Wednesday, February 6, 2013

The Unwanted : ROHINGYA



Dari segi kerjaya, memang aku akui kerjaya aku membuatkan aku lebih menyayangi Malaysia. Aku berbangga menjadi rakyat Malaysia. Kerjaya ini juga membuatkan aku memahami betapa pentingnya kita menitik beratkan kepentingan kita sebagai rakyat Malaysia, hak-hak kita sebagai warganegara harus diutamakan daripada melayan dan memperakukan tuntutan oleh orang-orang yang bukan warganegara Malaysia. #NuffSaid

Hari ini aku nak bercakap tentang satu bangsa yang telah diklasifikasikan oleh dunia sebagai BANGSA YANG TIDAK KEHENDAKI iaitu ROHINGYA. Melurusi sejarah yang aku baca mengenai Rohingya ini, mereka adalah berasal dari campuran suku kaum nomad Arab, Bengal dan Mongul. Bagaimanapun ada perbezaan fakta yang menjadi punca mengapa Rohingya tidak dikehendaki di Myanmar.  

Bagi yang tidak mengetahui, aku nak kongsi sedikit fakta tentang Myanmar iaitu di Myanmar terdapat hampir 140 etnik yang membentuk Myanmar. Salah satunya adalah Rohingya. Bagaimanapun dikatakan bahwa Rohingya ini adalah bukan penduduk asal negara itu. Mereka telah berhijrah ke Myanmar ketika British memerintah Myanmar.

Pada tahun 1948 apabila Myanmar (ketika itu dikenali sebagai Burma) mencapai kemerdekaannya dan menjadi sebuah negara republik (negara yang tidak mempunyai raja). Pada awalnya mereka juga adalah sebuah negara demokrasi  dimana pilihanraya diadakan dan pemiompin dipilih oleh rakyat. Bagaimanapun berlaku pertembungan kuasa diantara kuasa politik dan kuasa ketenteraan dimana akhirnya tentera Berjaya menguasai & seterusnya memerintah Myanmar sejak tahun 1962 sehingga kini.

Mulai saat itu, pengiktirafan terhadap status penduduk bertaraf warganegara Myanmar menjadi satu isu yang kronik.  Dan bangsa Rohingya ini diketepikan daripada menuntut hak sebagai warganegara Myanmar atas alasan mereka adalah orang luar yang hanya masuk ketika british memerintah Myanmar. Meraka adalah bukan penduduk asal Arakan.

Bermula saat itu, Rohingya diusir dari Myanmar dan saya percaya pembunuhan bangsa Rohingya yang berleluasa sehingga sekarang ini adalah salah satu cara yang tegas yang dilakukan oleh tentera pemerintah Myanmar untuk menjaga negaranya. Maka tidak pelik kenapa Rohingya ini memang satu bangsa pelarian dan akan cuba menyeludup ke mana-mana negara yang difikirkan mampu untuk dia berlindung dengan selamat.




Bila membincangkan perkara ini, aku suka bercakap dalam konteks aku sebagai seorang Pegawai Imigresen. Dari segi keimigresenan pada kaca mata aku adalah menjadi satu kesalahan apabila seseorang menceroboh masuk ke negara orang lain dan akhirnya menetap di negara itu tanpa dokumentasi yang teratur. Aku tidak setuju dengan tindakan tentera Myanmar yang membunuh orang-orang Rohingya ini tambahan pula mereka ini adalah saudara seagama dengan aku. Tetapi aku juga percaya itu adalah jalan terakhir bagi mereka apabila orang lain selain dari warganegara mula menetap dan seterusnya mengaut hasil bumi mereka.

Sidang pembaca, sila jangan salah anggap apa yang hendak aku sampaikan ini. Bukan maksud aku mengatakan “Rohingya harus dibunuh di usir” TIDAK SAMA SEKALI. Tetapi aku nak tunjukkan bahawa betapa pentingnya kita sebagai rakyat sesebuah negara perlu mempertahankan negara kita dari dicerobohi oleh wargaasing. Tidak salah mereka jika datang dan hadir ke Malaysia untuk tujuan bekerja dengan syarat dokumentasi mereka haruslah teratur dan lengkap. Kerajaan pula sebagai kuasa terbesar pemerintah harus menyelia dan mengawal agar kemasukan wargaasing ke negara kita ini tidak akhirnya menjadi beban kepada kita di masa akan datang.

Jika kita tidak mengawal  dan mempertahankan negara kita ini, tidak mustahil suatu masa nanti kita juga akan menjadi seperti Myanmar sekarang. Membunuh mereka-mereka yang bermastautin di negara kita sedangkan mereka tidak punya hak untuk masuk ke negara kita.  Aku amat bersimpati terhadap nasib bangsa Rohingya ini kerana mereka ditindas. Tetapi aku harus tegaskan bahawa simpati tidak cukup untuk membenarkan sesuatu yang salah. Menceroboh negara oranglain adalah SALAH! Mengambil hasil bumi negara oranglain adalah SALAH!

Jika ada pihak mahu membantu mereka dipersilakan tetapi harus lah memikirkan tentang kesan tindakan itu pada satu masa akan datang. Yang sebaiknya mereka sendiri harus mula mempertahankan diri mereka disana bukan dengan cara melarikan diri, meninggalkan keluarga dan akhirnya menceroboh masuk ke negara kita ini.

Yang baik datang dari Allah 
Yang tak baik adalah kekhilafan aku sendiri. 
Wallahualam.  


No comments: