushar kembali website untuk beli tiket tu.
Malangnya browser BB nih agak bangang. Asal try surfing aje dia tak leh nak loading. kebetulan pulan masa tuh aku free.. takde pape program nak buat. Jadi aku decide untuk walk-in ke KLPAC. Totally aku try luck. Siyes cakap aku nih cheap skate.. ndak yang murah-murah aje. Sekali bila aku sampai kaunter aku tanya tiket kakak yang jaga tuh kata malam nih charity event so rega tiket RM200!! UMANGGGAAAIIIIIIIII..... gilllerrrrrrrr mahal siotttt untuk cheap skate cam haku ini. Dah la aku uishar tiket slalu rega 50-70 hengget aje...dayuuummmmmmm!!!!!!
Ada gak laaa 10 minit aku dok berpusing kat lobby tu dok fikir nak masuk ke tak?.. nak masuk ke tak? Pikir punya pikir punya pikir aku decide... YA! Why not aku spent some money untuk menonton satu teater yang bagus sebab kang aku makan pun abes juga dua rat tu jadi berak kan??! So aku pejam mata bayau and masuk ke Pentas 2.
Ruang nya kecik aje KLPAC nih. Stage pun bukan stage sangat.. tempatnya.. macam kita tengok wrestling secara live dalam stadium dia tu.. tapi takde pentas. haaa..camtu lah perumpamaannya. Penonton nye seat kat sekeliling stage area. Aku di berikan tempat duduk di hadapan. Jadi sangat syiokkkkkkk la tengok diorang dekat-dekat.. kalo aku hulur tangan memang leh pegang laa senang ceta.. hahahahaha behave! behave! behave! pakai dah encem-encem jangan nak wat pangai kampung ek??! hahahahaha
Nadirah.. menceritakan konflik seorang wanita ~ anak kepada seorang mualaf janda di Singapura. Konflik bermula apabila Nadirah iaitu seorang anak gadis yang berpegang teguh dengan ajaran Islam, menerima tamparan hebat apabila ibu kandungnya sendiri mahu berkahwin dengan seorang lelaki yang berpegang kuat dengan ajaran Kristian.
"There's not enough room!!" ~ "But there's only three of us.."
~ "There's not enough room for more than ONE GOD!!!" ~
Betapa hebatnya perdebatan agama dengan kerisauan si anak yang takut ibunya akan kembali menjadi kafir. Namun ibunya iaitu Sahirah mempertahankan keputusannya untuk berkahwin dengan teman lelakinya iaitu Robert dengan menjalankan perkahwinan secara sivil.
Sepanjang pementasan teater ini, aku berfikir bersama-sama dengan cerita ini. Betapa agama itu memainkan peranan yang sangat penting dalam setiap kehidupan kita. Terlalu banyak persoalan diantara boleh dan tidak tetapi tujuannya hanya satu iaitu untuk mengelakkan akidah kita terpesong.
"Tapi macam mana kau nak cinta Allah kalau kau tak
cinta manusia?"
Tak perlu aku huraikan secara lanjut apa yang aku pelajari dengan menonton naskah ini. Yang aku pasti sebagai cheap skate aku amat berterima kasih dan aku berpuashati dengan apa yang aku tonton bila dibandingkan dengan harga tiket yang aku bayar. Amat! Amat! Amat! berpuas hati.
Kepada sesiapa yang belum menonton Nadirah sila lah pergi menonton jika anda punya wang, ruang, peluang dan masa. Pasti tidak akan menyesal.
P/S : Just imagine aku nye fokus sampai aku tak perasan langsung Ida Nerina (satu lagi actor puuuuujaaan hatiku) sebenarnya duduk opposite aku!!!! hehehehe tapi kat luar pentas aku dah berjumpa dengan dia dan kami berbual seketika. Ida Nerina sangat sweet dan tidak sombong bebbbbbb!!! She's gorjessssss!!! Hahahahahahahaha
P/S : Just imagine aku nye fokus sampai aku tak perasan langsung Ida Nerina (satu lagi actor puuuuujaaan hatiku) sebenarnya duduk opposite aku!!!! hehehehe tapi kat luar pentas aku dah berjumpa dengan dia dan kami berbual seketika. Ida Nerina sangat sweet dan tidak sombong bebbbbbb!!! She's gorjessssss!!! Hahahahahahahaha
No comments:
Post a Comment