Saturday, March 12, 2011

Kamu : Part 6

Aku tidak pernah menipu diriku
Dan aku jujur mengakuinya
Rasa itu tetap ada untuk kamu
Mengasihi kamu setelusnya cinta
Seluas semesta di ruang angkasa
Yang tiada pangkal..yang tiada hujung
Bagaikan paksi alam yang melingkar
Dalamnya kasih ini pada kamu
Hingga tak sanggup aku menodainya
Hingga tak sanggup aku mencemarinya
Biar datang seribu dugaan
Biar hadir seribu halangan
Rasa ini akan tetap ada untukmu
Aku tetap akan ada untukmu
Biar musim bertukar ganti
Biar tahun demi tahun meniti
Kasih ini takkan pernah berubah
Aku mahu kamu gembira
Aku mahu kamu bahagia
Kerana aku juga mahu capai bahagiaku
Dengan kamu gapai bahagiamu
Sempurnakan cintaku
Dengan kamu sempurnakan cintamu
Di hadapan mataku..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: