Thursday, March 31, 2011

Tanggungjawab & Sikap Timbangrasa

Ada tak korang menghadapi masalah dengan manusia-manusia yang tidak reti langsung menghargai orang lain? Tiada sikap bertimbangrasa dan logika terhadap perbuatan mereka? Aku ada.... Aku tengok mereka ini macam tak paham bahasa atau memang tak nak paham aku pun tak pasti. Cakap pendeknya ~ buat bangang je kot rasa aku. Kenapa pulak leh jadi camni leh jadi isu besar pulak? Cetanya senang aje.. tidak nampak sebarang appreciation towards the family atau cakap Melayunya menghargai keluarga. Kenapa plak boleh tak appreciate keluarga ni? Tak sayang ke? Bukan tak sayang sebenarnya tapi lebih kepada mengambil kesempatan terhadap kebaikan yang dipaparkan oleh ahli keluarga yang lain.

Mak ayah kita nih dah tua. Dah pencen. Duit pencen tu berapa sangat? Pernah ambik tahu ke? Tak kot rasa aku.. jadi menjadi tanggungjawab kita lah sebagai anak-anak nih membantu parents kita yang dah tua dan tak berapa berdaya untuk menjalani hidup selesa. Mereka besarkan kita dengan kasih sayang dan mereka mencari rezeki halal nak bagi kita makan dari kita kecik besau tapak tangan sampai la dah berbulu dah masing-masing ye dak? Jadi bila mereka nih tak mampu menjana pendapatan apalah salahnya kita ni sebagai anak-anak yang baik (mungkin lom capai tahap anak soleh/solehah lah sebab semayang ape semua pun agak kelaut) membantu parents kita untuk jalani hidup yang selesa. Cakap jahatnya.. alah berapa lama sangat makayah kita nak idop pun? Dah tua kot. jadi apalah salahnya sisa-sisa hidup dia tu kita cuba ceriakan dan bantu mereka ye dak? Esok-esok bila parents dah tak ada.. tak de siapa dah kita nak jaga. So tak payah lah nak kedekut sangat. Lagipun berbakti kepada keluarga tu kan afdal ~ untung-untung makayah kita pun turut doakan kejayaan kita, kesenangan kita dan dapat la top-up pahala mana yang patut tu.

Banyak cara kita nak appreciate parents kita. Salah satu yang paling senang bagi duit belanja dapur. Tapi jangan lah bagi RM50 kalo gaji kita beribu-ribu. Orang gaji RM400 je sebulan tu logik lah nak bagi 50 hengget jek. huh! Cara lain ~ ini bagi yang agak kedekut siket.. belikan terus keperluan parents kita. Lauk ke barang-barang dapur ke..pape je lah. Dah korang takut sangat nak bagi duit. Konon nanti parents kita tu belanja tak beringat atau membazir. Hah! Korang g la shopping untuk parents korang. Takkan setakat beli keperluan dapo je korang belanja sampai habis separuh gaji kot? Tak..kan????!!! Kita nih semua bukannya kaya sangat.. tapi umpama pepatah melayu lama sikit-sikit jadi bukit.. kalo kita sesama adik beradik nih membantu parents kita tidak kah ia akan membantu mereka untuk hidup dengan lebih baik? Contribute lah sorang sikit mengikut kemapuan dan cuba bertimbangrasa sikit dalam memberi sumbangan tu. Dan cuba nilai sama tahap kita menghargsi parent tu.. berbaloi ke tidak ngan pengorbanan diorang pada kita.

Meh la aku tanya korang.. aku bagi korang situasi dan korang nilai patut ke tak patut benda nih jadi owkeh? Hantar anak-anak kerumah parents dengan harapan parents dapat bantu jaga sekejap sementara korang g keja. Boleh kan? Apa salahnya.. ye dak? Tapi letak anak kat umah parents sampai seminggu and bagi duit belanja dapur cuma 20 atau 30 hengget aje? Patut ke? Tak patut la kan? Dah tentu la barang-barang sekarang nih mahal. Ko kua makan satu keluarga pun untuk satu hidangan makan malam mesti abes 30 hengget kan? So cuba amik calculator tu dan congak kalo ko letak anak ko seminggu bape duit yang ko belanjakan? jadi..patut ke bagi 30 hengget aje bila letak anak lama-lama kat umah parents yang tak berduit? Nak bagi cucu makan sampai duit belanja yang anak-anak yang lain bagi nih abes.. tahap next month kena bagi dabel. Tak ke takde timbangrasa namanya tu..dah la tidak membantu.. yang susahnya terpaut pulak kat bahu anak-anak yang niat baik membantu keluarga nih.

Ini cuma salah satu contoh. Banyak lagi sebenarnya kejadian-kejadian yang tidak sepatutnya berlaku tapi tak perlu lah nak aku nyatakan kat sini. Bila berlakunya keaadaan sebegini di depan mata kita seharusnya kita menegur insan tersebut.. dengan harapan mereka nih buka mata dan sedar tanggungjawab sebagai salah sorang ahli keluarga. Jangan fikir hanya dengan kasih sayang sahaja boleh ganti semua keperluan-keperluan lain tu.. cuba fikir camni lah.. kalo kita belanja duit lebih sikit untuk parents kita adakah itu bermakna parents kita mata duitan? Tak..kan??!!! Jadi anggap aje kita bagi duit atau bantu sediakan keperluan parents kita tu sebagai tanda KASIH SAYANG kita kepada parents kita, sebagai tanda kita menghargai setiap pengorbanan mereka. Takkan itu pun tak leh nak fikir kot? Simple je tu bai.. seriously speaking i'm not perfect either but we have to understand the situation and adopt to the atmosphere. Kalau family jenis gabak kaya takpe lah.. sukahati korang lah nak perabih reta makbapak pun. Berani kerat jari aku, parents pun kalo dia kaya waktu dia tua dia pun tak heran nak belanja kasar-kasar.

Entah lah.. susah nak cakap. Luah mati emak..telan mati bapak. Sama-samalah kita renungkan tiap-tiap tindakan kita ni. Jangan pulak bila ditegur mengamuk tak tentu hala pastu tunjuk perangai buruk kat parents. Biasakan diri menghormati makayah plis! walaupun itu bukan makayah kandung ko. And kalau tak puas hati ~ sila berdepan ye..jangan tunjuk perangai-perangai biadap tu kat parents. Diorang tu dah la tua.. berpenyakit lak tu. Cuba la jangan tambahkan beban penyakit diorang tu dengan peel korang aje! 

**Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam.. tapi aku ada jari.. jadi aku taip lah ape aku suka..ikut sukahati aku.. kalo ade yang tak puas hati tu.. mai la berdepan ngan aku kalau berani. 


Wednesday, March 30, 2011

Kamu : Part 7

Mencari kasih sayang
Merasai cinta
Impian semua insan
Jangan dikongkong rasa indah itu
Hanya kerana kepentingan diri
Dan aku..
Menyayangi kamu..
Mengasihi kamu..
Menyintai kamu..
Tanpa batasan
Dan tidak akan terbatas rasa itu
Hanya kerana tidak mampu memiliki kamu
Begitu agungnya kasih, sayang dan cinta aku terhadap kamu

Tuesday, March 29, 2011

Dimana ~ Dimana


Di mana di mana
Di mana ku harus mencari
Cinta yang sejati
Yang mampu tuk sirami
Hati ini 
Hingga sejuk terasa
Batin ini

Jangan jangan
Jangan kau pergi
jangan jangan
Tinggalkan aku

Tak pernah ku sangka
Sedalam ini rasaku padamu

Kaulah penebus cintaku
Suria atas duniaku

Ku tak akan pernah bisa
Ku tak akan pernah bisa
Ku tak mau bila ku harus hidup tanpamu
Hanya ingin kamu (kamu) kamu (kamu)
Hanyalah kamu di hatiku

Kini ku temukan
Tak perlu lagi ku mencari
Cinta yang sejati
Yang mampu tuk sirami
Gejolak di dalam hati ini
Hingga sejuk terasa
Batin ini

Hanyalah kamu di hatiku

Best Moment of My Life


its too good to be true
one short moment of my life
was the best of it all
holding you close
with the fear of letting you go
every bit of your body scent
flows through me all night long
kissing you..
like i have never been kissed before
its too good to be true
one short moment of my life
was the best of it all
i know.. you know..
that i love you so..
even if you won't ever be mine
you are the best
moment of my life


Tuesday, March 22, 2011

Aku & KLIA ~ 2

Dah melangkaui usia 1 bulan sejak aku mula bertugas di KLIA nih. Macam-macam kejadian yang berlaku. Ada yang lucu, ada yang menarik and ada gak yang memeningkan kepala. Aku nak kongsi sedikit pengalaman aku ngan korang. Tapi sebelum itu aku nak bagi korang sume beberapa soalan.. korang ade tak rasa macam berada di Indon / Bangla / Afrika tak walaupun hakikatnya korang berjalan dalam Malaysia nih? Terasa tak ramai giller orang asing yang ada kat negara kita ni? And thru apa yang korang baca atau dengar melalui media.. korang salahkan siapa bila berlakunya kebanjiran warga asing kat negara kita ni? Aku tahu antara  jawapan yang ada lam pala hotak korang or jawapan kat hati korang tu.. mesti ada perkataan IMIGRESEN kan? 

Antara tugas, amanah dan tanggungjawab aku ketika aku bertugas di pintu masuk adalah untuk menapis permohonan orang asing yang nak masuk ke Malaysia nih. InsyaAllah sekiranya cukup syarat, dokumen yang sah dan teratur serta tidak terdapat apa-apa yang meragukan orang asing tersebut memang berpeluanglah nak jejak kaki kat negara kita. kalo tidak, setakat jejak KLIA je lah.. pastu tendang balik ke negara asal mengikut route flight dia datang. Untuk pengetahuan korang, KLIA adalah pintu utama dunia antarabangsa untuk masuk ke negara kita. Ini disebabkan mana-mana manusia dari mana-mana negara dalam dunia ni (kecuali Israel) boleh masuk melalui KLIA dan ada juga rakyat dari negara-negara tertentu yang tidak dibenarkan untuk masuk melalui pintu masuk lain selain dari KLIA contohnya Afrika takleh masuk ikut Singapore - Tambak Johor. 

Baru-baru ini adalah geng senior officer KLIA (dari group lain) yang tolak kemasukan 2 Bangla ni. Biasalah.. adalah maklumat yang bangla sengal ni bagi sampai kawan aku tu refuse their entry. Nasib ko la bangla.. ko jalan tak baca bismillah kot takpun  ko langkah kiri banyak sangat. Ekekeke. Bab ni biasa berlaku.. takde hal lah. Skali ada orang-orang Malaysia nih pulak call bertanyakan khabar 2 bangla sengal nih. Bukanlah tanya khabar saja.. tapi dengan tujuan nak merayulah biar bangla sengal nih dapat masuk Malaysia. Kawan aku yang sorang lagi pulak handle pangilan-pangilan telefon nih. Si pemanggil nih mengaku pulak sebagai Datuk XXX.. pastu kecozz bila kawan ku bagi jawapan "hanya Big Boss KLIA yang leh keluarkan arahan untuk benarkan orang-orang bangla ni masuk" . Halo boss.. kami ni boss jugak.. tapi kami BOS KECIK..bukan BOS BESARRR. Of cozz laa ada batas kuasa yang kami jalankan.

Nak jadi cerita sebab manusia ini terlalu kecozz ada la terima call lagik.. antara satu tu aku pulak on duty. Waktu itu, aku dah dapat arahan daripada SEMI SUPER BIG BOSS dari HQ untuk hold kan bangla sengal itu dan jangan bagi masuk + jalankan siasatan terperinci ape tujuan dia nak masuk sangat2 ni sampai kecozz tahap Jepun kena tsunami. Tapi yang handle siasatan tu bukan aku la.. tp kawan aku yang kedua tadik. So.. di malam yang tenang aku telah terima sebuah pangilan dari sorang manusia ini (berlainan dari pemanggil yang aku cakap memula tadik). Melalui percakapan dia tu memang confirm berketurunan India lah. Cuma yang tak ble blahnyer, dia memperkenalkan diri sebagai Datuk XYZ a/l ABC, Timbalan Menteri Kementerian MNO. (tak le cakap direct nnt aku kena ISA plak.. hahahahaha). This so called Datuk XYZ ni pun bertanyakan tentang 2 mamat bangla sengal ini. So sebab aku senior officer aku kena lah handle call-call yang ala-ala macam cibai nih kan? 

Dengan penuh sopan dan berhemah aku pun berspeaking la ngan this so called Datuk.. aku terangkan lah yang aku tak boleh nak bebaskan bangla nih sebab aku takde kuasa. So ini India suda marah la.. dia smash aku.. "apesal imigresen sangat degil and tak mahu bebaskan bangla ini??!! bangla ni datang cuma nak melancong" kata beliau setelah di translatekan. Pastu dia bebel lagik "saya suda cakap sama Datuk R*** (Semi Super Big Boss Imigresen) and dia dah bersetuju untuk bebaskan orang ini. Jadi you kena bebaskan dia lah". Aku dengan penuh sopannya bertanya "Sir ~ may i know when did u call Datuk R***?" India nih kata "About 6pm". Aku tengok jam dah kul 11 malam ~ Hah! Ade can nak smash. Aku pun jawab "I'm sorry sir ~ i have just receive an order from Datuk about 30 minutes ago which states that further investigation will be done to determine whether these 2 Bangladeshi is entitle to enter Malaysia or not. And i'm sorry sir i can't follow your orders because you are not my boss". 

So itu India suda tambah berapi lah lantas berkata.. "Hey you are talking to Deputy Minister from Ministry of MNO" and aku jawab "I'm so sorry sir, i can't verify u as the said person thru the phone"  pastu dia lagi bertambah marah dan mengugutku "i will personally call Hishamuddin and inform him that you ~ Laila is being rude to me. Do you want me to do that?" kata beliau. Aku pun jawab dengan penuh berhemah "I'm sorry sir, i don't think i'm being rude to you at any point of this conversation. And i'm sorry i can't verify you as the said person thru the phone and if you are true the said person u claimed to be i would suggest you go thru the proper channel - call back Datuk R*** and ask Datuk R*** to give orders to me so that i can do my part in helping you" and disebabkan kata-kata ku itu, maka India itu pun meletakkan telefon.

Pointnya disini.. waima ko kata ko PM Najib pun bai aku tak boleh nak clarify ko yang call aku tu ialah Najib. Comeon lah... takkan sebab orang call sebagai Menteri itu ini ko nak layan.. betul tak? dah tentu ko tak kenal kot? dah tentu tak pernah pun cakap telefon kot? Kalo orang tu menyamar and pakai nama menteri tak ke dengan aku skali teraniaya? and sekarang cuba korang fikir ~ ape sebabnya beriya-iya sangat Timbalan Menteri tu (anggap betul la dia tu memang timbalan menteri) nak bawak bangla sengal ni masuk sampai sanggup call sendiri? kalo ko betul menteri ko cakap la ngan level menteri.. ape plak ko cakap ngan aku? bila aku cakap mengikut apa yang sepatutnya aku buat as level aku ko marah.. tak ke ko dah memperbodohkan diri ko sendiri? lagipun dah tentu kot ko bukan bos aku Hishamuddin kan? somemore aku pernah handle dah kes yang direct arahan dari Hishamuddin.. Datuk directly keluarkan surat arahan kot untuk kami jalankan tugas sepertimana dia arahkan. So ko sapa bai nak call aku? Bukan aku kurang hajar lah tapi cuba fikir.. siapa betul lam soal nih? kalo aku pun doink and layan je ikut je apa dia kata.. sekali dapat tahu bangla tu orang-orang yg dikehendaki interpol camner??aku la kena ISA? Jeopardize la kerja aku kan? aku pun ade amanah dan tanggungjawab aku dalam jalankan kerja aku.. dan apekah nak ugut2 nih? CET! 

Serius cakap..ini cuma kes terpencil sahaja. Tapi bayangkan lah bila kami dah sekat kemasukan warga asing untuk jaga keamanan negara and ade plak mamat2 yang call and suruh bebaskan diorg.. kalo semua rayuan tu di layan serupa jugak tak payah letak pegawai imigresen kat memana pintu masuk.. biar aje kua masuk cam g terminal one turun naik bas..janji byr tambang singgit leh jalan. Ini belum aku cerita pasal kebanjiran warga asing secara 'HALAL' ~ lagi sakit jiwa korang kalo tahu. tapi bab tu len kali lah aku ceta. Banyak menaip aku penat ~ nak makan LAPO. Babai...huhuhuhuhu


** cerita hanya untuk dijadikan iktibar bukan nak mengutuk sangat sebab aku pun memang tak tahu ngan sape aku bercakap
** btw ~ malam tu juga bangla tu dah tros deport ke negara asal.. tak dapat masuk jugak ke Malaysia.. wahahahahahahaha


Friday, March 18, 2011

Miss My Baby

Suasana kerja di sini berbeza. Secara keseluruhan sangat berbeza dari tempat-tempat aku bertugas dahulu tetapi ada satu perkara yang sama. Kemesraan. Disini juga aku menemui keceriaan bertugas. Kami berlainan kumpulan tetapi kami boleh bergurau dan ketawa bersama-sama dalam nada yang serupa. 

Ia mengingatkan aku kepada My Baby ~ Kumpulan KIK D'Guardian. Apa khabar korang di Melaka. Mungkin dah tidak terasa sangat ketiadaan aku sekarang. Serious speaking aku rindu korang semua ~ Faries, Anas, Tok`, Mahani, Chot, Zarol, Sam, Zabil dan Mizi. Aku melihat kembali kedua-dua montaj persembahan kita. Tapi bila aku lihat montaj penutup yang penuh dengan aksi-aksi kita waktu buat projek dulu, aku jadi sebak. Aku rindu korang ~ anak-anak buah terbaik yang pernah aku didik! From Zero to Hero! Itu adalah kamu; semua itu adalah kita semua ~ D'Guardian.  


Semua kenangan kita bersama adalah antara kenangan terindah yang akan aku kenang sampai bila-bila. Walau dimana korang berada ingat lah.. jangan getar untuk terus melangkah maju. Selagi kita tidak harungi dugaan kita tidak akan menikmati nikmat kejayaan. Ibarat bagai mengambil madu ~ tak tahan disengat, tak dapatlah merasa kemanisan madu itu. Aku akan terus mendoakan kejayaan kamu semua. Insya-Allah.

Hari Nakal


Apa itu Hari Nakal?Any guess? Yes? NOPE! NOPE! Salah tu.. Ia bukan satu perayaan yang diraikan oleh Rakyat Malaysia secara keseluruhannya.. Korang ingat aku typo ke? Korang ingat Hari NATAL ye? Bukan lah....

Hari Nakal adalah hari dimana seorang manusia itu menjadi nakal terlebih dari biasa. Dia mungkin cuba untuk berlagak jahat, kotor ataupun dengki kepada orang lain tetapi.. (This is the best part) tujuan dia melakukan begitu hanyalah semata-mata untuk mengusik. Ya awk.. Sy tahu awk kata ia 'gedik'. Tak kesahlah gedik ke hapa. Yang penting akal-akal nakal yang tahap kritikal itu wujud secara melebihi dr kebiasaan pada Hari Nakal.




Bila boleh merayakan Hari Nakal ini? Ia tidak seperti XMAS yang hanya diraikan pada tiap-tiap 25 December sahaja. Hari Nakal ni berlaku setiap hari. Bezanya.. Individu mana yg merayakannya. Ini disebabkan oleh tahap hyper dan psycho-ness seseorang itu berbeza-beza dan berubah-ubah setiap hari. Ye lah.. Tak semua org ceria sentiasa, tak semua orang marah tetiap hari dan tak pulak semua org sakit selalu..betul tak? Jadi setiap hari adalah Hari Nakal bagi seseorang. Hehehe

Dan haini pulak merupakan Hari Nakal aku. Dari pagi sebenarnya aku asek mengusik orang. Mak aku pun kena, Uwan pun kena, geng FB pun kena, geng haru pun kena juga sampai staff kat opis pun kena usik ngn aku harini. Ekekekeke Seronok lah nakal camni. Ceria sangat!! Muka pun semacam jek raut jahatnya tu..sangat jelas terukir tahap kenakalannya. Ekekeke. Pun begitu ya tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin sekalian.. haruzzzz saya ingatkan disini bahawa jangan mengusik terlalu sangat. Takut nanti ada pulak orang tunjuk wajah moncong sedepa (yang mungkin comel kalo ikat reben ala butterfly.. ehe). Tak pun ade orang akan runtuh emosinya sehingga merajuk tahap kritikal sebab usikan-usikan yang melampau. Jika usikan itu dah tahap melampau ~ maka ia tidak akan lagi menjadi Hari Nakal tetapi Hari Amat Jahat Macam Setan Gondol. Ekekeke



Kesimpulannya.. Hari Nakal ini adalah perayaan secara individu yang boleh dirayakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira darjat, keturunan, kepercayaan, agama, tahap pendidikan, pangkat atau gaji dan ia boleh dirayakan pada bila-bila masa yang anda suka mengikut tahap kesukaan anda. Tugas anda sekarang adalah untuk menilai... bila kali terakhir anda merayakan Hari Nakal anda? Sekiranya baru sahaja selesai saya ucapkan tahniah dan sekiranya lama dah tak buat perangai nakal itu...sila sila lah mencari mangsa usikan nakal anda. Ekekekeke

Enjoy Life People!!!!
Ekekekekeke


**masih saiko sebab kerja lebih masa ~ bakal mengulang rekod keja 40jam tanpa henti.. hahahaha


Thursday, March 17, 2011

10 Perkara

10 perkara yang pada waktu sekarang aku rasa aku dah lama tak buat.


1. Melepak di Al-Wazer, Lobak berjam-jam untuk sessi 
NGETEH dan ONLINE sambil makan Sate
~
2. Main Bowling kat Seremban Parade
~
3. Main Badminton kat Summer Courts, Oakland
~
4. Melepak ngan geng skol (the BFF) & geng samsheng
~
5. Terbangkan Spongebob bila ada angin kuat
~
6. Belek Darling puas-puas
~
7. Shopping ~ stok baju n sua jalan dah tak de neh
~
8. Main online game kat internet & FB kaw-kaw
~
9. Melayan perasaan main Xbox dengan penuh semangat waja
~
10. Naik bukit yang tinggi tengok KL waktu malam


Sibuk lah sekarang.. cemana nak buat sume benda nih.. iskkkk...

Nota Hari Ini ~ 12

Kematangan seorang manusia tidak hanya tertakluk kepada angka usia yang besar. Kadang-kala pada usia muda juga satu insan itu boleh dikatakan matang. Tahap kematangan seseorang bergantung kepada pengalaman, kewajaran mengambil tindakan, kebolehan ia berfikir dan mengawal emosi. Yang paling penting sekali, kematangan membezakan satu individu dengan individu yang lain dengan cara ia mengendalikan satu-satu situasi yang genting atau kritikal.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, March 16, 2011

Happy Alwiz!

Semua orang nak hidup ceria dan gembira..tak kira lah cara camne yang buat gembira tu. Ada yang gembira bila berjaya dalam apa dia buat, ada yang gembira sebab kurang berhadapan masalah-masalah yang remeh, ada yang gembira sebab sihat. Tapi paling teruk but still masuk lam kategori gembira is orang-orang yang jenis saiko yang gembira sebab suka tengok org lain menderita.

Aku ~ aku gembira dengan kerja aku.. Aku gembira dengan kehidupan aku yg ceria.. Aku gembira dengan family aku yang serba tidak sempurna (tapi memadai sebab mak seorang yg sangat pandai memasak dan aku n the rest of the family suka makan..hahaha).. Aku gembira sebab aku ade ramai kawan yang aku leh label diorang sebagai sahabat akrab aku (kena faham ye beza antara kawan, member,geng ngn sahabat) dan yang paling aku gembira (aku rasa laaa.....) aku sentiasa boleh buat orang-orang sekeliling aku turut gembira.

Saiko seperti aku yg mampu buat org senyum, ketawa dan happy bila bergaul (bukan menggauli ye..haha) ngan aku. Banyak label aku ni diorg bagi... "sort & saiko" ~ itu Geng Haru bagi label kat aku.. Kawan skolah kata aku "kepala gila".. Staff aku plak bagi title "bos sempoi".. Tp yg paling best mak aku laa.. Dia kata aku "otak kartun & akal keling"..hehehe.. Terima kasih!! Aku suka label2 tu sume..aku xde hal..sebab orang-orang yang hebat je ade label. Orang tak hebat tu xde org nampak dan secara otometik xdapat label gegila..ngeh!ngeh!ngeh!

Eh! Bukan perasan owkeh..ini hakikat! KENYATAE! Betul kan ape aku cakap? Cuba korang pikior.. Korang mesti penah bagi label atau tagline atau nama samaran atau apa-apa yang sewaktu dengannya kat someone kan? Apa sebab korang bagi label kat orang lain tu? Mesti ada sebab yang munasabah dimana point yang paling penting orang itu begitu memberi kesan di dalam kehidupan korang xkira lah dalam cara baik atau tidak. Contohnya : sapa ingat Ustazah Farhana yang mengajar kt Convent Seremban dulu? ~ beberapa genaration juniors bawah dari aku yang kenal dia sume kata gelaran dia 'Singa Betina' sebab garang nak mampos..kn?itu gelaran dari zaman aku ngaji skolah tu dulu..hehehe lagi satu contoh : Siapa tak kenal ngn 'Azmi Roket' kalo dok kat Imigresen Johor? Sape tak kenal 'Mak Tiri' kalo keja kat Imigresen Melaka? Dan siapa yang tak gerun bila dengar nama 'Mak Lampir' kat Imigresen Seremban ~ yang ini INDON pun takut sehh..hahahaha

Tapi itu tidak penting...yang penting aku nak rakamkan kat sini.. Aku sangat2 berbesar hati dengan semua gelaran yang korang bagi kat aku. Sebab pada aku.. Gelaran itu korang bagi dengan penuh kasih sayang dan menandakan korang gembira ngan kehadiran aku dalam idop korang. Maaf lah aku memang saiko kot..tu la korang bole mengekek dari pagi sampai petang dengar aku berceloteh yang tak reti letih. Tak gitu Geng Haru?  And Kak Ngah.. I noo u leb me beri mac..sebab u akan ilang stress u kalo u sembang ngn I kan??huhuhu plis bbm je ~ gossipp!!! I kan Abang Kapochi - 24/7...hahahahaha

Till next time ~ happy alwiz people!! daaaa....... :p~~

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-
Celcom Mobile.

Tuesday, March 15, 2011

Pantun Saiko

Sembilan jam waktu bekerja
Rajin overtime sambunglah lagi
Kejar duit banyak nak kumpul harta
Biar senang nanti nak berbini

Masuk keja kena punch card
Kalo tak punch card takde gaji
Puas mengayat biar dapat melekat
Bila tak dapat sengih sendiri

Ramai kawan bergelak sakan
Tengok kita jatuh tergolek
Kasih bukan sayang pun bukan
Lain tidak perasan sendirik

Bawak keta laju laju
Konon nk pecut macam F1
Bila cinta tidak bersatu
Alamat boleh menjadi sawan

Terdengar lagu kaki pun goyang
Hendak menari tapi tak pandai
Macam mana nak pikat anak orang
Sendiri rupa pun macam sakai

Bangun pagi belek muka
Cermin pecah tidak peduli
Biar lah huduh paras dan rupa
Asalkan saja molek peribadi

Sorong papan tarik papan
Salah tarik tertusuk sembilu
Kalaupun rupa tidak rupawan
Sampai jodoh kompang dipalu

Duduk seorang membelek handphone
Tersenyum sumbing bahana lawak
Walau kekasih tidak berduyun
Janji sahabat bertruck-truck

**hehehehehehe.... tajuk pun pantun saiko.. paham-paham sudaaa.. hehehehehe

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, March 13, 2011

Persetankannya

Manusia itu pelbagai rupa
Ada yang baik peribadinya
Ada yang ikhlas tindak tanduknya
Ada juga yang busuk hatinya
Apa pun mereka tetap manusia biasa
Oleh kerana "BIASA"
Mereka mengeji dan menghina
Di sampaikan melalui kata-kata
Yang disulam amarah tiada berpunca
Kononnya mahu turut membina
Tapi lagak bengis di tunjuk
Dengan nista yang mencarik-carik
Cuba menjatuhkan airmuka insan tidak berdosa
Aku bukan insan mulia
Tapi aku tidak biasa mengeji hina
Jika kamu insan mulia
Tidak begitu perlakuannya
Mencerca tanpa berani tampil mendabik dada
Berselindung dibalik samaran nama
Dimataku kamu pengecut
Yang hanya tahu menyakiti
Tetapi tidak berani membenarkan kata-katamu sendiri
Dan kamu..
Jangan kerana dia ini muncul
Langkah kamu terhenti dalam membina impian
Pedulikan dia..
Kerana kamu tidak hidup kerana dia
Kerana kamu tidak mati kerana dia
Persetankan tiap-tiap katanya
Kerana bagi aku
Kamu lebih mulia dari dirinya
Kerana kamu berani 
Membenarkan tindak tanduk kamu
Kamu ikhlas terhadap setiap inci kehidupan kamu
Kamu terlalu kuat untuk dia
Meruntuhi teguhnya keperibadian kamu
Bergembiralah kamu dengan hidupmu
Kerana tiada dusta mengelilingimu
Andai bisa kamu tersungkur..
Susah senang.. jatuh bangun kamu
Masih ramai yang bersamamu
Menghulur tangan
Meminjamkan bahu
Bersama kamu melangkah maju

Saturday, March 12, 2011

Kamu : Part 6

Aku tidak pernah menipu diriku
Dan aku jujur mengakuinya
Rasa itu tetap ada untuk kamu
Mengasihi kamu setelusnya cinta
Seluas semesta di ruang angkasa
Yang tiada pangkal..yang tiada hujung
Bagaikan paksi alam yang melingkar
Dalamnya kasih ini pada kamu
Hingga tak sanggup aku menodainya
Hingga tak sanggup aku mencemarinya
Biar datang seribu dugaan
Biar hadir seribu halangan
Rasa ini akan tetap ada untukmu
Aku tetap akan ada untukmu
Biar musim bertukar ganti
Biar tahun demi tahun meniti
Kasih ini takkan pernah berubah
Aku mahu kamu gembira
Aku mahu kamu bahagia
Kerana aku juga mahu capai bahagiaku
Dengan kamu gapai bahagiamu
Sempurnakan cintaku
Dengan kamu sempurnakan cintamu
Di hadapan mataku..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, March 11, 2011

Garapan Buat Bonda

Rasa indah teringat sesuatu
Dalam sunyi aku menahan sendu
Dari jauh aku tahu
Di matahati ini..
Di matajiwa ini..
Di matakalbu ini..
Kamulah penghuninya..
Esok bertemu melepas rindu..
Bonda tersayang..
Wanita terpaling sempurna dalam hidupku
Maafkan aku bonda..
Aku tidak mampu mengikut jejakmu
Khilaf aku hidup aku gaya aku
Terlalu jauh dari pesisir peradapanmu
Yang begitu suci.. begitu tulus nuranimu
Yang memahami tiap laku anak-anakmu
Kamu permaisuri teragung..
Ku puja dalam diam
Ku rindu setiap waktu
Biar lagak nakal bagai tiada rasa
Biar ego melangit tidak terluah kata
Pun begitu ketahuilah sebenarnya
Sayang terhadapmu itu terlalu tinggi
Kasih terhadapmu itu begitu jitu
Cinta terhadapmu itu begitu agung
Kerana kamu adalah ratuku
Selalu dan selama-lamanya.....


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, March 9, 2011

Nota Hari Ini ~ 11

Saya masih mahu menulis, untuk diri sendiri.. Tapi idea seakan tiada.. Gelap dan hitam.. Sekelam cuaca yang sering mendung dan hujan.. Inspirasi saya bagaikan hilang.. Dalam hiruk pikuk manusia kota mengejar dunia.. Mana dia? Mana inspirasi saya? Saya tidak pasti...
Dimana mahu saya cari inspirasi itu? Dimana mahu saya ganti sumber ilham saya itu? Saya tidak tahu...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, March 6, 2011

Thought of The Day

Life is short, don't waste your time worrying about what people think. Hold on to the ones that care, in the end they will be the only ones there

When You Say Nothing At All


It's amazing how you can speak right to my heart
Without saying a word you can light up the dark
Try as I may I can never explain
What I hear when you don't say a thing

The smile on your face let's me know that you need me
There's a truth in your eyes saying you'll never leave me
The touch of your hand says you'll catch me wherever I fall
You say it best, when you say nothing at all

All day long I can hear people talking out loud (oh…)
But when you hold me near (oh, hold me near)
You drown out the crowd (drown out crowd)
Try as they may, they can never defy
What's been said between your heart and mine

The smile on your face let me know that you need me
There's a truth in your eyes saying you'll never leave me
The touch of your hand says you'll catch me wherever I fall
You say it best, when you say nothing at all…oh

Oh, the smile on your face let's I know that you need me
There's a truth in your eyes saying you'll never leave me
The touch of your hand says you'll catch me wherever I fall
You say it best, when you say nothing at all

You say it best, when you say nothing at all
You say it best, when you say nothing at all
(The smile on your face)
You say it best, when you say nothing at all
(The truth in your eyes)
(The touch of your hand)
You say it best, when you say nothing at all
(Let me know that you need me)
You say it best, when you say nothing at all (nothing at all)
You say it best, when you say nothing at all (nothing at all)
You say it best, when you say nothing at all (nothing at all) 

Saturday, March 5, 2011

Trust & Appreciate

Thinking hard and thinking my heart out. We live in a life that bound to all ups and downs which were affected by our surroundings. Through out time, we learn about how to live our life to the fullest. Confidence and self esteem grew all the way. How confident is my confidence level now.. And how high my self esteem? I might not have the answers now but I know.. I'm born to be a fighter and I can excel in everything I do. It might not be enough for now. But to have all of you around me, I'm sure I'm gonna be fine and I will perform exceed ones expectations in anything that I do.

Awk ~ thank you for making me realize that I should always trust myself and if there's no one to appreciate me, I should never ever ever in life forget to appreciate myself!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, March 3, 2011

How Am I To You?

Being alone in the smoking lounge
With my cigarette on the left
And a cup of coffee on the right
Makes me think and wonder
Life, works, friendships and love
How am I to you?
As your friend
As your colleague
As your boss
As your lover
As who ever I am to you
How am I to you?
Do you love to be around me?
Did I do well all these years?
Did I ever let you down?
Did I ever treat you bad?
Did I ever make you cry?
I have love myself
As much as I have loved all of you
If any please let me know
Good or bad
I need to know
So that I know
You and me are looking at the same me
:)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, March 1, 2011

Thank You

Adults talk and discuss with each other
Kids they fight and lost to one another
If u ask me how do I feel?
I would say..
YES.. I do love you with all my heart
But for us to accept the fact
That we are not made for each other
Yet we do love and have each other
In anyway that is possible
That is the most sweetest thing out of our love
Thank you for making the picture clearer
Thank you for all your love to me
And most of all..
Thank you for accepting me just the way I am
Thank you my dear
May Allah bless us all the way
Amin!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.