Sunday, December 12, 2010

Kenapa Tuhan Tak Jadikan Aku Lelaki?



Kenapa aku begini...??ramai yang tanya...and seriously i don't have the answer..but have my excuse and my excuse is..IT'S JUST ME..memang aku begini sejak azali...kenapa sejak azali...?well here goes...


Bila agaknya usia seseorang bila dia mula kenal rasa sayang terhadap orang selain dari ahli keluarga?selalu jawapan nya bila jejak tingkatan 1 kan..?sebab dah dok sekolah menengah..kan?

well..aku mula kenal diri aku sejak aku umur 6 tahun lagi..muda sgt kn?aku suka tgk dia...kami kenal sebab duduk satu taman...pastuh usia pun sama..sama masuk tadika..bila mula masuk sekolah rendah..kami masuk sekolah yang sama n ironically..kami classmates..kenapa aku suka dia?ntah aku pun tak tahu...comel kot..tahap mana aku suka dia?tahap bilamana aku nak tidur aku suka nak bayangkan bantal yang aku peluk itu adalah dia...and YES..memang bermula usia aku 6 tahun itu lah aku dah mula rasa begitu...and through out zaman sekolah rendah memang aku hanya pandang dia saja...apa aja yang boleh aku buat untuk bantu dia aku buat..aku selalu mahu menjadi hero untuknya..tapi sampai sekarang..usia dah 30thn aku tak rasa dia tahu aku pernah rasakan begitu terhadapnya..biarlah..cerita lama..

same goes waktu aku di sekolah menengah..aku kenal rapat dengan beberapa orang yang aku kira menarik..tapi tak pernah aku luahkan apa aku rasa..sebabnya aku lebih rela mereka tidak tahu daripada bila aku bagitau yang aku begini mereka akan pergi dari hidup aku...sebabnya ada yang dengan sengaja aku buat begitu mereka akhirnya tinggalkan aku...sedih..tapi tak apa lah..nak buat camana..

semakin dewasa..semakin aku mengenali siapa yang mampu dan mahu berdamping dan berdiri di sisi aku..aku tahu sekali aku jatuh cinta aku akan pertahankan sehingga aku tidak mampu lagi untuk membendung rasa luka di jiwa..ye..kata lah aku apa pun...aku memang begini...aku pencinta yang setia..walau kadang kala aku nakal..suka nak test market kata orang tapi aku adalah aku...tidak pernah aku berpaling selagi rasa sayang itu utuh dalam jiwa aku...

kadang-kadang aku terfikir...kenapa Tuhan jadikan aku begini?kenapa aku terperangkap dalam tubuh seorang perempuan tetapi hakikatnya aku kira aku adalah lelaki sejati di dalam diri...aku tidak mengikut orang..tidak ada sesiapa yang mengajar atau memujuk aku supaya menjadi seperti ini....aku begini sejak aku kanak-kanak...bukan aku tidak bersyukur dengan apa yang Tuhan kurniakan kepada aku..keluarga yang mengambil berat..rakan-rakan yang memahami aku..tapi rohani aku?sekuat mana pun aku menyayangi..orang itu tetap bukan milikku abadi...seteguh mana pun cinta aku bina...ia tetap akan hilang kerana aku sendiri tidak pernah menidakkan hakikat kehidupan...

kalaulah aku tidak dilahirkan sebagai perempuan..mungkin aku tidak begini..maksudnya dari segi cinta... mungkin juga aku tidak menghargai kekasih aku...tapi eventually aku akan berjumpa dengan cinta sejati aku yang mana aku kira pasti akan menjadi suri aku selamanya...buat yang pernah menghuni ruang kecil hati aku...sesungguhnya aku menyayangi dan mencintai kamu sepenuhnya tika itu tapi aku berundur kerana hakikatnya kita bukan ditakdirkan untuk bersama...setiap kenangan itu tetap terpahat dalam jiwaku biarpun pedih bila ku kenangkan kembali....

aku tak fikir hidup aku akan berubah..dan aku tahu kehidupan aku akan semakin sepi....



No comments: