Friday, August 12, 2011

Terlalu Rindu

Lama tidak menulis..
Bagai lagak manusia lupa password emailnya
Sebenarnya tidak
Aku terlalu sibuk sekarang
Mengejar kehebatan dunia kerjaya
Dalam bebanan tanggungjawab yang tinggi menggunung

Hari ini aku pulang awal
Serasa segar bila usai bersiram
Mahu lenakan sebentar
Tapi sesuatu menggugat fikiran
Aku rasa rindu..
Rindu punya sesorang
Menanti aku pulang dari kerja
Bersama senyuman mesra
Bukan aku rindukan yang lama...
Aku cuma rindukan rasa dimiliki
Dalam rasa cinta yang mendalam...
Bila agaknya lagi
Rasa itu bisa muncul lagi?

Yang pasti..
Bukan dalam masa terdekat ini
Semoga cinta yang bakal tiba
Mengindahkan dunia sepi seorang aku

No comments: