Tiada titipan terindah
Yang biasa aku coret
Buat tatapan kamu lagi
Masa mengubah posisi
Impian semakin samar
Tiang itu tidak lagi kukuh berdiri
Di kaca mata ku
Kamu berperang
Dunia kamu penuh angan-angan
Bisik palsu menutup mata
Zahirnya kamu alpa
Tidak semua dalam gengaman
Kerana penentu adalah Yang Esa
Bangunlah!!
Bangkitlah!!!
Sedarlah kamu dari lena
Pijaklah dunia nyata
Aku tidak lagi mampu
Melihat kamu terus leka
Dihanyut arus pura-pura
Sent from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment