Sejak kebelakangan ini aku sering keliru dengan pergolakan jiwa kecil ku. Aku tidak mahu tapi bisik hati semakin kuat. Aku terlalu takut untuk mencapai bahagia.. Aku takut aku kecundang sebelum perjuangan.. Dan aku takut untuk kembali kehilangan.. Aku terlalu takut untuk terus maju dalam langkah menuju bahagia ini.. Kekuatan itu bagai terhenti-henti tanpa arah.. Kisah-kisah lama menjadi igauan hitam.. Ya Tuhan aku cukup takut kali ini..
Aku cuba untuk menurunkan kadar resah yang melanda diri.. Tapi setiap hari denyut nadi ini seolah-olah berdetak kencang tatkala ia terbit diminda.. Aku tahu aku tidak mungkin mampu memiliki.. Aku tahu aku terlalu banyak kekurangan.. Hidup indah bukan untuk aku menikmatinya.. Semakin ku elak semakin kuat pula getaran ini ku rasa.. Semakin jauh ku buang rasa semakin kuat pula ingatanku.. Malam-malam sunyiku diiring mimpi-mimpi indah bersama.. Teruja dengan keadaan itu, ia membuahkan sedikit senyuman di jiwa sepi ini.. tapi itu hanya seketika.. Ia hanya mimpi pujuk ku sendiri.. Kerana realitinya.. Dia bukan untukku.. Dia tak mungkin menjadi milikku.. Kerana itu adalah hakikat kehidupan yang cukup pedih untuk aku terima..
Biarlah aku dianggap bodoh dalam permainan ini.. Biar saja aku tenggelam timbul dalam dunia maya yang aku ciptakan.. Biar saja aku mudah datang dan pergi bila masa yang aku suka.. Biar lah aku terus begini.. Asal saja aku tidak hilang nikmat merindu dalam bisu...
Kerana....
Aku sebenarnya takut!
Aku sangat takut!
Aku terlalu takut!
Aku terlalu takut untuk mendakap cinta!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment