Sunday, April 24, 2011

Lelah ~ Tiada Lena

Jam sudah hampir jam 6 pagi
Aku masih berjaga
Aku masih belum lena
Mencongak masa waktu tamat kerja
Tiada rehat untukku hari ini
Terbeban dengan keadaan
Terlalu banyak yang berlaku
Dalam seminggu ini
Meniti hari aku semakin gentar
Apa pula musibat selepas ini
Bagai tidak cukup nafas
Untuk aku bertenang
Bagai tiada ruang
Untuk aku berfikir
Lelah aku begini
Ujian demi ujian
Hadir memaksa aku memilih
Dalam tempoh yang pendek
Mungkinkah keputusan itu terbaik buatku
Terganggu fikiran
Terasa berat minda menjana idea
Aku buntu
DAMMMMMMMNNNN!!!!!
Arus badai kehidupan
Semakin rancak menghempas
Tiap inci diri aku
Cuba tarik nafas panjang
Bagai orang yang hampir tenggelam
Semoga kapal lalu
Datang menyelamatkan aku

Harapan ~

No comments: