Tuesday, February 8, 2011

Ruang-Ruang Kosong

Menung sendirian..
Melihat ruang-ruang kosong
Yang sebelum ini begitu meriah
Meriah dengan perkakasnya..
Meriah dengan gelak tawa..
Kini suram tidak bermaya
Aku tahu hati aku tidak disini
Pun begitu aku masih berdiri
Melihat ruang-ruang kosong
Aku kesal apa yang telah terjadi..
Walau pedih luka ini..
Ia adalah yang terbaik buat aku, kamu dan dia
Bukan kerana aku mendendamimu
TIDAK!
Aku mahu kamu bebas..
Sebebas burung terbang di awanan
Aku tidak mahu mengongkong keremajaanmu
Aku tidak mahu lagi mengongkong setiap gerimu
Terpaling aku tidak mahu lagi jiwa kerdil aku kau sakiti
Ya..aku punya orang lain..
Tapi kamu tidak faham kisah cinta aku dan dia..
Biarlah kamu tidak mengerti
Biarlah kamu berfikir apa saja yang kamu mahu tentang dia
Tapi sejujurnya..dia tidak pernah menyakiti kamu
Sejujurnya..kamu telah lama kehilangan aku
Sejujurnya..kamu yang memindahkan hatiku padanya
Bilamana janji kita kamu khianati
Terbanglah wahai burung.....
Aku bebaskan kamu dari sangkar cinta
Aku bebaskan diriku dari bahana cinta luka
Aku bebaskan kita dari derita jiwa
Semoga ruang-ruang kosong antara kita
Terisi jua dengan bahagia

2 comments:

Anonymous said...

sounds so frustrated!

archird affiq said...

Life is indeed sucks sometimes.. Sabar dgn semua dugaan.