Tirai 2010 ku tutup sejak 5 hari lalu dengan pelbagai peristiwa suka duka. Antara kenangan terindah tahun lalu adalah team KIK (Kump. Inovasi & Kreativiti) D'Guardian yang mana aku jadi penasihat utama a.k.a Fasilitator berjaya menjuarai Pertandingan KIK Perkhidmatan Awam, Peringkat Negeri Melaka dan seterusnya melayyakn kami ke Pertandingan KIK Perkhidmatan Awam, Peringkat Kebangsaan. satu pencapaian yang sangat membanggakan aku secara peribadi kerana team yang baru ditubuhkan tak sampai setahun jagung berjaya mengenepikan saingan dr team-team Otai Melaka ini.
Tidak ketinggalan ada juga kenangan-kenangan pahit buat diriku sepanjang setahun itu yang menggangu gugat emosi dan jatidiri. Kesilapan demi kesilapan dilakukan dan akhirnya aku hanya mampu duduk terperosok di ruang gelap.
Tahun baru ini aku mahu bangkit dari ruang gelap dan kecil itu..aku mahu bebas dari belenggu masalah yang mampu menenggelamkan aku. Aku mahu Melangkah GAGAH tahun ini sepertimana tahun-tahun sebelumnya..mungkin pada 2010 bintang aku tidak begitu menyinar..aku akan cuba di tahun baru ini..semoga dengan kehadiran tahun baru ini..gemerlap sinar cahaya bintangku berkilauan melebihi dari tahun-tahun sebelumnya. InsyaAllah.
Selamat Tahun Baru!!
No comments:
Post a Comment