Tuesday, December 14, 2010

~ Pantun Cinta Jiwa Lara ~


Di dalam hati ada taman
Tempat terletak si jantung hati
Biar pun masa mengubah zaman
Cinta terpatri di sanubari

Tempat terletak si jantung hati
Indah nian tiada terkata
Cinta terpatri di sanubari
Harumnya mekar sepanjang masa


Indah nian tiada terkata
Manisnya bagai secangkir madu
Harumnya mekar sepanjang masa
Sampai terbawa ketika beradu

Manisnya bagai secangkir madu
Tiada jumpa akan lawannya
Sampai terbawa ketika beradu
Rupanya hanya mimpi sahaja

Tiada jumpa akan lawannya
Kerana penglihatan telah tertutup
Rupanya hanya mimpi sahaja
Kesalnya hingga jatuh terduduk

Kerana  penglihatan telah tertutup
Menahan gelora tidak bertepi
Kesalnya hingga jatuh terduduk
Rasa sakitnya tiada terperi

Menahan gelora tidak bertepi
Rindu dendam di dalam kesumat
Rasa sakitnya tidak terperi
Janji terlerai tak mampu di ikat

Rindu dendam di dalam kesumat
Tiada tempat mencurah rasa
Janji terlerai tak mampu di ikat
Gengaman tangan terlepas jua

Tiada tempat mencurah rasa
Duduk sendiri di tepi pantai
Gengaman tangan terlepas jua
Hingga airmata jatuh berderai

Duduk sendiri di tepi pantai 
Jiwa hiba tiada terhingga
Airmata jatuh berderai
Mungkinkah akan bertemu ubatnya?



2 comments:

Anonymous said...

pasal sape ni awk?

archird affiq said...

pasal siapa lagik awk..
dah tentu lah ceta pasal saya..
hurmmmmm....