Friday, March 18, 2011

Hari Nakal


Apa itu Hari Nakal?Any guess? Yes? NOPE! NOPE! Salah tu.. Ia bukan satu perayaan yang diraikan oleh Rakyat Malaysia secara keseluruhannya.. Korang ingat aku typo ke? Korang ingat Hari NATAL ye? Bukan lah....

Hari Nakal adalah hari dimana seorang manusia itu menjadi nakal terlebih dari biasa. Dia mungkin cuba untuk berlagak jahat, kotor ataupun dengki kepada orang lain tetapi.. (This is the best part) tujuan dia melakukan begitu hanyalah semata-mata untuk mengusik. Ya awk.. Sy tahu awk kata ia 'gedik'. Tak kesahlah gedik ke hapa. Yang penting akal-akal nakal yang tahap kritikal itu wujud secara melebihi dr kebiasaan pada Hari Nakal.




Bila boleh merayakan Hari Nakal ini? Ia tidak seperti XMAS yang hanya diraikan pada tiap-tiap 25 December sahaja. Hari Nakal ni berlaku setiap hari. Bezanya.. Individu mana yg merayakannya. Ini disebabkan oleh tahap hyper dan psycho-ness seseorang itu berbeza-beza dan berubah-ubah setiap hari. Ye lah.. Tak semua org ceria sentiasa, tak semua orang marah tetiap hari dan tak pulak semua org sakit selalu..betul tak? Jadi setiap hari adalah Hari Nakal bagi seseorang. Hehehe

Dan haini pulak merupakan Hari Nakal aku. Dari pagi sebenarnya aku asek mengusik orang. Mak aku pun kena, Uwan pun kena, geng FB pun kena, geng haru pun kena juga sampai staff kat opis pun kena usik ngn aku harini. Ekekekeke Seronok lah nakal camni. Ceria sangat!! Muka pun semacam jek raut jahatnya tu..sangat jelas terukir tahap kenakalannya. Ekekeke. Pun begitu ya tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin sekalian.. haruzzzz saya ingatkan disini bahawa jangan mengusik terlalu sangat. Takut nanti ada pulak orang tunjuk wajah moncong sedepa (yang mungkin comel kalo ikat reben ala butterfly.. ehe). Tak pun ade orang akan runtuh emosinya sehingga merajuk tahap kritikal sebab usikan-usikan yang melampau. Jika usikan itu dah tahap melampau ~ maka ia tidak akan lagi menjadi Hari Nakal tetapi Hari Amat Jahat Macam Setan Gondol. Ekekeke



Kesimpulannya.. Hari Nakal ini adalah perayaan secara individu yang boleh dirayakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira darjat, keturunan, kepercayaan, agama, tahap pendidikan, pangkat atau gaji dan ia boleh dirayakan pada bila-bila masa yang anda suka mengikut tahap kesukaan anda. Tugas anda sekarang adalah untuk menilai... bila kali terakhir anda merayakan Hari Nakal anda? Sekiranya baru sahaja selesai saya ucapkan tahniah dan sekiranya lama dah tak buat perangai nakal itu...sila sila lah mencari mangsa usikan nakal anda. Ekekekeke

Enjoy Life People!!!!
Ekekekekeke


**masih saiko sebab kerja lebih masa ~ bakal mengulang rekod keja 40jam tanpa henti.. hahahaha


No comments: