Apa makna jahat pada kamu?
Adakah ia jahat hanya apabila dia melakukan jenayah berat?
Adakah penghancur hati, jiwa dan perasaan itu tidak jahat?
Adakah orang yang menikam dari belakang itu juga jahat?
Antara kau dan aku..
Adakah aku jahat bila hati aku tidak terbuka untuk membantu kamu?
Jahatkah aku bila bersikap defensif dan menidakkan permintaan kamu?
Jahatkah aku bila aku mula mengungkit kisah lampau?
Jahatkah aku bila aku berubah menjadi pendendam?
Mungkin aku jahat..
Tapi niat aku cuma satu..
Untuk kamu belajar menghargai orang lain..
Kerana bila kita tidak menghargai orang lain akan tiba masa dimana kita pula tidak dihargai orang lain..
Dan aku...
tidak ada masa lagi untuk menghargai kamu..
kerana kamu tidak pernah menghargai jasa dan pengorbanan aku selama ini.....
Iya aku memang JAHAT terhadap kamu..
No comments:
Post a Comment