Selama ini aku tidak menyebelahi sesiapa
Tapi perkhabaran buruk yang aku terima
Membuatkan aku malu..
Malu sebab kita yang sepatutnya dewasa
Tidak pandai berfikir
Dan amarah itu bagai ditunjuk-tunjuk dengan bangga
Apa yang aku mahu
Hanyalah untuk aku duduk di birai penonton
Tanpa aku perlu menekan butang utk memilih pemenang
Dalam pertandingan "Puncak Ego-rest" ini
Tetapi bagai ada yang menari-nari di hadapan mata
Lupakah yang aku masih berdiri diantara dua dunia ini?
Sekurang-kurangnya hormatilah aku yang tidak berkata apa-apa
Bukan kerana aku tidak ada kata untuk diungkap
Tetapi aku tidak mahu mengeruhkan keadaan..
Tolong hormati aku..
Selagi teguh menjadi dinding sebelum aku roboh tanpa dapat di susun semula
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
1 comment:
hmmmmmm
Post a Comment