Monday, April 25, 2011

Perjalanan Sepi

Sendirian
Memandu sambil ditemani 
Alunan muzik di radio
Tingkap dibuka
Untuk keluarkan kepul-kepul asap rokok
Menyusur jalan yang gelap
Kelajuan tidak pernah kurang 100km/jam
Biarpun laluan yang dipilih
Jalan lama yang penuh lubang 
Dan tampalan tar tidak rata
Sesekali kereta bagai terlompat
Terkeluar dari lorong yang terlukis
Tiba di persimpangan
Berhenti sebentar di lampu isyarat
Menunggu lampu bertukar hijau
Beberapa saat kemudian 
Menyambung semula perjalanan
Walau tiada arah nak di tuju
Tetap memecut mengikut aliran bumi
Jalan, bonggol, simpang dan lampu trafik
Mengingatkan aku pada kehidupan
Yang tak ubah sepertinya
Kadangkala lurus kadangkala bengkok
Kadangkala turun kadangkala naik
Dan apabila terasa penat dan lelah
Berhenti mengambil nafas
Dan menyambung semula 
Selepas bernafas lega
Dan segalanya berputar begitu
Seumur Hayat Dikandung Badan


** memandu laju tanpa arah tujuan ni best.. dan aku berhenti untuk rehat sebentar bersama KitKat & cuba lena dalam kereta kerana mengantuk

No comments: