Friday, November 16, 2012

How I Look At Her ~ Ida Nerina




Antara pelakon tempatan yang aku minati adalah Ida Nerina. Sedari aku kecik sampai la besau tahap sekarang aku menonton hampir kesemua filem lakonannya di panggung.

Antara filem lakonan Ida Nerina yang aku gemari & berkesempatan menonton di panggung adalah Selubung (1992); XX Ray II (1995); Layar Lara (1997); Sara (2001); Gerak Khas The Movie 2 (2002); Pontianak Harum Sundal Malam (2003); Sepet (2004); Pontianak Harum Sundal Malam 2 (2004); Baik Punya Cilok (2005); Gubra (2006) & Talentime (2009).

Walaupun tak semua filem ini Ida memegang watak utama tapi pada aku semua lakonannya mantap kecuali polis dalam Baik Punya Cilok. Ntah..itu cuma pandangan naif aku saja. Aku bukan pengkritik pun. Hehehe Aku akui..aku tidaklah begitu ambil peduli dengan kisah2 hiburan Malaysia ni. Namun berita kemalangan Ida Nerina dimana dia jatuh dan mengalami kecederaan di bahagian tulang belakangnya amat mendukacitakan aku. Kemalangan itu berlaku dalam tahun 2009 kalau tak silap aku. Sejak itu tiada lagi khabar aku dengar tentang idola aku ini.Tapi zaman kan semakin berubah dan canggih.. Aku berpeluang untuk kembali mengikuti kisah-kisah beliau dan idea-idea pemikirannya melalui laman twitter dan facebook.

Syukur tidak terhingga dalam 2 minggu ini aku telah 3 kali berjumpa dengan Ida Nerina. Terus terang aku katakan aku agak terkejut melihat keadaan beliau. Aku pasti kemalangan itulah yang membuatkan beliau dalam keadaan begitu sekarang. Aku cukup sedih dan bersimpati, tetapi dalam masa yang sama aku sangat kagum.

Aku kagum melihat semangat Ida Nerina. Ya mungkin dia nampak lumpuh atau apa saja yg kita suka nak kata tapi apa yang aku nampak adalah seorang wanita yang sangat kuat semangatnya. Kecederaan itu mungkin membataskan pergerakan beliau tetapi kecederaan itu tidak mungkin dapat melumpuhkan semangat beliau berkarya dan semangat beliau menyokong industri seni ini.




Aku melihat bagaimana Ida Nerina ketawa dengan bersungguh-sungguh ketika berada di pentas Actorlympics. Aku melihat bagaimana beliau terbuai dengan emosi waktu kami menonton Nadirah. Harus aku sedar semua ini kerana beliau berada di hadapan ku. Aku melihat bagaimana Ida Nerina begitu ramah melayan karenah peminat2nya (termasuk aku..ekekeke). Semua ini tidak menggambarkan langsung keadaan beliau. Aku cakap sungguh kalau kau jumpa dia aku tak rasa kau akan rasa dia sedang duduk terkaku.

To Ida Nerina if you are reading this, please know that after meeting you my respect towards you are even higher than only admiring your acting talent. In silent way you taught me to always fight no matter what obstacles that is blocking your way. What matters the most is our inner spirit, our love to what we do and with all the enthusiast we have within us, it will overshadow our deformity. I'm truly honoured to be given the chance to meet you. I wish you all the best & I will always support you in everything that you do.


HAIL to IDA NERINA!!!!

No comments: