Tuesday, December 4, 2012

Save GAZA



Semua orang tahu bumi Palestine sedang bergolak.
In fact sejak dulu lagi bumi Palestine ni tak pernah aman.
Rejim Zionist Israel semedang asek nak bom & bunuh rakyat Palestine aje.
HOII... TAK PENAT KE BERPERANG??!
Kau ingat kau tu Tuhan?!
Suka suka hati kau aje nak cabut nyawa orang?!

Aku akui aku masih lagi di takuk JAHIL
sebabnya aku masih lagi mengkaji sejarah peperangan
antara Palestine dan Israel ni..
Banyak yang aku baca sejak 2-3 tahun ni
Tapi aku masih belum boleh nak mendabik dada
mengaku faham perjuangan mereka ini.

Baru-baru ini salah seorang artis Malaysia yang cukup aku segani
iaitu Afdlin Shaukin Bin Aksan
telah mula mengorak langkah untuk membantu Palestine.
#SaveGAZA
Beliau telah mengumumkan bahawa sebahagian daripada keuntungan 
melalui kutipan tiket bagi filem terbaru beliau iaitu 
"Pontianak vs Orang Minyak"
akan diagihkan ke Aqsa Syarif Berhad
dan seterusnya disalurkan kepada Palestine.
Afdlin Shauki menyeru agar kita rakyat Malaysia
bersama-sama menderma bagi membantu
mereka yang memerlukan di GAZA.



Betapa aku kagum melihat kesungguhan beliau dalam
membantu untuk menyelamatkan GAZA.
Semalam.. 03.12.2012
Afdlin Shauki & team Aqsa Sharif
telah pun berlepas ke Palestine
dalam Misi Menyelamat Bumi Palestine.

Aku secara peribadi mengucapkan syabas kepada
Afdlin Shauki serta teamnya atas segala usaha yang dijalankan.
Aku melihat misi tersebut bukanlah misi peribadi beliau, 
tetapi lebih kepada misi kita semua Rakyat Malaysia 
bersama-sama beliau dalam membantu Palestine
dan beliau secara langsung menjadi wakil kita ke Gaza.
Aku juga ingin merakamkan ucapan selamat kepada
Afdlin Shauki & team 
semoga mereka berjaya dalam misi mereka 
dan selamat pulang ke tanahair kelak.


No comments: