Wednesday, July 25, 2012

Sahabat & Cinta Hati

Syukur, alhamdulillah!! Dalam usia menjangkau ke angka 32.. aku boleh berbangga menyatakan aku punya sahabat. Bukan 1 bukan 2 tp ramai. Allah serikan hidup aku yg serba tidak sempurna dengan sahabat yang ramai. Susah, senang, gembira & duka bersama. Syukur yang tidak terhingga!!

Tak perlu aku nyatakan siapa mereka pada umum. Mereka sendiri akan membaca entry ini dan tersenyum kerana mereka tahu mereka adalah sahabat aku & aku juga adalah sahabat mereka. Mereka adalah keluarga kedua ku. Mereka adalah penasihat-penasihat tersohor ku. Setiap kali tersilap langkah, mereka akan bersama aku membantu aku untuk berdiri dan berjalan di laluan yang betul. Setiap kali aku bergembira mereka sering ada untuk bersama-sama denganku meraikan kejayaan aku tidak kira kecil atau besar. Dan sebagaimana mereka ada untukku.. aku juga pasti akan ada untuk mereka. Tidak kira apa jua situasinya. Insya-Allah.

Dalam aku menjejak titian cinta hidup.. aku punya angan-angan. Aku mahu cinta hati ku itu juga adalah sahabat ku. Kerana kasih sayang antara sahabat lebih tulus dari kasih sayang kepada kekasih. Pernahkah kita meminta sahabat kita mengubah dirinya sepertimana yang kita mahu?! Tentu sekali tidak. Mungkin ada teguran yang dibuat tetapi jika tidak dipatuhi adakah tali persahabatan itu akan putus? Tidak! Tentu sekali tidak!! Kerana bila bersahabat kita menerima mereka seadanya mereka. Tiada lebih - tiada kurang. Sebagai sahabat aku mahu cinta hati aku menjadi dirinya sendiri.. sebagaimana sifat itulah yang membuahkan rasa kasih itu terhadapnya.. Dan sebagai kekasih aku mahu mengasihinya selama mana yang di izinkan Tuhan.. :)

~ Tak rugi menjadi sahabat kepada sang kekasih kerana persahabatan itu utuh dirantai keikhlasan yg di kurniakan oleh Allah ~

Sent from my BlackBerry® smartphone

No comments: