Aku terjaga awal dari biasa..bukan awal sikit tetapi terlalu awal. Terasa bagai ada sesuatu mengganggu tidurku yang sering dibalut mimpi-mimpi indah. Termenung sendiri dalam sepi. Minda kosong. Dada berkecamuk tanpa sebab. Kenapa ni? Tanya ku sendiri.. Apa yang menggangu? Entah lah.. Buntu mencari jawapan.
Aku teruskan bermenung dalam gelap. Tiada apa pun yang aku takutkan di rumah ini. Lantas aku teringat kepada kamu. Bagaimana tidurmu malam ini? Aku lihat kamu menyepi.. Sejak malam tadi nada kamu begitu kaku.. Kamu berdiam dan aku kira kamu terus lena tanpa ucapan selamat malam.. Lena tanpa sempat aku ucap selamat malam pada kamu.. Tapi aku tahu.. Dari jauh aku tahu.. Kamu terjaga lagi.. Pasti mimpi ngeri yang maha bangsat itu mencarik-carik ketenangan malam mu buat kesekian kalinya..
Sayang..
Kita terpisah jauh dan masa itu bukan singkat.. Sungguh tidak pernah terlintas difikiran sempit ku ini yang hidupmu begitu hiba.. Betapa kesalnya aku tidak ada bersama kamu waktu itu.. Tapi itu bukan salah kita. Itu ketentuan Allah.. Berjumpa ~ Berpisah ~ Dan Kini Bertemu Semula.. Ya mungkin dihadapan mu aku bagai kaku tanpa perasaan tanpa reaksi.. Tapi percaya lah setiap bait yang kamu tuturkan ada tersimpan didalam cakera memori mindaku. Kamu yang aku kenal begitu manja.. Begitu penyayang.. Begitu bijak dan sempurna dimata aku.. Perkara itu tidak seharusnya berlaku kepada kamu.. dan mana-mana orang lain juga.. Tidak harus sama sekali!!!
Sayang..
Sungguh pedih hati aku tiapkali kamu ceritakan kisah pilu itu.. Sungguh sedih aku mendengar setiap cerita hiba kamu itu.. Aku simpati terhadap kamu tapi aku tahu bukan itu yang kamu mahukan.. Dan aku tidak punya ayat terbaik untuk aku gambarkan perasaan aku terhadap cerita-cerita kamu.. Aku kesal itu berlaku pada kamu.. Aku sangat sedih walaupun aku tidak pernah merasai apa yang kamu rasa.. Aku mahu berkongsi kesedihan itu walaupun hakikatnya kadangkala sifat bodoh aku ini agak menjengkelkan..
Sayang..
Aku tidak punya ayat yang manis untuk kamu sedapkan jiwa lara kamu tapi aku selalu berpesan pada kamu sayang jika kamu perlukan aku.. Aku akan ada untuk kamu.. Jika aku rasa kamu tidak perlukan aku.. Aku tetap akan terus memerhatikan kamu dari jauh.. Aku mahu kamu bahagia.. Aku mahu kamu gembira.. Aku mahu kamu terus berjaya.. Itu doa aku untuk kamu yang tak pernah putus sejak 15 tahun dulu.. Dan aku? Aku akan terus cuba memberikan kamu sedikit bahagia jika itu mampu mengubat sedikit jiwa lara itu..
**pernah terfikir bagaimana aku masih boleh kenal kamu walaupun kita dah lama tak jumpa??**
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.