Wednesday, December 29, 2010

Malaysia JUARA!!!!!!





Betapa gembiranya aku & para sahabat di merata-rata..malah aku yakin seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian terbaik pasukan Bola Sepak kita "HARIMAU MALAYA" kerana berjaya membenam musuh tradisi "GARUDA". Kenapa aku kata ini pencapaian terbaik?sebab sejak perginya Mokhtar Dahari nampak sinar gemilang arena bolasepak kita semakin malap..TAHNIAH!!! dan TERIMA KASIH kerana anda semua telah berjaya mengembalikan zaman kegemilangan itu...dan secara rasminya..kata-kata ego dari rakyat Indonesia yang membenci kita selama ini padam serta merta. 

Sebelum pusingan pertama Final bola sepak Piala AFF ini..wall aku di Facebook penuh dgn kata-kata egois orang-orang Indonesia mengatakan mereka mahu ganyang kita..ada yang siap bagi score 5-0 kerana di pusingan awal pertandingan ini kita telah kalah kepada mereka dengan score 5-1. Mereka lupa pada satu benda iaitu..semangat orang yang belum pernah mencapai kejayaan which means UNDERDOG adalah lebih tinggi dari mereka yang memang selalu menang. Disebabkan semangat itu lah pasukan bola sepak kita berjaya malam ini. TAHNIAH sekali lagi buat semua tenaga kerja pasukan bola sepak HARIMAU MALAYA!!! Semoga kejayaan ini tidak melalaikan kita malah kejayaan ini sepatutnya dijadikan pemangkin dalam mengemilangkan semula arena bola sepak Malaysia. Mana tahu kita pula yang tersenarai ke Piala Dunia?hahahaha...teruskan usaha..dan aku sebagai RAKYAT JATI MALAYSIA akan terus menyokong kalian!!! Majulah sukan bola sepak Malaysia!!!!



AFF Suzuki Cup 2010 Champion

Manager: Dato' Subahan Kamal
Coach: K. Rajagobal
Asst. Coach: Tan Cheng Hoe
Goal Keeper Coach: Mohd Faozi Mukhlas

Malaysia Squad List

Goalkeepers
1 MOHD FARIZAL BIN MARLIAS 
22 KHAIRUL FAHMI BIN CHE MAT 
28 MOHD SHARBINEE ALLAWEE BIN RAMLI

Defenders
2 MOHD SABRE BIN MAT ABU 
3 MOHD FAIZAL BIN MUHAMAD
4 MOHD ASRARUDDIN PUTRA BIN OMAR 
7 KHAIRUL HELMI BIN JOHARI 
5 MOHD RAZMAN ROSLAN
18 MAHALLI BIN JASULI 
24 MOHAMAD MUSLIM BIN AHMAD 
27 MOHAMAD FADHLI BIN MOHD SHAS 

Midfielders
8 SAFIQ BIN RAHIM
12 AMAR BIN ROHIDAN
14 MOHD KHYRIL MUHYMEEN BIN ZAMBRI
15 GURUSAMY GOVANDAR KANDASAMY
16 KUNANLAN SUBRAMANIAM 
17 MOHD AMRI YAHYA
21 MOHD AMIRULHADI BIN ZAINAL 
26 MOHAMAD ASHARI BIN SAMSUDIN 

Forwards
9 NORSHAHRUL IDLAN BIN TALAHA
10 MOHD SAFEE BIN MOHD SALI
20 IZZAQ FARIS BIN RAMLAN 
19 MOHAMMAD FAIZAL BIN ABU BAKAR



No comments: