Sunday, January 16, 2011

~ Selamat Tinggal ~

Ketahuilah..
Aku tidak berbohong dengan kamu tiap kali aku mengucap kata cinta
Dan aku juga tidak berbohong bila aku katakan aku tidak lagi merasa begitu terhadapmu
Ia bukan kerana aku punya yang lain..
Aku tidak mungkin punya yang lain..
Kerana aku hanya manusia biasa yang tidak punya sebarang keistimewaan..
Dan aku tidak akan menjadi pilihan sesiapa pun
Kerana hidup denganku hanyalah sekadar persinggahan sementara
Dahulu..kini..dan selama-lamanya


Ketahuilah..
Aku melepaskanmu kerana aku mahu kamu bebas mencari apa yang kamu mahukan
Dan aku sangat yakin bahawa apa yang kamu cari dalam hidup kamu itu
Bukan dengan kamu berada di dalam lingkungan hidupku
Kamu bisa mencapai hidup dan cinta yang lebih sejati dari aku
Aku juga sedar aku tidak mampu membawa kamu ke paras yang kamu perlukan


Ketahuilah..
Langkah aku terhenti di persimpangan ini
Diantara kemahuan ku dan kemahuan mu
Diantara keperluan mu dan keperluan ku
Tiada nada yang serupa..
Lepaskan aku sepertimana aku melepaskan mu
Pun begitu..
Kenangan bersama mu tetap terpahat di ruang indah dalam jiwaku


Selamat Tinggal Lina..
Semoga kamu berjaya dalam hidupmu
Doaku untukmu..selama-lamanya



No comments: