Adakala..
Hati berlagu riang
Bagai kicauan burung
Kala pagi hari
Segar, indah dan berseri
Hanya kerana
Khabar gembira dari kamu
Adakala..
Hati berlagu pilu
Bagai titisan hujan
Kala langit gelap dan suram
Hitam dan kelam
Hanya kerana
Tiada bait indah dari kamu
Adakala..
Rindu mengetuk dinding hati
Mengalun lagu pelbagai versi..
Bercampur aduk dengan emosi
Wajah lembut ayu itu
Tidak hadir menjenguk dalam mimpi
Sampai ketemu lagi..
Biarpun tak terluah
Biarpun tak terdengar
Biar aku diam tak berkata
Mata hati ini tajam merenungmu dari jauh
Itu tanda aku rindu...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment