Sunday, March 13, 2011

Persetankannya

Manusia itu pelbagai rupa
Ada yang baik peribadinya
Ada yang ikhlas tindak tanduknya
Ada juga yang busuk hatinya
Apa pun mereka tetap manusia biasa
Oleh kerana "BIASA"
Mereka mengeji dan menghina
Di sampaikan melalui kata-kata
Yang disulam amarah tiada berpunca
Kononnya mahu turut membina
Tapi lagak bengis di tunjuk
Dengan nista yang mencarik-carik
Cuba menjatuhkan airmuka insan tidak berdosa
Aku bukan insan mulia
Tapi aku tidak biasa mengeji hina
Jika kamu insan mulia
Tidak begitu perlakuannya
Mencerca tanpa berani tampil mendabik dada
Berselindung dibalik samaran nama
Dimataku kamu pengecut
Yang hanya tahu menyakiti
Tetapi tidak berani membenarkan kata-katamu sendiri
Dan kamu..
Jangan kerana dia ini muncul
Langkah kamu terhenti dalam membina impian
Pedulikan dia..
Kerana kamu tidak hidup kerana dia
Kerana kamu tidak mati kerana dia
Persetankan tiap-tiap katanya
Kerana bagi aku
Kamu lebih mulia dari dirinya
Kerana kamu berani 
Membenarkan tindak tanduk kamu
Kamu ikhlas terhadap setiap inci kehidupan kamu
Kamu terlalu kuat untuk dia
Meruntuhi teguhnya keperibadian kamu
Bergembiralah kamu dengan hidupmu
Kerana tiada dusta mengelilingimu
Andai bisa kamu tersungkur..
Susah senang.. jatuh bangun kamu
Masih ramai yang bersamamu
Menghulur tangan
Meminjamkan bahu
Bersama kamu melangkah maju

No comments: