Thursday, December 30, 2010

Syukur ~ Hati Tenang Semula



Kelmarin..aku beranikan diri meluahkan segala yg terbuku...dia mungkin terkejut dengan apa yg telah aku katakan...yang pasti tiada lagi derita dan aku semakin tenang menghadapi hari mendatang.

Allah itu maha adil..kuat dugaannya.. namun tidak kurang hebatnya  juga bantuan yg datang.. aku rasa aku sunyi dan sendiri tika ujiannya aku tempuhi.. sangkaan ku meleset.. Aku punya ramai disekelilingku.. Mereka adalah sahabat ku.. yang tidak putus2 memberi galakan dan semangat kepada ku..

Sebelum ini aku berkira-kira dan teragak-agak untuk berpindah.. akhirnya pegawai atasan memberikan aku peluang keemasan.. pertukaran suka sama suka dgn isterinya...why not? tahun baru, tempat baru dan suasana kerja baru perlu untukku di saat ini untuk aku terus maju kehadapan.. kebetulan pula sahabat baikku yg sorang itu juga bakal bertukar di tempat yg sama.. syukur alhamdulillah.. perkiraan kami tinggal serumah akan byk membantu..

Ya Allah..terima kasih atas ketenangan ini. Aku bersyukur keatas hadrat mu Ya Allah. 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia JUARA!!!!!!





Betapa gembiranya aku & para sahabat di merata-rata..malah aku yakin seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian terbaik pasukan Bola Sepak kita "HARIMAU MALAYA" kerana berjaya membenam musuh tradisi "GARUDA". Kenapa aku kata ini pencapaian terbaik?sebab sejak perginya Mokhtar Dahari nampak sinar gemilang arena bolasepak kita semakin malap..TAHNIAH!!! dan TERIMA KASIH kerana anda semua telah berjaya mengembalikan zaman kegemilangan itu...dan secara rasminya..kata-kata ego dari rakyat Indonesia yang membenci kita selama ini padam serta merta. 

Sebelum pusingan pertama Final bola sepak Piala AFF ini..wall aku di Facebook penuh dgn kata-kata egois orang-orang Indonesia mengatakan mereka mahu ganyang kita..ada yang siap bagi score 5-0 kerana di pusingan awal pertandingan ini kita telah kalah kepada mereka dengan score 5-1. Mereka lupa pada satu benda iaitu..semangat orang yang belum pernah mencapai kejayaan which means UNDERDOG adalah lebih tinggi dari mereka yang memang selalu menang. Disebabkan semangat itu lah pasukan bola sepak kita berjaya malam ini. TAHNIAH sekali lagi buat semua tenaga kerja pasukan bola sepak HARIMAU MALAYA!!! Semoga kejayaan ini tidak melalaikan kita malah kejayaan ini sepatutnya dijadikan pemangkin dalam mengemilangkan semula arena bola sepak Malaysia. Mana tahu kita pula yang tersenarai ke Piala Dunia?hahahaha...teruskan usaha..dan aku sebagai RAKYAT JATI MALAYSIA akan terus menyokong kalian!!! Majulah sukan bola sepak Malaysia!!!!



AFF Suzuki Cup 2010 Champion

Manager: Dato' Subahan Kamal
Coach: K. Rajagobal
Asst. Coach: Tan Cheng Hoe
Goal Keeper Coach: Mohd Faozi Mukhlas

Malaysia Squad List

Goalkeepers
1 MOHD FARIZAL BIN MARLIAS 
22 KHAIRUL FAHMI BIN CHE MAT 
28 MOHD SHARBINEE ALLAWEE BIN RAMLI

Defenders
2 MOHD SABRE BIN MAT ABU 
3 MOHD FAIZAL BIN MUHAMAD
4 MOHD ASRARUDDIN PUTRA BIN OMAR 
7 KHAIRUL HELMI BIN JOHARI 
5 MOHD RAZMAN ROSLAN
18 MAHALLI BIN JASULI 
24 MOHAMAD MUSLIM BIN AHMAD 
27 MOHAMAD FADHLI BIN MOHD SHAS 

Midfielders
8 SAFIQ BIN RAHIM
12 AMAR BIN ROHIDAN
14 MOHD KHYRIL MUHYMEEN BIN ZAMBRI
15 GURUSAMY GOVANDAR KANDASAMY
16 KUNANLAN SUBRAMANIAM 
17 MOHD AMRI YAHYA
21 MOHD AMIRULHADI BIN ZAINAL 
26 MOHAMAD ASHARI BIN SAMSUDIN 

Forwards
9 NORSHAHRUL IDLAN BIN TALAHA
10 MOHD SAFEE BIN MOHD SALI
20 IZZAQ FARIS BIN RAMLAN 
19 MOHAMMAD FAIZAL BIN ABU BAKAR



Dimana aku hilang?

Sejak 2 bulan lepas..banyak betul dugaan yang aku hadapi..tp kata-kata teman baru-baru ini membuatkan aku terfikir..dimanakah silapnya hingga aku bagaikan hilang diriku yg sebenar..?


Siapa aku dahulu...? Siapa aku sekarang...?
Bagaimana aku dahulu..? Bagaimana aku sekarang...?


Termangu mencari jawapan...hurmmm

Tuesday, December 28, 2010

Permainan Sayang & Cinta



Apa Makna Sayang & Cinta?
Bila Sayang & Cinta ini hadir?


Tiap kali ada insan mengucapkan kata sayang & cinta
Aku keliru sendiri..
Apakah yang dimaksudkan sebenarnya..

Adakah hanya pada sebutan sahaja?
Adakah bila semua keperluan di sediakan?
Atau bila duit ditabur sepanjang masa?
Atau bila sexual intercourse berlaku?
Adakah kekangan atau mengongkong itu juga cinta?



Aku serba kekurangan..

Jelas sekali sayang & cinta aku juga begitu..
Bukan kerana aku kurang menyayangi atau menyintai
Tapi di sebab kekurangan aku..
Rasa suci itu bagaikan suatu mainan dalam hidup ku..
Suatu permainan yang tidak akan tamat
Yang tidak akan ada penghujungnya

Dan aku semkin penat..
Penat untuk meneruskan permainan ini..


Sunday, December 26, 2010

Sedikit Senyuman Di Jiwa



Aku selalu berduka dan masih begitu..tp harini aku sedikit gembira bukan sebab dia ada dgn aku..tp sebab aku rasa dia dah sedar yg bukan sesenang itu org menabur budi...dan aku?? Budi aku yg tinggi menggunung itu bukan lagi untuknya..

**jahatkah aku berfikiran begitu??**


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, December 25, 2010

Cleaning My Heart


I need to clean up my heart..
I wish it is as easy as doing laundry
But i guess it's not that simple..

Too many things forcing me down
They are pushing me to the ground
Anyway..every way..and in all direction
Just to one point..
My heart..
To hurt and demoralize my spirit 

Too many things to be absorb in such short notice
It's killing me inside out
Can i hang on?
If it's possible..
How long can i hang on?

I've realize
That my heartbeat is not as sound as before
It's full of hate and no love at all
This is not me!!!
This is not who i am!!
How could i turn myself back together?
I need to clean up my heart..
Help me to clean up my heart



Betterman



Send someone to love me
I need to rest in arms
Keep me safe from harm
In pouring rain

Give me endless summer
Lord I fear the cold
Feel I'm getting old
Before my time

As my soul heals the shame
I will grow old through this pain
Lord I'm doing all I can
To be a better man

Go easy on my conscience
Cause it's not my fault
I know I've been taught
To take the blame

Rest assured my angels
Who catch my tears
Walk me out of here
I'm in pain

As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord I'm doing all I can
To be a better man

Once you've found that lover
You're homeward bound
Love is all around
Love is all around

I know some have fallen
On stony ground
But love is all around

Send someone to love me
I need to rest in arms
Keep me safe from harm
In pouring rain

Give me endless summer
Lord I fear the cold
Feel I'm getting old
Before my time

As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord I'm doing all I can
To be a better man


Friday, December 24, 2010

Janji Pada Sahabat



Geng..
Aku tahu ada yang pelik..kenapa aku ada masa menulis sedangkan aku sentiasa busy dengan kerja aku. Aku akan menulis bila-bila masa yang aku free..especially when i'm having my smoke break..itulah sebenarnya waktu paling tenang untuk aku.. dengan menghirup vitamin-vitamin tar & nicotine yang tidak sihat..menyemburkan asap kelabu yang berkepul-kepul..seolah-oleh setiap hela nafas itu adalah waktu paling chargas untuk aku berfikir. 

Geng..
Sejak 6 bulan lepas..aku sering membaca blog-blog kalian..secara jujur aku katakan aku telah membaca kesemua entry yang terdapat di blog kalian..sedikit-sebanyak aku memahami dan mengenali kalian melalui penulisan kalian itu. Ada antara kita telah terpisah bertahun-tahun lamanya..ada antara kita yang sering berjumpa tapi aku tidak pula maklum akan masalah kalian..maafkan aku wahai sahabat sekiranya aku telah bersifat zalim terhadap kalian selama ini kerana aku kurang peka dengan apa yang berlaku terhadap kalian. Mungkin kerana aku terlalu sibuk hinggakan ada antara kalian lupa bahawa aku adalah pendengar yang setia. Pun begitu..aku amat menghargai ingatan kalian terhadap aku selama ini.

Geng..
Kita semua sama.. kamu dengan masalah kamu..aku dengan masalah ku. Tetapi itu bukan bermakna kita tidak boleh berkongsi cerita.. kadang-kala bercerita itu tidak membantu dalam menyelesaikan masalah tetapi bercerita itu membantu kita berkongsi emosi dan mengurangkan tahap stress dalam jiwa. Tatkala hati sedikit gembira dan otak kita tenang..kita akan mampu berfikir apa yang terbaik untuk menyelesaikan masalah.

Geng..
Hampir kesemua kalian telah maklum tentang masalah aku sekarang. Aku bersyukur pada Tuhan..aku punya kalian sebagai sahabat akrab aku yang senantiasa sudi meminjamkan telinga kalian untuk mendengar cerita-cerita sadis aku. Aku juga amat berterima kasih kerana kalian sanggup meluangkan masa untuk membantu aku mengisi ruang-ruang kosong dalam hidup aku ini..

Geng..
Ketahuilah..aku adalah sahabat kalian. Sekiranya kalian memerlukan bantuan aku dalam apa cara sekalipun..aku akan cuba membantu kalian setakat mana kudrat dan kemampuan yang aku ada. Insya-Allah. Aku juga berdoa agar kita semua tetap kekal sebagai sahabat..biarpun aku tahu mungkin suatu masa nanti ada antara kita yang akan mengubah haluan hidup masing-masing..

"Janji aku pada kalian.. aku tetap disini sebagai pendengar setia dan aku akan bersama kalian walaupun mungkin kita akan terpisah suatu masa nanti.. "

Thursday, December 23, 2010

Sakit Jiwa



Sakit Jiwa!!
Bilamana yg dimiliki sekian lama 
Hampir pasti akan pergi..
Mata pula melihat kecurangan si dia..
Hati bertambah pedih 
Mendengar pujuk rayu si dia yang tak setia..


Sakit Jiwa!!
Bilamana waktu semua ini berlaku..
Seseorang hadir dalam hidupku..
Diri mencongak sendiri..
Apakah ini pasti?
Adakah ini orangnya yang ku tunggu selama ini?
Apakah aku akan diterima?
Tidak.. Tidak mungkin ia akan berlaku...


Semakin ku fikir..
Semakin kusut benakku
Apakah sebenarnya ujian Tuhan ini?
Semakin ku fikir..
Semakin SAKIT JIWAku...hurmmm


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

~ HANGEN SATU BADAN : FinaLe ~


Pagi ini di pejabat.. Staff aku datang & info pada aku yang kes yg aku buat dgn si polan itu ada masalah..and disebabkan aku & si polan tidak ada di pejabat ketika itu..sorang lagi senior officer terpaksa takeover.

When it comes to passion...I can never lie to myself. Memang kerja ini adalah passion aku yg sebenar-benarnya. Jadi aku nak tahu gak laa apa masalah kes itu sekiranya betul ada...diorang berdua pulak tak kerja..bercuti..tp IP ada atas meja..aku ambil masa menyebak dan membelek IP.. cuba utk fahami apa masalah yang dikatakan..Lega rasanya bila cadangan tindakan di ambil kira and dipersetujui...tiada masalah pun sbnrnya..hahahaha

Infact... I learn something new. Hari ini aku belajar bagaimana untuk menghuraikan kes dari pengamatan aku membaca minit yang ditulis oleh si pakar. Which I have never seen before. Syukur alhamdulillah..at least apa yg aku buat difahami oleh si pakar and by the words that she wrote..aku pasti dia memahami kronologi yg aku sediakan dulu.

So...tamat lah kisah ~HANGEN SATU BADAN~ hahahahahaha akhirnya aku happy juga ngan keja aku..ehe


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Diri & Hati



Mengenali diri dan hati
Adalah pelajaran seumur hidup..
Kadang kala terkeliru
Kerana tidak dapat menafsir kehendak dan keperluan diri


Di sulam dengan alasan-alasan yang tidak munasabah
Lantas dikatakan itu adalah beberapa pilihan
Yang sebenarnya bertujuan untuk menyedapkan hati sendiri


Biarpun usia sudah lama melangkaui suku abad..
Aku masih terpinga-pinga dalam mengenali diri dan memahami tiap denyut kata hati ini..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, December 22, 2010

Chicken Wings, Sex and Education???!!!!


~ tHe FaMous ChiCken Wing of NZ (Bawah), Wangsamaju ~

Isnin, 20 December 2010, Kuala Lumpur - Makan Chicken Wings kt NZ (Bawah), Wangsamaju mmg best. Tambah best geng lawak cukup korum mlm tu...sepanjang 2.5jam melepak kat situ aku rasa meja aku lah yg paling havoc dgn hilai tawa yg xputus-putus.


~ Irene & Me ~

Dalam pada bercerita hal-hal negara..sempat lagi dibuat lawak.. Antara topic hangat td is isu dimana kerajaan nk buatkan satu sesi pelajaran yang menumpukan kepada "SEX EDUCATION" . Salah sorg member korum harini lak Chegu-Chegi..dia lah dok beria sgt bangkang pasal isu tu. Just imagine kata lah kelas tu bebetul dibuat kat sekolah...ade tak agaknya dibuat kelas amali??hahahahahahaha sex education n practical??biar btl babe!!!! Memang tak leh blah la kan.. hahahahahaha


~ Ewok & Syifa ~


Aku pulak ngan selambe hadapnya bole plak kata imagine la cikgu tu kata camnih "Murid-murid..esok kita akan adakan ujian amali..sila cari pasangan masing-masing" bederai gelak tawa kat meja kitorang..seb baik lantai kotor idak ade gak rasanya antara kami yg berguling-guling..aku sambung lagi ceta tu aku kata ~ keesokan harinya di dalam kelas sume murid2 dah ready dengan pasangan masing-masing...pasangan lelaki - perempuan..then ade pulak yg lelaki - lelaki & perempuan - perempuan..hahahahahahaha bertambah riuh meja kitorang..imagination yg sangat-sangat melampau!! Hehe!! Kalau lah kelas itu benar-benar diadakan..adakah itu akan terjadi?camne pulak cikgu yg berkenaan nak mengajar bebudak tu ye?hurmmmm...


~ tHe GeLaX GenG ~


Sesungguhnya memang idea itu tidak practical di Malaysia ni..and bak kata Irene yang mana aku juga amat setuju iaitu...memadai dengan menerapkan ilmu2 bab itu di dalam subjek Agama Islam & Moral..sebab pengukuhan agama akan menghalang perkara-perkara yang tidak sihat tersebut berlaku di kalangan anak-anak muda yang ghairah nak explore dunia orang-orang dewasa nih yang xsemuanya indah...

By the way...lawak amali tu mmg kelakar and aku sendiri pun akan tersenyum bila igt perkataan "amali"...aku sendiri pun tak leh blah ngn idea mengarut aku tu..hahahahahahaha!!!!!!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, December 20, 2010

Berkorban Kerana Cinta??!! ~~

Aku terpana tatkala mendengar sahabat baik aku bertanyakan " Kenapa bila bercinta kita berkorban apa sahaja?! " .... aku tak punya jawapan utk soalan ini.. Terkenang kehidupan aku dimana aku berkorban untuk semua yang aku sayang..sedangkan aku masih lagi terkontang kanting untuk mencapai impian aku sendiri...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ceria Bersama Sahabat-Sahabat Tersayang


Bila hari-hari kerja..balik rumah pun stress bertambah..minggu nih aku plan something yang agak berbeza..so that aku tak la boring sangat cam selalu.. 

~ Aku & Yan ~

Petang semalam aku lepak ngan JJ & Yan kat Secret Recipe, Taipan Senawang. Diorang berdua nih kawan kelas aku masa aku sekolah dulu. Aku ngan JJ memang selalu lepak ujung-ujung minggu sebab kami je geng yang dok kat Seremban waktu hujung minggu.. geng aku yang lain semua port KL bila weekend. Yan nih pulak dah hampir 14tahun aku tak jumpa...kiranya sejak tamat exam SPM tahun 1997 lah aku langsung tak berjumpa dengan dia. Sekarang masing-masing dah bina kerjaya. Aku ngan kerja aku...JJ di Putrajaya & Yan dia Kuching, Sarawak. Ingat balik zaman sekolah..aduhai rindu betul lah..aku lepak ngn diorg tak lama..dapat la dalam sejam jek sebab nya waktu tuh masa dah dekat senja..tapi sekejap pun sempat juga berposing masing-masing..hehehehe


~ Yan & JJ ~
  
Lepas tu aku terus ke Cheras..jumpa aFfa..kawan baik aku. aFfa ngn aku kenal dah lama juga..somewhere tahun 2004. Masa tu kami kerja di Starbucks Coffee ~ The Weld. Through out these years.. kami tetap contact each other walaupun aku dah berhenti dari company tersebut. So last night kami hang out di Carlos, Pavilion. Aku makan burger jek..tapi bapak punye beso le burger tuh..memang totally full la prot aku yg dari siang berkeroncong menahan lapar. Then kami tengok wayang..movie ceta "Hantu Kak Limah Balik Rumah". Cam lahanat betul cerita nih..bukan aku malah semua yg ada lam panggung tuh gelak berdekah-dekah. Bak kata aFfa ~ Gelak Sampai Semput..hahahahahahahahahaha. Ceta dia huru hara sket la..tapi tang lawak memang best. Pastu kitorang lepak kat mamak Danau Kota minum kopi..jam dah cecah kul 4pg baru la igt nak balik.



~ aFfa ~


~ Mexican Canteen Burger @ Carlos, Pavilion ~


Hari nih pulak..aku ngan geng otai aku melepak. Kenapa aku namakan Geng Otai? Sebab kami nih geng-geng otai zaman IRC..berkawan dari server Dalnet sampai la tukar ke server Webnet (kalo tak silap aku lah...ehe). Bila sebut aje zaman IRC of course..we are all the pioners of the Chatroom and zaman itu adalah ketika kami masing-masing semua masih lagi student uni.  Memang byk sweet memories kita time tu kan geng? Sorang gaduh semua pakat join.. macam la kita nih bebudak 3Line hahahahahaha. 


~ Aku , Syifa & Linda ~
~ Irene ada..tp dia yg snap pic nih..huhuhu ~

We had our lunch together kat Skincan ~ Ikan Bakar, Setiawangsa. Perghh..4 orang je..tapi tgk laa..makan macam-macam. Geng Otai nih jarang-jarang dapat bersidang..kalo jumpa pun aku akan jumpa salah sorang aje dari diorang a.k.a tak cukup korum nak bersidang. Alhamdulillah..diorang dapat spent masa untuk aku kali nih. Disebabkan jarang jarang berjumpa..jadinya sembang sampai tak igt dunia lah. Sampaikan along aku telefon 2-3 kali nak confirmkan aku balik ke tak umah mak aku hari nih. Hambek ko!! berborak dari kul 2 sampai kul 5..sambung lagi lam keta..pergghhh!!! sakan wa cakap lu..


Ceria sungguh aku dapat lepak ngan korang sume.. To Yan.. seronok aku dapat jumpa ko balik after all these years..nanti kita jumpa lagi kay??? And to all my Best Buddy ~ JJ, Affa, Syifa, Linda & Irene.. i love u guys a lot.. semoga persahabatan kita ini kekal sampai bebila!! And guys.. jangan lupa aku kalo korang pasang niat nak melepak ye.. hehehehehehehehehe


Saturday, December 18, 2010

Sayang Semuanya Sudah Terlambat


Dalam perjalanan balik ke ~ My Lonely Hut ~ aku pasang CD Kompilasi Lagu-lagu lama dari era 80's & 90's.. Hati aku sayu bila aku dgr lagu nyanyian Shidee ~ Sayang Semuanya Sudah Terlambat...Hurmm...bila agaknya derita ni akan berakhir....


Sayang Semuanya Sudah Terlambat
Tak Guna Engkau Tangiskan Lagi
Sayang Semuanya Sudah Terlambat
Biarkan Aku Membawa Diri

Berulang Kau Ulangi Kesilapanmu
Diriku Hanyalah Sandaran
Cinta Sementara...

Mengapa Engkau Tak Setia Dalam Percintaan
Terhempas Aku Bagaikan Kaca Berderai
Selepas Itu Kau Menyesali

Sayang Semuanya Sudah Terlambat
Tak Guna Engkau Kesalkan Lagi
Sayang Semuanya Sudah Terlambat
Anggaplah Aku Tiada lagi

Terlanjur Luka Biarlah 
Hatiku Terluka
Apa terjadi Biarkan
Ku Tanggung Sendiri


Friday, December 17, 2010

Cukuplah....


Janji bagi mu hanya sekadar kata-kata
Janji bagi ku adalah lebih dari amanah
Sayang bagi mu hanya mainan semata-mata
Sayang bagi ku adalah perasaan suci dari hati
Cinta bagi mu hanya ucapan yang memikat
Cinta bagi ku adalah lebih berharga dari intan permata

Kenapa segalanya terlalu mudah bagimu?
Kamu mudah berjanji
Kamu mudah mengucap sayang
Kamu mudah mencurah cinta
Tapi kamu juga mudah melupakan segalanya

Sedangkan aku..?
Tidak mudah untuk segala-galanya

Cukup lah 
Jangan lagi kamu sakiti aku
Aku sudah terlalu derita
Aku sudah terlalu merana

Cukup lah...
Aku tak sanggup lagi begini
Aku mula hilang diriku
Hanya kerana perbuatan kamu

Pergi lah..
Agar aku mampu bernafas tenang
Agar aku mampu usir rasa benci dari jiwa ini
Agar aku bisa mencari diri aku kembali



Thursday, December 16, 2010

Saya & Awak : Part 2


~ Hi ~ Hmmm... ~
~ Muram aja.. kenapa? ~ Tak ada apa-apa ~
~ Ye ke? Macam tak percaya je.. ~ Paham-paham sudaaa... ~
~ Cerita lah.. ~ Cerita apa? ~
~ Cerita yg buat awk jadi macam ni.. ~ Jadi camna tu? ~
~ Macam ni ... :O( ... hari-hari menung aje ~ Owh... ~
~ Eh pendeknya? ~ Apa yang pendek? ~
~ Cerita awk lah ~ Masa bila saya cerita ~
~ Tadi tu.. ~ Mana ada saya cerita apa-apa ~
~ Ada tadi tu.. "O" *sigh* ~ Hish..itu bukan ceritalah!! ~
~ Ehe..jgn lah marah ~ Tak marah..tapi..hehe ~
~ Hah! Dah datang dah! ~ Apa dia? ~
~ Eh..Jangan bagi dia lari? ~ Apa dia awk?? ~
~ Hehe..senyuman awk tu.. ~ Daaaa.... hehe ~
~ Cantik pun ~ Apa dia yang cantik? ~
~ Awk lah ~ Huh..??!! ~
~ Awk cantik bila senyum ~ Terima Kasih ~
~ kasih diterima ~ Hah..jangan nak mengada-ngada ~
~ Ngada apanye? ~ Dah..Dah.. Tak Layan ~
~ Tak Layan pun Tak apa ~ Huh! ~
~ Tapi nnt awk rugi.. ~ Kenapa pulak rugi??!! ~
~ RUGI sebab awk tak ada saya untuk buat awk senyum.. *sigh * ~

~ Kenapa awk selalu ceria? awk tak ada masalah ke? ~
~ Ada ~ Abes tuh? Tengok awk happy aje pun ~
~ Memang lah ~ Kata ada masalah..tapi tetap happy?? peliknya?? ~
~ Apa yang pelik? ~ Hidup awk ceria walau ada masalah ~
~ Adakah itu masalah untuk awk? ~ Daa..of course tak!! ~
~ Then? ~ What?? ~
~ Kenapa awk tanya macam tu? ~ Saja nak tahu ~
~ Kenapa nak tahu? ~ Supaya saya boleh jadi seperti awk ~
~ JANGAN!!! ~ Apa dia..???!!! ~
~ Jangan jadi seperti saya ~ Kenapa tak boleh? ~
~ Sebab kalau awk jadi seperti saya.. saya kena cari orang lain untuk saya ceriakan hidupnya *sigh* ~



Peristiwa Penting ~ 10 Muharram

Kenapa tarikh 10 Muharram perlu diigat? berikut adalah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada tarikh ini :-



1. Nabi Adam a.s. bertaubat kepada Allah;
2. Nabi Idris a.s. diangkat oleh Allah ke langit;
3. Nabi Nuh a.s. diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelami air bah selama 6 bulan;
4. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan oleh Allah dari pembakaran Raja Namrud;
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.;
6. Nabi Yusof a.s. dibebaskan dari penjara;
7. Penglihatan Nabi Yaakob a.s. yang kabur dipulihkan oleh Allah;
8. Nabi Ayub a.s. dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritanya;
9. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam;
10. Laut Merah terbelah dua untuk selamatkan Nabi Musa a.s. dan pengikut-pengikutnya dari tentera Fir’aun;
11. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah;
12. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan kerajaan besar oleh Allah;
13. Nabi Isa a.s. diangkat ke langit;
14. Hari pertama Allah ciptakan alam;
15. Hari pertama Allah turunkan hujan;
16. Hari pertama Allah turunkan rahmat;
17. Allah jadikan Arasy



TQ to "Brothermac Wise" from FB for this info!!!



Saya & Awak


~ menung ~ kenapa? ~
~ entah ~ kenapa? ~
~ sunyi kot? ~ kenapa kot? ~
~ sebab tak pasti ~ bila leh confirm? ~
~ entah ~ jadi bagaimana? ~
~ bagaimana apa? ~ nak buang rasa sunyi? ~
~ boleh hilang kalau ade teman ~ teman yang macam mana? ~
~ tak perlu elaborate ~ kenapa pulak? ~
~ faham-faham sendiri sudaaaa ~ ok..tp tetap tak faham *sigh* ~
~ daaa.... ~ hehehehe ~
~ terima kasih ~ pulak?tiba-tiba aje kenapa? ~
~ kenapa ape? ~ ucap terima kasih? ~
~ sebab awk buat sy gembira ~ eh?bila masa? ~
~ tadi ~ ye ke?xtahu pun ~
~ sbb awk ikhlas ~ aaa...?total lost ~
~ iya..ikhlas itu mudah timbulkan rasa ceria ~ jadi? ~
~ ceria buat kita happy ~ owkeh..tapi tak faham ~
~ ala..susahnya nak bg awk faham ~ ape nak buat?sy bujur lurus ~
~ apa itu? ~ apa apanya? ~
~ maksud bujur lurus? ~ entah saya pun tak tahu ~
~ daaaaa..abes ape yg awk tahu??!! ~
~ sy cuma tahu buat org senyum..macam awk sekarang..senyum depan monitor *sigh* ~ 


hahahahahahahahahahaha ~~~~ lalalalalalalala ~~~~~

Wednesday, December 15, 2010

~ HANGEN SATU BADAN : Part 2~

Aku suka dgn kerja aku...aku suka cabaran and all the thrills yg harus aku hadapi bila bekerja dalam line nih...buat IP...soal sana sini...prepare itu ini..cabar diri untuk dapatkan bukti sblm ade niat nak tuduh si polan ke mahkamah...

Pendapat aku tugas sbg IO kes memang satu keja yg sgt berat...perintah tahan atau reman contohnya harus dititik beratkn...jgn sampai berlaku penahanan tidak sah..kita nih dah lah penjawat awam..apa salah kita buat kerajaan tanggung..silap langkah manatahu kena buang keja pulak kita nih..zaman sekarang bukan zaman dulu..dah tak wujud lg keja gomen nih selamat...tak ada maknanya...sekarang punya style..u silap u tanggung aaa..so sindri mau igt lah..

Selain dari tu aku rasa salah satu tugas utama as IO kes nih..adalah menentukan (melalui bukti2 yg dpt dikumpulkan itu)..adakah si polan itu melakukan kesalahan sepertimana yg terdapat dalam peruntukkan undang2...sekiranya ada kesalahan, perlu pula nak tentukan dengan pasti bila masa kesalahan itu berlaku....tidak semestinya kesalahan itu berlaku ketika si polan itu ditangkap (geng2 DPP...please correct me if I'm wrong)..dan seterusnya memajukan IP untuk dipertimbangkan apa tindakan selanjutnya..


So...apa yg buat aku hangen kali nih?aku hangen bila si IO kes ni tak faham kes apa yg dia siasat and paling aku menyirap + menyoren adalah bila dapat tahu IP itu dahpun di anto ke DPP tapi si IO kes nih masih terkial-kial lagi tang pertuduhan apa yg dia nak kenakan kepada si polan...HALOO are you dumb or what?kalau IP dah leh sampai kt DPP sepatutnya xde dah konflik pasal pertuduhan....sbb sebelum you submit satu-satu IP itu...you kena confident dgn keja you...br lah DPP tu jadik confident nak bg you izin or what so ever...


AGAIN...ape hal plak aku yg hangen?sebabnya IP itu (lebihkurang la....) IP aku gak sbb aku AIO....tugas aku utk bantu dia..so aku dah cuba bantu dia dari semua segi and even pertuduhan tu semua aku dah sediakan untuk dia...tapi tak guna ke?abes ape benda yg ko submit kat DPP tu kawan oih?menggeleng aku....tak faham bila kita as operational officer...sorry..SENIOR OFFICER...tak faham, tak mahir dgn keja kita sendiri....


Tiba-tiba aku terfikir..dulu masa aku mula masuk keja..aku terus di serap sebagai Pegawai Kanan....bukan aku sorg tp ramai juga freshies yg tros dpt title senior officer nih... bila dah mula duty..macam-macam tohmahan yg aku n other freshies terima..semua tempat dlm m'sia nih freshies hadapi benda yg sama.. "Budak baru abes universiti"..."budak kecik yg tak tahu apa-apa"..."Baru masuk keja dah berlagak"...fine! Maybe ade yg memang berlagak bila masuk je keja pegang jawatan tinggi..dapat duty state jadi bos besar...tp aku percaya each and everyone of the freshies ada tanam semangat nk belajar cepat dalam ilmu keja kami sebab kami harus bersaing dengan pegawai2 lain especially those pegawai bawahan yg ade pengalaman bertahun-tahun dalam bidang ini...


So apa yg aku fikir? Kalau aku yg baru masuk keja kena tohmah macam2 kononnya tak reti wat keja what so ever...and dikatakan tidak layak berada di peringkat / pegang pangkat ni...camne plak ngn IO kes nih yg dah bertahun-tahun berkhidmat?dah naik pangkat pun dari ordinary officer to senior officer...adakah IO kes ini yg aku ceritakan ini layak untuk jadi pegawai kanan?adakah ini contoh org lama yang dikatakan lebih pandai bekerja?adakah ini org-org lama yg boleh dijadikan panduan freshies?bertahun-tahun kerja pun masih tak faham bidang kuasa dan peruntukkan undang2?jadi siapa sebenarnya yang tak layak berada di jawatan ini..aku dan rakan2 freshies atau org lama yg bengap??!!


Moral of the story...kita semua sama aje....jangan hina org-org muda yang berpelajaran tinggi yang diserap masuk untuk pegang satu-satu jawatan yang tinggi...walaupun masuk tak reti apa2..tapi otak orang muda nih cekap..senang belajar and towards time mereka akan jadi lebih baik dan cekap dari org-org lama...sebab tidak semua org-org lama ini mampu untuk absorb pelajaran-pelajaran baru...hurmmmmmm....


To those friends yg dah lama berkhidmat bukan niat aku nak mengutuk korang org lama tapi ini adalah pandangan aku...aku juga akui memang ada freshies yang berlagak bodoh sombong kononnya tinggi sangat jawatan kita ini...tapi bukan semua kami nih sengal and berkhayal dalam dunia sendiri...dan pandangan aku tidak ada beza antara freshie yg takde ilmu dalam perkhidmatan ini dengan org lama yang tak mahu belajar...